I selalu travel solo, tapi kalini I bawak parents pulak. Dah selalu
travel sendiri, I pasang impian dan selalu berhajat nak bawak diaorang travel
luar daripada Asia, so I tak sangka impian I jadi kenyataan!
|
Ready to go!
Tak, budak kecik dalam stroller tu bukan anak
saya. That's Adruce, my nephew.
|
Kyushu trip ni dah lama I plan, almost a year ago lepas Air Asia buka
laluan ke Fukuoka. I teruja sebab laluan untuk ke Fukuoka direct daripada Kuala
Lumpur, dan ianya hanya mengambil masa 7jam je. Flight tiket memang murah
gilaaaa time tu, lagipun musim yg I pergi musim panas (I ingat September kat
Jepun dah musim luruh macam kat Europe.. huuuu). Satu tiket return yang I dapat
beli dengan harga RM382 (ticket sahaja), penat tau pandang lama lama... klik
jela beli
|
Beli ticket flight setahun sebelum travel.
Airasia first time buka travel route Fukuoka
|
Terus I beli tiket tu dan kebetulan pulak, tiket murah tu jatuh pada
bulan kegemaran rakyat Malaysia.. September! September banyak sangat public
holiday, so nanti nak apply AL takde la banyak sangat :) Memang rezeki untuk
parents I nak travel ni..
Fukuoka , Pintu Utama
ke Kepulauan Kyushu
Fukuoka, terletak dekat bahagian utara kepulauan Kyushu . Kepulauan
Kyushu dibahagi kepada dua bahagian, Utara Kyushu dan Selatan Kyushu. Utara
Kyushu termasuklah ; Fukuoka , Oita, Nagasaki dan Saga. Dan bahagian Selatan
Kyushu pula ialah Kumamoto, Miyazaki dan Kagoshima. Kepulauan Kyushu ni
tempat dia lebih relaks dan santai. So memang sesuai sangatlah untuk yang suka
nature dan bawak parents yang first time datang ke Japan.
|
Senang sikit kan nak faham bila nampak peta
Kepulauan Kyushu ni dibahagikan dengan color.
Fukuoka atas sekali tu, sebab tu dikenali sebagai
pintu masuk utama Kepulauan Kyushu.
|
Ini semua pasal
pamphlet JR Kyushu Rail Pass lahhh..
Setiap kali ada Matta Fair, I suka sangat kutip pamphlet dan brochure
dari tour agent.
I ingat lagi gigihnya I kutip pamphlet free sebab time tu nak fly pergi
Tokyo end of November 2017. Time tu segala pamphlet dan brochure info berkaitan
dengan Japan, semua I amek sampai senget jugak la bahu I hahaha.. Dalam banyak2
pamphlet tu, I baru perasan yang I ada amek book pamphlet JR Kyushu Rail
Pass.
|
JR Kyushu Rail Pass Book Pamphlet (English
Version)
|
Book pamphlet ni daripada JR Kyushu Railway Company , kalau tengok kat
sini ianya sangat details dan penuh dengan graphic. Lepas dah study book
pamphlet ni, lagila I rasa excited nak travel ke Kyushu! Nak tau tak sebab
apa..?
Sebab scenic train dia wehhh! OMG klasik gila dan ada macam2 jenis
kot..
|
Cantik kan design train Kyushu ni
|
|
Siap dengan train map lagi
|
|
Banyak juga train JR Kyushu ni
|
Menarik gila kan? So lepas dah tambah tolak bahagi campur darab ikut
kepandaian Matematik I (hahahaha..), I beli dengan seronoknya 3-Day JR Northern
Kyushu Pass (8500 Yen) dan 3-Day JR Southern Kyushu Pass
(7000Yen). Ikutkan hati I nak amek 5-Day JR Northern Kyushu Pass
(10000Yen) sebab tak banyak beza pun, tapi bila fikir balik kang lembik kaki
parents I nak berjalan 5hari berturut2 !
|
Antara jenis JR Kyushu Pass yang ada .
|
Sejak 1st October 2019, tax kat Japan dah naik dari 8% kepada 10%. Jadi
harga JR Kyushu Pass ni dah naik juga okay. I bernasib baik sebab travel and
beli pass ni dekat travel agent HIS di Sunway Velocity sebelum tax ni naik.
Lepas convert dalam MYR , untuk 3-Day JR Northern Kyushu Pass I dapat
RM336 dan 3-Day JR Southern Kyushu Pass , I dapat RM277 . So far, I senang
berurusan dengan travel agent HIS ni sebab diaorang tersangatlah membantu. Lagi
satu tips I nak share, harga pass ni akan berubah dari masa ke semasa sebab
ikut current
foreign exchange. Kalau YEN naik, maka
mahal la harga pass tu nanti dalam MYR ye.. Agent HIS juga ada bitau kat
I yang price list diaorang akan update setiap minggu. So you guys boleh la buat
comparison dan buat budgetary bila nak beli pass tu nanti :)
My Chillax Itinerary
Trip ni adalah trip pertama untuk Mama dan Daddy ke Japan. Itinerary I
buat simple je sebab itinerary ni I susun ikut flow dan speed parents I. Orang
tua kan, so I tak boleh nak letak expectation tinggi yang diaorang mampu
berjalan macam I. Sebab I tau , kalau banyak tempat tak dapat cover , next time
I boleh je pergi sendiri Fukuoka ni :)
4th Sept 2019
- Single
journey ticket from Airport to Hakata Station (260Yen)
- Arrived
in Hakata City
- Check
in at Hotel Picolo Hakata
- Lunch
at Uobei Sushi Train Yodobashi Mall
- Sightseeing
& Shopping in Tenjin Underground Mall (260Yen)
Dari International Fukuoka Airport, exit the building and fetch FREE bus
transfer to Domestic Fukuoka Airport. Dah sampai dekat Domestic tu amek train
Kuko Line (Airport Line), direct ke Hakata Station. Fukuoka Airport dengan
Hakata Station tak jauh pun, 8min dah sampai. Terus ke hotel apartment untuk
luggage storage tapi haritu sungguh bertuah sebab dapat early check-in.
|
Waiting for my luggage. Tersusun cantik luggage2
atas conveyer belt ni.. only in Japan
|
|
Yay! We safely arrived at Fukuoka International
Airport
|
|
Platform 1 for FREE shuttle to Domestic Terminal
|
|
In the bus. To the domestic terminal we go!
|
|
In the Kuko Line train. Heading to the Hakata Station, only cost 260Yen per person |
|
Yeah dah sampai bandar Hakata, Fukuoka, Japan
|
|
Pitstop kejap depan hotel sebelum nak hantar simpan luggage dekat hotel. Kagum dengan kebersihan sungai sampai boleh nampak ikan berenang2
|
|
Dapat early check in dari owner hotel ni. Ingat dapat tinggal luggage je sebab selalu hotel kat Japan check in petang Yay.. seronoknyee... Alhamdulilah rezeki :)
|
|
View dari bilik level 6. Tenang je kan view pagi bandar macam ni |
|
Dari balcony bilik boleh nampak Shinkansen dan train2 yang lain lalu
|
Lunch dekat Uobei train sushi memang superb dan harga tak pricey. Dah
check and tanya dekat Tourist Hakata Station yang sushi ni boleh makan lepas I
tunjuk "Muslim Dietary Card".
|
Tak leh nak pilih duduk ikut suka hati.
Crew UOBEI akan bagi seat number
|
|
First meal in Japan must be SUSHI!
|
|
Cubaan Mama untuk berselfie |
|
Menunggu train lagi.. Train yang bawak sushi.. hhihi |
Lepas kenyang dengan sushi, jalan2 dalam Yodobashi and then went to Tenjin Underground Mall for
intro shopping in Japan. Light and easy sebab nak simpan tenaga untuk esok!
|
This cartoon is quite famous I think in
Japan
|
5th Sept 2019
- Buy
2-Day Fukuoka City Subway Pass (720Yen)
- 1-Day
Trip Yanagawa (includes canal punting) & Dazaifu (2930Yen)
- Shopping
at Hakata Station
I beli 2-Day Fukuoka City Subway Pass dekat Hakata Station dan terus
pergi ke Tenjin station. Harini full day nak pergi Yanagawa dengan Dazaifu,
jauh sikit je dari Fukuoka tapi masih dalam Fukuoka. Dekat Tenjin station ni, I
pergi ke kaunter Nishitetsu untuk beli pakej 1-Day Trip Yanagawa & Dazaifu.
Bestnya pakej ni sebab termasuk sekali dengan canal punting dan return train
trip. I memang dah lama aim nak naik canal ni lepas tengok ada orang share
video dekat Facebook. Yanagawa ni famous sebagai 'Venice of Japan". Sampai
je dekat Yanagawa Station, dah ada orang tunggu untuk bawak naik van.
|
Ready to depart with Nishijin train. Harga ticket seorang 2930Yen, berbaloi..
|
Banyak lagi option trip dari Nishitetsu company ni, you guys boleh check
dekat Nishitetsu
Value Ticket . Kalau boleh datang awal pagi lagi bagus sebab
kaunter ticket pun buka seawal 6:00am, nanti boleh spend masa lama sikit sebab
ada dua tempat nak jalan dalam sehari. Dazaifu & Yanagawa banyak outdoor
activity, so please check weather okay. Rugi nanti kalau dah beli lepastu hujan
tak dapat naik canal.
|
Yayy.. jom pergi naik canal!
|
|
See the happiness faces.. Seronok sangat sampai terselak baju kat perut tuha... hahaha
|
Masa I naik canal punting ni, matahari betul2 dah ada atas kepala. Panas
gila wehhh, but rasa panas tu hilang bila Boatman tu dah bawak pusing2 keliling
bandar cantik Yanagawa ni. Sepanjang boatman ni bawak kitaorang, dia akan
bercerita tentang sejarah Yanagawa, siap nyanyi lagu tradisional Japan, tunjuk
bangunan2 cantik disekitarnya and paling excited bila canal lalu bawah bridge.
Macam dalam video dekat FB yg I tengok, boatman akan lompat naik kat atas
bridge instead of tunduk hahaha.. but this boatman ni sama2 tunduk dgn
kitaorang tiapkali lalu bawah bridge. Siap terhantuk sekali kepala dia punyala
nak tunduk hahahaha... Feeling tu memang enjoy and happy sangat. Sebelum
gerak ke Dazaifu, I sempat entertain interview dengan researcher Yanagawa.
We are sooo lucky sebab sampai je dekat train Station Yanagawa, hujan turun
lebat gilaaaa.. Signature food Yanagawa ni Steamed Eel, and since I dah pernah
makan so takde masuk dalam wishlist hahaha..
|
Naik canal dengan geng2 Oppa
|
|
Time ni panas gila, tu yang lighting gambar
cantik ahahha
|
|
Belakang tu kedai Ice Cream..
|
|
Time panas2 camni, boatman ni bagi kitaorang
icebag sorang satu..
Ingat dia bagi terus, rupanya tak.. dia bagi
pinjam je heheheh
|
|
Tempat ni sangat peaceful..
|
|
Rasa macam tengok movie zaman dulu2 pulak
|
So to the Dazaifu we go.. since you guys pun tau I punya PR ni memang hebat,
I sempat berkenalan dengan Tomoka dalam train ke Dazaifu. Gadis sejati daripada
bandar Fukuoka, syok berborak dengan dia ohhh sebab dia boleh cakap English
hahahaha.. So we did exchange LINE ID to get in touch again (majority orang
Japan guna apps ni berbanding WhatApps, FB, IG and etc.. Kalau nak dapat kawan2
dari Japan, sila la download apps ni ye)
|
Introduce my new friend from Fukuoka, Tomoka. We are officially FRIENDS heheheh :)
|
Sampai Dazaifu pun dah petang and kebanyakan kedai2 dah tutup. Paling
penting I dapat pergi Starbucks Dazaifu.. Yay.. seronok sangat. Architecture
dia memang superb.. lawa gila interior dia.
|
Creative Wooden Wall Starbucks at Dazaifu
|
Dazaifu famous dengan speciality dessert dia iaitu Umegaemochi . Taste
dia tak sweet sangat and I really like the adzuki fill.. Nyums.. So sambil
makan Umegaemochi jalan2 dekat Tenmangu Shrine.
|
Beli Umagaemochi dekat sunbae ni sebab dari jauh
dah nampak handsome ... hahaha
|
|
120Yen sebab handsome.. hahaha
|
Dari jauh I dah nampak statue cow ni. Menurut lagenda diaorang kalau
usap kepala ox ni, kita akan jadi manusia paling bijak dan lepastu semua benda
buat akan berjaya dalam hidup. Sebab tu kat sini ramai student dan job seeker
datang nak amek berkat dengan usap kepala ox ni.
|
I pun nak jugak usap juga kepala Statue of Ox ni
hhehe..
|
Sebelum nak sampai Tenmangu Shrine ni, kena lalu 3bridge merah dan
Shinjiike Pond iaitu bermaksud "Past , Present and Future".
|
Ok, dah nampak dah.. JOM!
|
|
Past , Present dan Future Bridge.
I'm so ready go to future! Bye bye past, you
teach me alot for better future
|
|
Yes, we enjoy our present moment here :)
|
To be honest, Dazaifu Tenmangu Shrine ni benda wajib kalau datang sini.
Tempat memang calm and cantik gilaaa...
|
Kedai semua dah tutup, jomla kita pulang ke
bandar semula
| Lepak2 jap tengok bandar Dazaifu. Tengah quick recap apa yang dah buat harini.
|
|
|
Cantiknya pemandangan sunset ni..
|
|
Haa.. jap2.. cuci mata and poket jap hahaha.. |
6th Sept 2019
- Buy
2-Day Fukuoka Subway City Pass (720Yen)
- Fukuoka
Asian Art Museum
- Don
Quijote Nakasu Kawabata
- Kawabata
Shopping Arcade
- Ohori
Park
- Nishijin
- Dinner
Halal Motsunabe Kiwamiya
Harini jalan2 dalam bandar Fukuoka! Mama dengan I berjiwa art so
kitaorang decide nak pergi Fukuoka Art Museum. Lagipun, entrance fee dapat
discount sebab pakai 2-Day Fukuoka Subway City Pass. Seronok betul discover
Fukuoka Asian Art Museum ni sebab dalam banyak2 exhibition ni, jumpa buku Datuk
Lat Kampung Boy dan karya dari artist Cheong Kiet Cheng. OMG as Malaysian, I
berasa proud sangat hehehe..
|
Arts
|
|
Creative Arts
|
|
Buku Datuk Lat - Kampung Boy dekat Museum Japan |
|
Gembiranya Mama saya.. |
Kawabata Shopping Arcade just opposite from Fukuoka Asian Art Museum.
Besar and panjang gilaa, but we tak spend banyak masa kat sini.. mungkin tak
masuk dengan jiwa hahaha.. So since dah ada kat area sini, terus pergi Don
Quijote Nakasu Kawabata. At first memang I lost ahh sebab tak jumpa Donqi ni,
rupanya dia share building.. Dah la takde letak itik biru , kalau ada takde I
sesat.. hahaha.. Ramai yang suka cari Donqi ni sebab dia murah.. lepastu macam2
ada, and branch kat sini open 24hrs.. perghh.. hahaha..
|
Lintas jalan je dah sampai Kawabata |
|
Besar and panjang gila tempat ni
|
|
Tenang nya...
|
|
Taktau ni statue apa.. |
|
Misi mencari Don Quijote. padahal depan mata je hahaha
|
Ohori park tersangatlah cantik.. I nak pergi sini sebab nak naik Gondola
Swan.. tapi bila pergi , tutup hahaha.. tengok jela dari jauh.. Lepak2 sini,
makan2.. minum2.. lepastu main2 dengan duckies yang jinak gilaa.. omeyyyy...
Puas sangat dapat spend masa dengan parents and chill2 kat sini.. Rasa aman
tenteram betul jiwa ni tau..
|
bye bye.. nak pergi Ohori Park pulak ni..
|
|
Halllaaaa.. tutup tak dapat naik.. tengok pun jadilaaa
|
|
Tengok itik quack quack
|
|
Ni last I guna tripod yang baru beli. Tripod plastic I cair sebab panas sangat duduk bawah matahari dekkat Yanagawa.. |
Nishijin area sangat happening.. Ada pachinko , ada Daiso, ada Donqi gak
haihhhh... semua ada.. besides kat sini dah dekat dengan Fukuoka Tower and
Seaside Momochi Beach Park.. Semua dah buat, so I nak pergi makan signature
food Fukuoka ni.. Halal Motsunabe Kiwamiya! Sebelum datang sini, I dah contact
and buat reservation.. Mind to remind sebab restaurant ni sangat famous, so
kalau nak walk in, takut nanti full house. Boleh check Instagram Halal Motsunabe Kiwamiya sebab gambar I pun
ada kat sana hehehehe.. Time ni jumpa Prof Nakamura. He's so friendly and nice
person and he also can speaks Bahasa..! Daddy of course lah manusia yang paling
happy.. harap next year Prof Nakamura boleh datang Malaysia time musim buah, nanti
boleh makan durian dengan cempedak pulak ..
|
Suasana petang di Nishijin
|
|
Dengan Prof Nakamura |
|
Menu minuman |
|
Menu makanan |
|
Dalam menu ni siap tunjuk cara-cara nak makan Motsunabe yang famous ni
|
|
Siap ada policy dengan Sijil halal lagi.. Ingredients dalam masakan pun diaorang tunjuk, All written in dual languange, Japanese-English |
|
Dessert Daifuku pun ada... |
|
480Yen je, nyummm.. |
|
Marila kita makan.. portion besar ni.. kenyang sangat |
|
Dah sampi KL nanti roger kitaorang tau Prof , kitaorang datang pick up dekat KLiA hehehe |
|
Kedai Halal Motsunabe ni kat 3rd floor tau. Oh ye takde lift, so naik tangga ye.. |
7th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Northern Kyushu pass
- Mojiko
by Midori Train
- Shimonoseki
- Karato
Fish Market
- Nagasaki
AMU Plaza
Harini start activate 3-Day JR Northern Kyushu Pass sebab tempat ni bahagian
paling hujung sekali di kepulauan Kyushu, so ke Kitakyushu we go! I nak jalan2
dekat Mojiko Retro town sebab tempat ni banyak building yang cantik2 dan
classic. Architecture building banyak pengaruh daripada western dan era 70an.
Location Mojiko Station ni dekat dengan Terminal Ferry ke Shimonoseki.. 1-way
ferry ticket berharga 400Yen. JR Northern Kyushu Pass actually cover sampai ke
Shimonoseki, tapi kalau teringin nak naik ferry sambil tengok view, why not
kan? I pilih duduk kat deck atas, semua view I nampak. But siapa yang ada mabuk
laut, I advise makan la ubat dulu hahaha...
|
Exploring Northern Kyushu with JR Pass |
|
Tema baju harini warna merah ye |
|
Mama saya depan Mojiko Station |
|
Pricelist . Ticket Ferry beli dekat machine
|
|
Kami pilih duduk deck dekat atas sekali sebab boleh tengok pemandangan. Kalau ada mabuk laut macam I, sila la makan ubat Veloxin (consult dgn pharmacist) sebelum naik ferry okay :) |
|
Karato Terminal |
Shimonoseki orang ramai pergi sebab nak makan sushi fresh dari laut
dekat Karato Market. Kitaorang pergi hari Sabtu, so time ni pasar dibuka untuk
orang ramai. You just name it what kind of fish you want, what kind of sushi
you want, everything related with the sea.. Gosh.. The market was awesome and
crowded with people. Kat sini of course I cari signature Shimonoseki iaitu
Fugu.. atau nama lain, Ikan Buntal. Perairan laut dekat Shimonoseki ni banyak
Fugu, so kat Japan nak makan yang fresh dan murah, mestilah di
Shimonoseki.
|
Ikan Fugu - Trademark bandar Shimonoseki |
|
Karoto Market Entrance. Very clean indeed, not like typical wet market |
If tak makan jenis raw, diaorang ada jugak jual yang fried. Harga tak
pricey , murah gilaa. Bawak semua makanan yang beli tadi dan duduk dekat luar
Karato Market. Nak makan dekat dalam pasar tu pun boleh, ada food court dekat
tingkat atas. Dekat luar lagi best, macam picnic ramai2 wehhh.. sambil makan
tengok kapal2 kontena lalu, macam2 kapal dan boat la lalu, dengan view Kanmon
Bridge. Angin laut pun kuat gila, ini baru betul makan angin.. Syok betul early
lunch ni ..
|
Sashimi Sushi
|
|
Fried Sushi
|
|
Ramai orang, so datang pagi2 tau. |
|
Besar gila sotong dekat Jepun ni |
|
Murah dan fresh. Tapi kami tak beli sebab nak jalan tempat lain lagi lepasni |
|
Dah beli makanan, picnic kat sini. Syok betul sambil tengok kapal2 besar |
|
Nelayan dan Fugu
|
|
Proud Shimonoseki Bridge dan Kapal Kontena. Ramai Korean daripada Busan masuk melalui perairan ni. |
|
Nak tangkap gambar sebelah signboard tulisan Jepun katanya... |
|
Bandar Mojiko. Nampak tak tram yang kat tengah tu? At first nak naik, tapi time constraint
|
|
Signboard JR pun nak jugak hihihi.. |
Tengahari tu weather macam dah cloudy gila.. grey color. Ada masa lagi,
kitaorang shoot pergi ke Nagasaki. 3-Day JR Northern Kyushu Pass ni dapat
10FREE reservation seat. Since time I pergi ni offseason, I just walk in to the
JR Office kaunter and baru I buat reservation seat. First time buat reservation
ni, I tak dapat duduk dekat window. So sad, sebab JR officer tu akan arrange
ikut pax (maksudnya.. 1A,1B,1C) tu yang I tak dapat duduk dekat window. Agak
boring jugakla tak dapat duduk dekat window, orang yang duduk kat window tak
layan pun view cantik tu..
|
Pergi Nagasaki naik Kamome train
|
|
Miyuki and Me :) |
|
Miyuki bagi guideline macamana nak pergi Mount Inasa lepas dia call mak dia |
I tercuri2 tengok kat window sebelah I sambil amek
gambar, until this lady next to me.. "Do you want seat here? Lets
exchange, I'm okay with it :) OMG.. over sangat ke I curi2 tengok amek gambar
view tadi tu hahaha.. So, time ni la I berkenalan dengan Miyuki :) Nagasaki
girl, balik kampung jap tengok mak kat rumah. She speaks fluent in English
sebab kahwin ngn orang Australia. Borak punya borak, rasa kejap je dah sampai
Nagasaki. Miyuki siap offer naik cab sekali dengan dia , sebab I cakap I nak
naik Mount Inasa, nak tengok view seluruh Nagasaki. Nak pergi Atomic Bomb
Museum dah tutup, nak jalan Nagasaki Peace Park time tu pulak cloudy. Ikut
weather forecast, hujan akan turun. Kiranya outdoor activity tak dapat buat sebab
sampai Nagasaki dah petang gila, and cuaca pulak tak mengizinkan. So we just
hangout dekat AMU Plaza Nagasaki. Kat dalam mall ni pun best, macam2 ada. I
sempat gi washroom dekat mall ni.. OMG sumpah lawa and advance gila.. Kalah
toilet dekat The Garden Midvalley
|
Banyak sangat tengok sawah padi pun boleh menguap jugak tau hahahhahha...
|
|
Amu Plaza Nagasaki connected dengan JR Nagasaki |
|
Tengah decide nak makan kat mana.. End up balik makan kat Hakata jugak |
8th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Northern Kyushu pass
- Daytrip
to Beppu by Sonic Train
- Umi
Jigoku
- Daytrip
to Yufuin by bus from Beppu
- Yunotsubo
Street
- Kinrin
Lake
- Yufuin
Floral Village
Perjalanan dari Hakata ke Beppu amek masa lebih kurang dua jam lamanya..
I target lepas habis jalan2 tengok air panas dekat Beppu, I nak jalan pulak
dekat Yufuin sebab its one way back to the Hakata. Daytrip ni macam rush gila
sebab nak kejar masa pergi dua tempat. Staff dekat Information Tourist counter
ni advise I , its possible kalau I cover trip pergi Umi Jigoku sebab ni paling
famous untuk Hells of Beppu. So dari Beppu station, naik bus dekat platform
number 5. One way trip untuk sampai ke Umi Jigoku cuma 330Yen. Its only cost
5minutes walk once you reached at the destination.
|
Pergi Beppu naik Sonic train. Saya suka tengok senyuman Mama saya |
|
Welcome to Beppu |
|
Harga tambang bas ke Umi Jigoku
|
|
Sepanjang perjalanan nampak view wap asap keluar dari cerobong sebab Beppu terkenal dengan air panas |
Untuk masuk ke Umi Jigoku ni, kena bayar 400Yen. Tempat ni besar jugak
tau.. Siapa je yang tak excited, datang jauh2 nak tengok Blue Hells ni..
Langkah je masuk, asap yang keluar dari Umi Jigoku ni berkepuk2 naik atas..
View memang lawa and awesome, ditambah lagi dengan bunyi air panas dan bau
sulfur.. rasa scary pun ada.. Hells of Beppu depan mata okay! I siap bawak
telur mentah yang beli dekat 7e kot semata2 nak gi hot spring ni.. tapi dekat
Umi Jigoku takleh nak rendam telur tu.. kat tempat lain.. ala..But I think my
raw egg already half cooked in my bag because the summer temperature really
hot, combines when I went near with Umi Jigoku hahahha!
|
My ticket.. Balik KL boleh buat bookmark heheh |
|
Beli ticket kat sini. Pricelist pun siap2 diaorang letak dah.. Ada staff kat sini boleh cakap Engrishh
|
|
Kami dah sampai Umi Jigoku.. Hells of Beppu |
|
Terjingkit2 kaki nak tengok air panas yang depan mata je ni.. adoiii
|
|
Pemandangan penuh Umi Jigoku daripada atas
|
|
Yang ni air dia color orange / brown
|
Sepanjang perjalanan dalam bus nak pergi ke Umi Jigoku, I nampak banyak
gila asap2 keluar dari bumbung sekitar kawasan Beppu ni. Bukan sebab terbakar
ke or apa, but it comes from the steam of hot spring. Punyalah banyak sebab
Beppu ni ada lebih 2000 onsen!
|
Dari Umi Jigoku nak ke Kannawa Terminal Bus, jalan kaki je 300m
|
|
Kalau on the way tetiba lapar atau dahaga, boleh pergi kedai Acik ni..
|
Dari Bus stop Kannawa, I boleh amek bus and go straight pergi Yufuin.
Other option, I boleh je naik JR train, tapi nanti sampai sana lewat petang and
semua kedai dah tutup at 5pm. So we choose ride a bus jela, save time and also
boleh tengok view naik bus. The ride we pay from Kannawa Bus Station to Yufuin
Bus Station only 880Yen for one way.. Kannawa Bus Station ni complete dengan
ada staff yang jaga , ada locker nak taruk bag, ada aircond tempat nak tunggu
bus, ada mesin nak tukar duit kepada syiling..
|
Belakang tu ada kaunter pertanyaan Kannawa Terminal Bus. Tourism center pun ye jugak, semua staff situ boleh cakap English
|
|
Jadual bus Terminal Kannawa. Jadual ni boleh dipercayai sebab orang Jepun tepati janji, sampai on time
|
|
Business hours dengan cara2 macam mana nak guna locker. Kalau tak faham bahasa, tengok gambar je pun dah boleh faham. Faham? |
|
Macam2 size locker ada kalau nak simpan bag/luggage |
|
Mesin tukar duit.. Bukan Tukar mesin tau :p |
|
Takde alasan dah cakap takde duit syiling. Tambang bas kena bayar cukup2 dekat driver, sebab dia tak akan pulangkan duit baki
|
|
Siap ada photobooth lagi.. Jangan lupa hastag!
|
Tapi kan.. sebenarnya I
beruntung walaupun tak dapat naik Limited Train Yufuin No Mori, I dapat naik
bus yang lalu celah2 bukit bukau yang hijau macam lukisan.. Ya Allah.... Sumpah
lawa gilaaaaa... Rasa cam nak nangis..
|
cantik gilaaa view ni |
Yufuin kawasan perkampungan dicelah2 gunung .. Sepanjang jalan dekat
Yunotsubo Street ni, I nampak banyak gila kedai ice cream.. Ahhh my fave..
sedap nye ice creamm ni... Tak taula kenapa sedap jugak makan ice cream ni kat
tempat sejuk.. Ehehehe.. kawasan Yunotsubo ni memang cantik dan
happening.. Mcm2 yang diaorang jual.. Tempat yang paling famous kat sini mestilah
Yufuin Village dan juga Lake Kinrin.. Yufuin Village ni tempat dia mcm dekat
Cotswold United Kingdom.. View mmg cantik untuk tangkap gambar , background
pulak dengan gunung ganang.. Kat sini pun banyak juga jual2 souvenir.. Dah puas
I tangkap2 gambar kat sini, I proceed pergi Lake Kinrin.. Homaiii... ini pun
samaa.. cantik ya amat.. !!! Time ni , I dah nampak a few of trees dah tukar
warna kepada autumn.. Woahhh.. beruntungnya kamuu :)
|
Jom la kita pegi jalan2 dekat Yanutsubo Street |
|
Some of Japanese local souvenier |
|
Ubi keledek.. Japanese sweet potato |
|
My favourite is Ice Cream :)
|
|
Mama suruh berdiri sebelah Daddy lepastu suruh senyum. Klik! Klik! |
|
Kakak ni jual King Crab. Target nak makan King Crab dekat Hokkaido |
|
Banyak betul kedai ice ceam ni..
|
|
Kinrin Lake.. Cantik kalau time Autumn nanti
|
|
Yufuin Floral Village |
|
I dekat Yufuin Floral Village lagi, bukan dekat Cotswald hehehe
|
|
Daddy penat. Berhenti minum dan makan sekali. Bagusnya kat sini sepanjang jalan mesti ada tempat duduk
|
I tengok jam baru je pukul 5pm, tapi area Yufuin yang tadi penuh dengan
orang semua dah kosong.. Ajaib! So we decided to go back to Hakata around
0545pm mcm yang I tengok dalam schedule, tapi train not avails. Since our next
train will be at 0725pm according to the JR staff, kat luar hujan pulak tu.. so
we only lepak2 dekat station sambil2 makan. 7e only 200m away from this
station, so I beli apa yang patut coz the journey to Hakata will take
2hours.
|
Petang di bandar Yufuin. Ada nampak orang tak?
|
|
Kutip postcard dekat JR station ni buat kenangan
|
|
Seronok la tu girlfriend manja2 duduk atas pangku
|
|
Nasib baik tak overnight kat sini. Hujan sepanjang minggu!
|
Sampai bandar Hakata, lebih kurang 9pm ++ , tapi time ni semua kedai
dekat station dah tutup. Oiittt.. awalnyaa korang tutup.. kitaorang nak shop2
sikit pun tak dapat.. hahaha.. OKla.. balik ni pun kena packing sebab esok dah
nak check out!
|
Dah sampai Hakata, Mama nak tangkap gambar dengan train warna merah ni ~ Yufuin No Mori
|
9th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Northern Kyushu pass
- Check
out Hotel Picolo Hakata
- Heading
to Kumamoto by Shinkansen
- Leave
luggage and Check In at Toyoko Inn Kumamoto Ekimae
- Daytrip
to Huis Ten Bosch by Huis Ten Bosch train
Last day dekat Katakasu, Hakata! Check out awal pagi dari Hotel Picolo
Hakata sebab nak pindah check in hotel lain pulak. Sedih pulak time nak check
out ni, hahahah.. yela tinggal hotel ni dah buat macam rumah sendiri. Overall
tinggal kat sini mmg highly recommended!
|
Cuaca cantik harini bagi inspirasi tema warna baju ihihihi..
|
|
Ada orang Japan nampak I terkial2 selfie, lalu dia pun tolong. Maka, ada la gambar penuh kami yang cantik ni buat frame hehehe |
|
Farewell bid to the fishes.
|
Last day pass ni, I gunakan untuk
pergi ke Kumamoto. Yup, so Kumamoto will be my second base for Southern trip in
Kyushu. Kebetulan tarikh hari ni cantik gila.. so today is our first time
riding Shinkansen dari Hakata ke Kumamoto. Apalagi, tulis la dalam diari
hahahah.. Ala korang pun kalau benda first time, mana boleh skip excited.. takyah
tipu diri sendiri lahhh..
|
JR Northen Kyushu Pass ni ibarat passport kita bila nak setiap kali nak naik train JR. Details pun amek daripada passport kita tau.. |
|
Beratur nak naik Sakura Shinkansen. Senyum sampai tak nampak mata parents saya ni hihihi..~
|
|
We got car number 5. So here we should wait |
|
Sakura Shinkasen layout
|
|
Pemandangan cantik kearah Southern Kyushu
|
Cepat gila sampai, dalam 55min dah sampai ke Kumamoto Station. Kumamoto
Station takdela besar and tak crowded pun. Station dia sangat simple and
straight forward. Ada tempat2 makan, Starbucks , Seattle Best Coffee, ada Family
Mart, Can Do, kedai2 souvenir dan juga tempat2 makan. Sampai je station tu , I
dah nampak beruang hitam berpipi merah.. Wahhh.. cute gilaaaa wehhh...
|
Beruang Kumamoto
|
|
Kat mana mana mesti jumpa beruang ni. Kumamoto Ambassador
|
|
Seattle Coffee kejapp...
|
|
Banyak betul idea untuk souvenier
|
|
Family Mart pun adaa... Banyak nye jajan..
|
|
Entrance kat belakang ni ada statue
|
|
Inila Kumamoto Station. Tak besar pun, but still macam2 ada kat sini ..BEST! |
Sometimes I ni fail la baca map. Sometimes je.. hahaha.. Rupanya kan,
hotel yang I booked dekat Kumamoto ni, sebelah je dengan Kumamoto Station
hahaha.. Ya Ampunn.. Dekat gila.. So tinggalkan je luggage kat sini (dah jimat
takyah nak rent luggage storage), so we reserve seat our train ticket to Huis
Ten Bosch!. Yay..
|
Dekat sangat dengan Kumamoto Station.. Tram pun depan hotel je |
|
Landmark hotel, sebelah Koban (Police Station)
|
|
Our hotel Kumamoto Toyoko Inn Ekimae
|
Sepanjang nak ke arah Huis Ten Bosch, cuaca tetiba agak cloudy. Naik
signature train warna orange ni, decoration dalaman dia simple je.. speciality
train ni sebab nama dia sama dengan station dan nama tempat.. Huis Ten Bosch.
Sampai sini pun dah petang sebab distance memang jauh dari Kumamoto. Bila
sampai je station tu, rasa macam bukan dekat Japan dah.. rasa macam betul2
dekat Netherlands.
|
Huis Ten Bosch Train |
|
We are here |
|
Bangunan hotel dekat Huis Ten Bosch |
|
Parents saya sentiasa sehati sejiwa. Ambassador untuk Huis Ten Bosch hihihi |
Sampai kat sini pun dah agak petang, dalam 03:30pm macam tu.. Cuaca
pulak memang cantik, cerah dah panas gilaa hahahah.. Initially I memang ada
plan nak masuk tempat ni sebelah malam, sebab harga half price. Pastu Mama
cakap, dia taknak masuk and tengok dari luar jela cukup. Maybe dia time ni Mama
dah pandai tengok harga Yen dekat price list kaunter tiket tu. Haihhh Mama ni,
orang nak bawak dia jalan2 kot.. But its okay, kat sini kitaorang kat sini
tangkap gambar banyak2 sebab takde orang. Hahaha.. macam2 angle dapat tangkap
gambar. Jalan2 kejap and head back to Kumamoto.
|
Huis Ten Bosch ticket information |
|
Time ni tengok cam takde orang. Mungkin selain daripada season summer, tempat ni penuh siang dan malam |
|
Guide Map
|
Best thing masa pergi time
summer ni ialah tak ramai orang. Setiap scenic train yg I booked ni, I fully
utilise FREE RESERVED seat dari JR Train. Hahahaha.. seronok gila naik train
takde orang ni. Before nak naik train, baru pergi ke kaunter cakap nak duduk
dekat RESERVED SEAT. Kalau pergi time peak season, memang tak dapat la
ceritanya.. RESERVED SEAT ni kalau nak normal booking mahal tau.. Kalau takde
RESERVED SEAT, either kau berebut dengan orang atau kau berdiri laa sepanjang
perjalanan dalam train tu. Nanti kejung kaki kau wehhh..
|
Alert where you stand to take your train |
|
Small town in Nagasaki
|
|
Their smiles and happiness are priceless
|
|
Lets check in. Complimentary for women, get the skincare Olive Energy.. Yay..
|
10th Sept 2019
- 1-Day
Wakuwaku Pass
- Kumamoto
Castle
- Sakuranobaba
Johsaien
- Shimotori
Shotengai
- Suizenji
Jojuen Park
- Dinner
Pakistan Indo Naan
So dekat Kumamoto, I booked dua room dekat Hotel Toyoko Inn Kumamoto ni.
I bagi peluang dekat parents I honeymoon hehehe.. Kasi chance lahhh kann.. Puas
hati tau tidur dekat hotel ni.. Dah la dekat dengan train station, lepas tu
siap dapat FREE BREAKFAST.. Fuhhhh.. Selalu hotel yang jenis macam ni memang
dalam hunting list I.. Since I bawak parents, breakfast is a must before start
our day for the trips. Kalau dekat Picolo Hakata tu, kitaorang masak sendiri
breakfast sebab tempat tu Hotel Apartment, lengkap macam rumah. Yang ni hotel, nak masak apa nya...
hulur duit suruh hotel masak kan jela hahahhaa...
|
View dari bilik i , Level 16 pemandangan sebelah kanan bangunan |
|
View dari bilik 2102 parents I , boleh nampak Kumamoto Station. Level 21, cantik kan? Nampak tak train tu? Hihihi
|
Masa turun dekat lobby nak breakfast pagi tu, I dah tunjuk dah dekat
kitchen team hotel tu Muslim Dietary Card dalam bahasa Jepun.. So bila diaorang
baca and faham rules that we are Muslim and can't eat specific thing, they
understand. Kebanyakan kitchen team ni , orang2 tua pangkat2 nenek tau.. Bila
diaorang nampak je orang datang nak breakfast, vibes yang dia bagi memang spice
up the morning mood. "Selamat Pagi" dalam bahasa Jepun sambil senyum2
terkedut2 dekat bahagian mata. Orang yang senyum sampai nampak kedut dekat mata
ni, selalunya dia senyum dengan hati yang ikhlas. Yup thats true.. Bila tunjuk
je Muslim Dietary Card tu, dia akan bawak I tour buffet makanan pagi tu setiap
food yang mana I boleh makan.. Aha.. punyalah diaorang respect kitaorang as
hotel guest.. Ya Allah, memang banyak gila kot boleh makan, Alhamdulilah memang
kenyang parents I . Japanese food dengan Malaysian food takde banyak beza mana
pun.. Besides, Japanese food really healthy..
|
Tak reti cakap Jepun? No problem, tunjuk je card Muslim Dietary ni |
|
Makan kenyang2 okay, buffet breakfast ni |
|
Curi Miso Soup dari Mama lepas tu kan... Miso Soup ni dah curi hati kita la awaa.. sedap laa (mmmmm.. mouth watering)
|
Harini jalan jalan dalam bandar Kumamoto! Yeahhh.. before start the
journey I pergi tanya dulu dekat Kumamoto Tourism ni, pass apa yang sesuai dan
berbaloi nak guna untuk sehari. I cakap la dekat tourism lady ni tempat mana
yang I nak pergi.. So dia cadangkan I beli pass 1-Day WakuWaku Pass untuk
tempat2 yang I nak pergi. Diaorang ni helpful tau, siap tolong kira kan cost
lagi kalau I amek pass ni.. So dengan 1-Day WakuWaku Pass ni, tempat pertama
nak pergi ialah Kumamoto Castle. Kumamoto Castle tutup sebab tengah renovation
pasal gempa bumi haritu. So tengok dari luar jela dapat.. Next to the Kumamoto
Castle, Sakuranobaba Johsaien.
|
Naik Tram!
|
|
Arrived at Kumamoto Castle |
|
Macam mana boleh tercicir Pak Cik Muhalip ni masa orang tengah sibuk2 lintas jalan?
|
|
Tourist Map Board
|
|
Statue Kato Kiyomasa. Tahu tak bandar Kumamoto ni terkenal dengan samurai?
|
|
Kumamoto Castle under construction due to the earthquake
|
|
Historic Site |
|
Dekat je.. |
Sakuranobaba Johsaien ni best sebab dia ada byk food and also ada free
culture performance. Seronok sangat tengok persembahan samurai diaorang ni.. I
cepat2 cari tempat duduk cop nak duduk kat depan.. Ala benda FREE kan selalu
cepat full hihihi.. Persembahan diaorang ni totally in Japanese, so takde
subtitle.. pandai2 la guna kebijaksanaan otak translate hahahah.. Some of the
performer ni boleh cakap English, tapi very limited and basic.. Persembahan
diaorang starts at 1030am if I'm not mistaken, but to double confirm kena check
dengan tourism counter diaorang hehehe.. At the end the performance, one of the
entertainer ni datang kat kitaorang.. Haahahha.. mamat ni memang cute la
jugakk.. Sempat la tangkap sama2 buat kenangan..
|
Sakuranobaba Johsaien |
|
Time ni testing matcha |
|
Jom tengok apa ada kat depan tu..
|
|
Tak dapat masuk, dapat tengok je..
|
|
Samurai Sakuranobaba Johsaien. Best performance diaorang ni
|
|
Abang Samurai ni boleh cakap English. He's so cute! |
Time ni panas gilaa so to kill the thirst (alasan je.. :P), I cakap kat
Mama nak beli ice cream kejap.. Hahaha.. Nice.. I beli ice cream oranges.. Dapp
ohhhh.. sumpah sedappp .. Dia punya topping ni , dia taruk slice oranges
kering... Unik kann... Ice cream dia besarrr ohhh.. Share 3orang sekali nak
habiskan benda alah ni hahaha...
|
Ice Cream Orange
|
So we done at this area, and we proceed to another location..
Shinshigai.. haaa.. kat sini cam tempat shopping la.. berbumbung gitu.. The
place really near , it just 5mins walk and were are here.. So kitaorg masuk la
kedai2 ada kat sini, cuci2 mata .. shopping2 sikit.. and also take a break
sebab ada kerusi.. Hehehe.. Then we went to Suizen Ji-Jojuen...I nak gi tempat
ni sebab nak tengok taman Jepun dalam bandar.. Sebab pass yg I beli tu, entrace
fee ni pun dapat discout.. Mama and Daddy taknak masuk tengok Japanese Garden
ni, so I sorang je masuk.. Both of them gi jalan tempat lain berdating.. So
okayla , ada space utk diaorang dating heheheh.. I tak risau sangat pun sebab
modem WIFI ada dekat dalam bag Mama.. and for me myself, I can get and try find
FREE WIFI kat mana2 je.. Kumamoto ni WIFI Friendly tau.. hahaha..
|
Shinsegai Shopping Mall
|
|
I suka tengok kedai2 camni bila sampai dekat Jepun
|
|
Dah cakap dah kolam kat Jepun ni air dia jernih |
|
Suizenji Koen
|
|
Cantik kan? Gambar real tanpa edit tau ni..~
|
|
Another proud Samurai statue
|
Jumpa pun Mama and Daddy.. diaorang pergi shopping buah2 kat kedai mana
ntah.. Eh terer jugak ehh dah pandai shopping pakai Yen.. hehehe.. Mama la ,
memacam buah dia borong beli hahaha.. dia kata geram tengok buah2 kat Japan ni
gemok gedempol.. Hahahaha.. So our closing destination.. We heading to the
Pakistan Indian Restaurant Taj.. First we have to take the tram and stopped at
"Suidacho" station. Disembark from the station and find the station
bus and wait for the bus number #1, #7, #8, #10, #12, #14 or #17. It cost
240Yen. But since we have bought the unlimited day pass which is included with
the tram and bus ride, it saves money alot!
|
Kad Waku Waku dan cara-cara nak pergi ke Taj Restaurant |
We arrived there around 0530pm and ready to eat early dinner. I'm plan
to bring my parents here since the review was so good about this place. So we
headed there and found the restaurant. At first I'm a bit afraid to enter since
I didn't make any reservation. Bear in mind that some of the restaurant
requires reservation, otherwise you can't enter. Besides, menu dekat luar
restaurant tu, ada tampal kertas kuning yang bertulis camni.. So I cuba la
hadamkan maksud kat kertas kuning tu.. Kedai ni harini ada orang booked untuk
buat charity kah?
|
Taj Restaurant |
When we are about to enter, this one guy approach us.. "Come let's
go inside.. Today is 10th Muharram, the most important day in Islam. Today for
lunch and dinner at no cost". Kitaorang dengar bila dia cakap "Lunch
& Dinner at No Cost" tu yang cam tak percaya.. "Eh orang tua ni
biar betul, main selamba je cakap makan lunch & dinner kat sini harini
FREE.. I ni dah la pantang dengar benda2 FREE, pulak tu dengan lapar dan
penatnya lagi.. Tolongla jangan mainkan perasaan I yang bawak parents ni
hahaha.. Ada kejap lagi kena marah dengan Mama & Daddy.. hahahah..
|
No menu available today, because today 10th Muharam is cater FREE for everyone for lunch and dinner |
Lepastu Mama tanya lagi.. "Oh its FREE?" Then he replied
" Yeah , its FREE today .. My name is Ali Baba, I'm the owner of this
restaurant".. I'm Muslim, and today is 10th Muharram.. Haa.. barulah
percaya and kami langkah masuk.. Daddy ucap syukur Alhamdulilah sebab makanan
harini FREE dan jimat duit sikit belanja hehehe.. I'm happy too, tak sangka
kami satu family langkah kanan haritu.. TBH , I memang tak tahu pun yang kedai
ni nak buat sedekah.. Alhamdulilah.. Masa masuk dalam kedai tu, ada dua orang
budak Japanese je yang tengah makan..
|
Alhamdulilah, rezeki yang tak disangka2
|
Free food of the day is beriani and beef comes with the gravy. Alamak...
I dah la tak makan nasi.. so I nak makan apa? Pinggan I penuh lagi dengan nasi
beriani.. tak luak pun.. pastu Uncle Ali Baba ni tanya, kenapa tak makan? I pun
cakapla.. "Ada Roti Nan tak?" Pastu dia cakap.. Oh ada.. kejap ehhh..
I punya la happy bila Roti Nan tu sampai.. gila gedabak besar nya... Hahaha..
Syokk ohhh makan Roti Nan time tu sebab time tu lapar and also makan panas2 ..
Hahaha.. Ali Baba tu nampak je pinggan Mama and Daddy dah kosong, dia pergi
suruh pekerja dia refill nasi dengan lauk.. Ya Allah, pemurah betul pakcik ni..
I doakan pakcik ni murah rezeki .. Memang ikhlas nak bagi orang makan...
|
I ate Nan. Till now (when I'm writting) , I still remember the hot of Nan
|
|
Photo with the Taj Restaurant owner, Ali Baba
|
So balik hotel , naik tram and nak rest2. I cakap dekat Mama, kejap lagi
I nak keluar balik gi jalan2 bandar. Pass ni boleh guna lagi sampai tengah
malam.. Hahaha... Begitulah bagusnya ada unlimited day pass ni.. Guna sampai
lebam.. Turun naik turun naik tram je keje satuhari hahahaha..
|
Kenyang Perut Senang Hati
|
|
Hantar Mama & Daddy balik hotel. Tinggi kan hotel Toyoko Inn ni |
|
Mama saya cantik. Sebab tu saya pun.. eh takdelah.. takdelah.. hihihi :P
|
11th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Southern Kyushu pass
- 1-Day
Trip to Takachiho by bus
- Amaterasu
Railway
- Takachiho
Gorge
Harini plan nak jalan jauh sikit, nak pergi ke Takachiho Gorge. Memang
jauh gila kot nak gi sini sebab amek masa dalam 4jam untuk perjalanan sehala.
Untuk pergi sini, takde Shinkansen so harini takde pakai pun pass JR ni. I
pergi ke Tourism Kaunter and agent tu yang settle kan semuanya sebab dia liaise
dengan bahasa Jepun. So I hanya perlu bayar duit bas pergi balik dari
Kumamoto-Takachiho Gorge-Kumamoto dekat Family Mart. Dah dapat ticket, jom
pergi tunggu bus dekat Platform 1.. Ya Allah, easy peasy kot.. dekat betul
dengan Station Kumamoto ni ha.. Bus tu datang pukul 9am, so kitaorang sampai
kat situ 845am.. Aha.. Punctual kan kami, cam orang Jepun dah hahhaha.. Tak
lama je tunggu bus pun sampai sebab , bus depart at 9am.. so what do you
expect? To be safe in travelling and less stress, just be punctual and be
there.. simple..
|
My Happy Parents |
|
My beautiful mama standing infront of the Tourism Counter
|
|
Kumamoto Station Bus Stand Number 1
|
|
Live Information Board |
|
The ticket written in Japanese
|
|
The ticket under my name |
We're seated at the second last row, both for return joruney. Since
three of us.. this time Mama sit next to me.. Hhihi.. Along the journey, we
never get bored at all.. We seen all places especially the rural area.. OMG
every places was sooo lovely.. We managed to see Mount Aso as well.. I had a
plan want to go to Mount Aso at first, but then I was thinking.. Hmmm.. maybe
not this time. So by viewing from the bus seeeing Mount Aso from far (not far
actually, its really big infront of our eyes when the bus pit stop at the Mount
Aso station).
The view was sooo amazing. Anyway, I didnt sleep at all.. just
enjoying the view and eating snacks in the bag.. The bus also stopped at the
last two station, Takamori Tourism Centre for about 15min if I'm not mistaken. So all of pax went down
to release the muscle and went to the toilet. Lucky that we had a chance using
this opportunity to refresh our tired body.. Its 4hours mehhh, sitting in the
bus okayy..
|
Setiap tourism centre dekat Japan ni, diaorang akan ada native speaker dan juga English speaker.
|
|
From head to toe , BLUE BLACK |
|
This tourism centre have a village concept style. Feel like Japanese home
|
|
Pit stop at Takamori Tourism Exchange Centre
|
|
Our ride of the day - Kyu San Ko bus company
|
So we finally arrived. Ramai jugak yang turun last station ni, Takachiho
Gorge. I suruh Mama and Daddy tunggu dekat bus station tu sementara I pergi
Tourism Centre. Betul2 depan bus station ni je .. Pekan ni kecik je tau, tak
banyak shop buka time tu.. tak sure lah kenapa.. So I went there.. I cakap la
kat diaorang yang I nak naik boat yang famous tu dekat Takachiho Gorge.. Pastu
dia cakap, "Oh sorry you can't ride this boat today as the water level
high due to yesterday raining". I dah rasa down dah kot.. datang sini
semata nak naik boat tu ( crying inside).. So dia pun recommend , pergi naik
keretapi Takachiho Amaterasu Railway.. situ pun best gak tauuu... katanya.. So
alang2 dah sampai kan, pergi jela macam yang dia recommend.
|
Jom tanya.. kalau tak tanya, nanti sesat jalan.. hehehe
|
|
Takde rezeki nak naik boat yang famous tu..
|
Just nice, sampai
je beli ticket and terus naik at 1300pm..
|
We walking to the Amaterasu Railway , this path look flat but actually its 90deg hike!
|
So kitaorang yang beratur last ni,
naik last la kan? Haa.. means kitaorg duduk depan sekali dekat dengan Captain
keretapi ni.. hihihi.. Bestt ohhh.. bila nak berlepas pergi tu.. semua crew2
kat situ lambai tangan kitaorang.. oh wow.. Perasaan tu best sangat..
Sebab keretapi macam yang keretapi mainan untuk budak2 dekat shopping mall tu
hahaha.. reminisce everyone's childhood moment betul..
|
Adult Price , 1500Yen , time 13:00pm. I've got 3tickets in my hand
|
|
As we last person enter in this train, we sat near behind the captain
|
Keretapi no roof, open air soo sepanjang journey dinasihatkan untuk
duduk tak boleh berdiri.. Bahaya kot kalau apa2 jadi.. Dapat la tengok
pemandangan dari sisi yang lain.. Sebab laluan keretapi ni dah tak pakai.. so
diaorang turn out this route into tourism business.. Pandai orang Jepun ni buat
duit, diaorang gunakan benda yang dah sedia ada untuk dikomersialkan..
Masa keretapi ni lalu bawah tunnel.. Captain bukak lampu warna warni
(ala macam clubbing tu).. Ya Tuhan.. meriah betul clubbing halal sambil duduk
ni ha..
|
Tunnel Clubbing |
Sampai last point destination, which is betul2 dekat tengah2 Takachiho
Amaterasu Iron Bridge.. Dia stop kan train tu and dia buat annoucement dalam
bahasa Jepun.. I pun translate la ikut kefahaman I.. " Okay kamu semua,
kita sekarang berada di tengah2 Amaterasu Iron Bridge.. Kamu semua sekarang
boleh bangun dan tengok pemandagan sekeliling.. cantikk kan? Sila la menikmati
pemandangan dan bergambar sepuas2nya..
Captain tu terus bukak automotic bubbles.. Weh seriously la mmg seronok
tak terkata semuorang..
Captain tu siap tolong tangkapkan gambar kami satu family lagi dengan
efek bubbles hehehe..
|
My family :)
|
|
Me , Daddy and Mama
|
|
Dengan bantuan bubbles dibelakang tu, gambar saya jadi cantik tanpa edit HAHHAHAHHA |
Ya Tuhan.. ni lah yang orang cakap nikmat seronok yang tak terucap tu
eh? Baru nikmat seronok.. belum lagi nikmat lain.. Haaa... Tempat ni mmg highly
recommended.. Tengok weather forecast tau sebelum datang sini.. Kalau time tu
datang hujan, sorry la kot mmg tak dapat hehehe.. Kalau datang time Autum
sure cantik gila sebab daun2 warna dia dah bertukar color.. Yang kitaorang ni
pemandagan hijau sekata.. Summer season la katakan..
Done with this activity, we went to the famous Takachiho Gorge.. Its
about 900m to walk from this place.. Ikut google maps nampak dekat , tapi bila
menapak tu jauh gila pulak rasa hahaha.. Nak dapatkan cab kat tengah2 hutan tu
memang takde la.. Penat mak pak saya, and I'm felt so soo sooo guilty
wehh..
|
Memory photo with the Amaterasu Railway Captain
|
|
Railway cafe have a variety menu for the hot summer
|
|
The station :)
|
Finally sampai gak air terjun yang nak tengok sangat tu.. Memang lawa
standard air terjun Jepun.. Cantik, bersih.. And kalau dapat naik boat sure
perasaan tu lagi best. But since takde rezeki, its okay..
Lepastu air sungai dia yang jernih tu boleh nampak ikan koi... Yeke ikan
koi? Entah , tapi I'm pretty sure ikan tu besar lengan I.. hahaha...
So we lepak2 there and chill and at 4pm we take a cab tu the bus
station. Dekat Takachiho Gorge ni ada Tourism Centre dia, so its really helpful
and help us call the cab. Bayar jela.. tak silap I bayar haritu dalam 800yen
and it takes only 5-8min to the station bus.. dekat je.. Just nice waiting the
bus at the Takachiho Station.. So mana yang sampai sama kitaorang tadi pun ada
sana gak..
Kat sini, semua bus station dia ada aircond..
We arrived at Kumamoto city around 830pm .. So we buy something to eat at
Family Mart. Quick food to eat before head up to the hotel. Early rest up and
wait for the next adventure tomorrow.
12th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Southern Kyushu pass
- Daytrip
to Kagoshima
- Daytrip
to Ibusuki by Ibutama no Tamatebako
So , today we activate our 3-Day Southern Kyushu Pass.. As usual, before
we take the ride I went to the JR office to reserve the seat. So, tempat
pertama yang kitaorang pergi ialah Ibusuki.. Nak pergi Ibusuki sebab dapat naik
scenic train Ibutama no Tamatebako.. Limited train ni.. Tempat ni famous dengan
activity sand bath.. haa.. Sebab limited time nak pergi ke Kagoshima, we just
walk around this town. Town ni mcm ghost town, takde orang and takde shop yang
bukak... Aneh betul tau.. So killing our time walk around the town and nak cari
gak kedai nak lepak2 minum ke kan.. pun takde hahahah.. apo? hahahha.. Oh ye,
dekat Ibusuki station ni, ada air panas yang boleh masuk rendam kaki.. syok
ohhh sebab sumber mineral semulajadi tau.. free tau
|
Dalam train Ibutama
|
|
Kolam air panas free untuk celup kaki
|
|
Special family portrait with the date ~ 12 September 2019
|
|
If you read Japanese, you'll understand this
|
|
Mama and Daddy at Ibusuki Station (credit myself to this photo... hahaha)
|
|
Why no locals seen in this town?
|
|
Ibusuki ~ Famous with the black sand spa |
|
Empty. I'm so curious.. |
Going back to the Kumamoto Station, we took our Shinkansen and head to
the Kumamoto and going to the Kagoshima.. Kagoshima is the end of the southern
part of Kyushu.. Masa kitaorang sampai tu, cuaca agak gloomy and we can
expect since the summer season will always raining.. So kita jalan2 dalam mall
Kagoshima ni.. shopping2 perabih duit kejap hahaha.. lagipun by 630pm nak balik
ke Kumamoto dah.. Sebab taknak clash dengan peak hour orang balik kerja, nanti
tak dapat seat... ehhehhe.. enjoy what dapat naik scenic train , yang reserved
pulak tu..
|
Kagoshima Station |
|
Quick Sightseeing in Kagoshima due to raining
|
|
In front of Shopping Mall in Kagoshima. This Mall linked with the train station and look what's at the roof top.. |
13th Sept 2019
- Activate
3-Day JR Southern Kyushu pass
- Daytrip
to Misumi by A-Train
- Checkout
Toyoko Inn Kumamoto Ekimae
- Heading
to Fukuoka by Highway Bus
- Checkin
Hotel Fukuoka
- Sumiyoshi
Shrine
- Fukuoka
Freedom Night Market
Harini last day dekat Kumamoto City, bermakna last day la breakfast
dekat hotel. Hospitality hotel ni memang superb, tu yang rasa berat je hati nak
checkout. Sampai sekarang benda yang buat I teringat2 ialah nenek2 kitchen tu..
dengan Miso Soup yang hirup panas2, bun yang panas2.. omg dapnyeeeee..
|
I love the miso soup now
|
|
We really love this hotel. Lets book for future travel :) |
Done our breakfast, we checkout from the hotel. Tapi all our luggage,
kitaorang tinggalkan kat hotel je. So we headed to the Kumamoto Station and we
decide nak pergi Misumi. Misumi ni kira agak dekat jugak dengan Kumamoto tapi
train nak pergi sini agak limited, cuma ada dua kali je. Masa pergi memang agak
pack la , even dapat reserve seat tapi I tak dapat nak duduk sekali dengan
parents I.. Duduk bersepah2 sebab nak rebut duduk kat tingkap punya pasal..
Haihh.. but sokay, masa balik tu train ni kosong gila kot hahahah.. Kedepan
kebelakang I tangkap gambar.. Dalam train ni jugak la, crew train ni bagi candy
shinkansen buat kenangan.. hehehe.. Ala candy biasa je, this small token
appreciation yang macam ni lah buat I nak datang lagi ke Jepun walaupun Jepun mahal..
haa.. nampak tak?
Masa sampai Kumamoto Station , I dah tanya dekat Tourism Centre
kat situ kat mana boleh beli tiket bas nak balik ke Fukuoka. Pass JR Southern
Kyushu I tak boleh guna direct pergi sampai Fukuoka, sebab Fukuoka ni kan dekat
Northern.. At first I cam nak naik Shinkansen je , tapi time tu tak cukup duit
hahaha.. so I was thiking takpela. 6hari lenjan pass JR Shinkansen ni (except
Takachiho Gorge). Naik bus je la since kitaorang pun takdela nak kejar apa
sangat dekat Fukuoka tu. Just nice, sampai je Fukuoka petang dan boleh terus
check in. Kalau datang awal, nak kena bayar duit loker bag lagi.
Habis semua check in, I dah get ready nak jumpa kawan I. Ingat kan kawan
I Tomoka, haa.. nak jumpa dia.. Hotel yang I booking ni ,satu lorong je dengan
kawasan perumahan dia. Sure kaya gila dia ni sebab lokasi hotel I ni bebetul
tengah bandar. For my parents, I biarkan mereka berdua dating berdua. Anything
just give me a call since the Wifi modem with my Mama. Depan hotel ni je ada
Family Mart, senang gila nak beli apa2. Jalan depan sikit dah nampak kedai2
yang jual2 skincare tu semua.. Memang dekatlah dengan Hakata Station, sebab kat
situ semua ada.
We met up and her niece wanted to see me. OMG tak sangka I ada fan dari
Japan. hihihi.. Jumpa Tomoka and Tomoka bawak I jalan2 sekitar Fukuoka within
walking distance je. First dia bawak pergi Sumiyoshi Shrine.. tapi dah malam so
tak best sangatla nak tangkap gambar.. Lepastu I cakap I nak pergi yang tempat
hangout yang ada food2 tu.. I tunjuk gambar.. and she said.. "Ohh situ
ke.. Hahh.. jommm" . Best tau ada kawan local ni sebab dia boleh cakap
Jepun and we feel safe hahaha.. We talked alot and shes very humble down to the
earth.. Dia mention la tempat2 nak shopping kat mana sebab I cakap esok last day
nak shopping perabis duit sebab semua tempat dah jalan hahah...
Dia sangat
recommend pergi 100Yen shop dekat Hakata Station. Barang besar mana pun, harga
tetap 100Yen.. OMG , bila dengar of course la seronok ya amat and tak sabar nak
gi kan.. I cakap I nak cari miso soup sebab I suka sangat.. hahaha.. Tak lepak
lama pun dengan Tomoka, sebab kesian kot dia baru balik kerja pastu nak
entertain I.. So kena la pakai otak (common sense) hehehe.. Before that I
sempat la bagi a few Maggi dari Malaysia yang I simpankan untuk dia. At least
ada la jugak kan.. hehehe.. Since dia baru balik dari short holiday dari China
, dia belikan I hadiah teh bunga... wow sweet sangat.. Dia holiday dua hari je
kat China... hahaha dia punya holiday tu macam gi belakang rumah je.. I is cry,
till we meet again in Fukuoka.
14th Sept 2019
- Single
Journey Ticket - 100Yen Bus
- Shopping
at Daiso Terminal Bus Hakata
- Shopping
at JR Hakata City
- Canal
City Fukuoka
- Seiryu
Park
- Free
Jazz Concert Nakasu Kawabata
Breakfast kat hotel ni not bad jugak.. But hati masih teringat2 dekat
hotel Kumamoto tu hehehe.. So today is our shopping day! We went to the 100Yen
shop first aka Daiso. Banyak jugak habis masa, tenaga dan duit kat sini.. Balik
hotel jap hantar barang2 shopping tadi sambung gi Canal City Fukuoka,
Seiryu Park and petang tu gi jalan2 tengok Jazz Concert.. Free tau konsert ni,
pastu dapat banyak gila goodiess.. Since concert ni dekat public and FREE pulak
tu, jangan harap la dapat tengok dekat2 sebab dah penuh kot hahaha.. But still
dapat tgk concert and enjoy the Jazz melody.. best jugak jalan2 time summer ni.
Ramai Malaysian tak suka datang time summer ni sebab cuaca sama cam dekat
Malaysia. Still activity time summer ni banyak jugak yang menarik, yang penting
pandai merancang. Enjoy music sampai lebam ...
|
Breakfast Meal Ticket for three
|
|
Dining area
|
|
Ready for shopping and sightseeing |
Malam tu last kopek habiskan Yen. Kat sini by 830pm byk kedai dah tutup.
Yang bukak pun independent pharmacy (yg jual2 skincare tu) and also convinence
store cam Lawson, 7e and Family Mart. I spend my time at 7e and had great time
there sebab coffee power dia. Nak stay up sebab nak packing all the thing esok
nak balik KL dah !
15th Sept 2019
- Single
Journey Ticket , 1st train to Fukuoka Airport at 5:50am
- Checkout
at Hotel Sunline Hotel Fukuoka
- Safely
arrived in Malaysia
Bangun awal gila (actually tidur ayam sebab malam tu dah minum coffee
lepastu tak boleh tido) hahhaha.. So pagi tu tak dapat breakfast kat hotel pun
, I is soo saddd... yang penting dekat 7e semalam sempat la rembat semua benda
utk bekal pagi ni.. We have to check out early sebab flight pagi. And we just
only take first train from Hakata Station , naik Kuko Line (Airport Line) which
is at 0550am.. Overall, pagi tu memang ramai la naik first train and also train
tu penuh gak sebab semua yang naik nak pergi airport hehehe..
Sampai dekat airport, just nice. Luggage takde beranak2 pun, macam mana
pergi, macam tula balik hehehe.. Sebab I memang power dalam the art of packing
luggage, I kan dah biasa travel.. All the luggage, I yang kemas .. Mama I takde
usik apa pun.. Dia kemas diri dia je hehehe.. Yang lain semua I handle..
Sampai kat airport pun takde rushing, check in bag, beratur dekat immigration
tu semua and tadaaa... sampai dah dekat boarding area.. Airport Fukuoka tak
besar pun , kecik je ..
|
Red book and red flight. Thank you for helping my dream come true
|
|
Done boarding.. I choose seat where can see the wings
|
Heloo Malaysia.. We coming home after fortnight in Japan.. Dalam flight
, parents I tekun makan Nasi Lemak Pak Nasir.. haa.. sedap katanya, dapat jumpa
Nasi Malaysia ni hehehe.. I? Tak makan nasi lemak, but the one I order is
chicken ape ntah, bukan habis pun so I pass to them..
|
Boarding.. The eyebags telling that I'm really fully use last night in Japan
|
|
Bye for now, till we meet again
|
|
Welcomes you home to all Malaysian
|
|
Collecting our luggage. Its KLiA 2
|
Hati I puas sebab hajat I tercapai dan Allah permudahkan segalanya dari
pergi sampai la kaki jejak semula dekat KL. Benda yang I tak dapat beli dan
bayar ialah senyuman keseronokan dari Mama dan Daddy I sepanjang holiday
ni.
Time management tersangatlah penting dekat Japan, punctual dan semua
schedule ontime. Lagipun, dari satu tempat ke tempat even naik train laju kat
Kyushu ni, ambil masa lebih kurang 2jam. So kena pandai2 arrange masa, nanti
taknakla dah sampai tempat yang dituju tu, tempat tu tutup #eh
Sepanjang trip ni, I bersyukur sangat sebab takde kena typhoon atau
banjir besar cuma hujan je. Semua aktiviti sempat buat dan tak kena hujan masa
buat aktiviti. Penting tu, sebab dah beli tiket mahal kot hahahaha.. I doa
banyak2 sebab a week before fly tu, prefecture Saga kena banjir sebab hujan tak
berhenti2. And Alhamdulilah juga sebab parents I takde sakit2 or apa2 sebab
kena banyak jalan kaki. Semua meds I bawak dalam bag, dengan Vitamin, ubat Yoko
Yoko, paracetamol, panadol soluble , Veloxin and etc.
|
Hello nephew.. You looks different after 14days..
|
|
Thanks to this Pocket WiFi, make me stay connected with the internet. Its unlimited and good price bargain!
|
|
First thing first once landed in Malaysia, hunting Malaysian food.
|
|
Lets find empty seat
|
|
My parents find their food and me..? Taking random picture.. Well actually its nice having lunch with this open air concept |
Overall, family trip I ke Kyushu ni seronok sangat. Macam sekejap je
2minggu tu berlalu.. hihi.
Sementara ada direct flight dari Airasia ni, I recommend sangat2 you
guys pergi Fukuoka. Bawak family la sekali, baru syok jalan2.. Bila lagi nak
spend masa kalau bukan sekarang?
Sumpah besttt ohhh... Jom pergi ke Kyushu lagi? :)
Follow Instagram mizzerny sekali okayy ;)
No comments:
Post a Comment