Wednesday, 4 September 2019

Fukuoka dan Kyushu Trip 2019 !


I selalu travel solo, tapi kalini I bawak parents pulak. Dah selalu travel sendiri, I pasang impian dan selalu berhajat nak bawak diaorang travel luar daripada Asia, so I tak sangka impian I jadi kenyataan! 


Ready to go!
Tak, budak kecik dalam stroller tu bukan anak saya. That's Adruce, my nephew.


Kyushu trip ni dah lama I plan, almost a year ago lepas Air Asia buka laluan ke Fukuoka. I teruja sebab laluan untuk ke Fukuoka direct daripada Kuala Lumpur, dan ianya hanya mengambil masa 7jam je. Flight tiket memang murah gilaaaa time tu, lagipun musim yg I pergi musim panas (I ingat September kat Jepun dah musim luruh macam kat Europe.. huuuu). Satu tiket return yang I dapat beli dengan harga RM382 (ticket sahaja), penat tau pandang lama lama... klik jela beli 

Beli ticket flight setahun sebelum travel. Airasia first time buka travel route Fukuoka

Terus I beli tiket tu dan kebetulan pulak, tiket murah tu jatuh pada bulan kegemaran rakyat Malaysia.. September! September banyak sangat public holiday, so nanti nak apply AL takde la banyak sangat :) Memang rezeki untuk parents I nak travel ni.. 

Fukuoka , Pintu Utama ke Kepulauan Kyushu 
Fukuoka, terletak dekat bahagian utara kepulauan Kyushu . Kepulauan Kyushu dibahagi kepada dua bahagian, Utara Kyushu dan Selatan Kyushu. Utara Kyushu termasuklah ; Fukuoka , Oita, Nagasaki dan Saga. Dan bahagian Selatan Kyushu pula ialah Kumamoto, Miyazaki dan Kagoshima. Kepulauan Kyushu ni tempat dia lebih relaks dan santai. So memang sesuai sangatlah untuk yang suka nature dan bawak parents yang first time datang ke Japan. 


Senang sikit kan nak faham bila nampak peta Kepulauan Kyushu ni dibahagikan dengan color.
Fukuoka atas sekali tu, sebab tu dikenali sebagai pintu masuk utama Kepulauan Kyushu.

Ini semua pasal pamphlet JR Kyushu Rail Pass lahhh..
Setiap kali ada Matta Fair, I suka sangat kutip pamphlet dan brochure dari tour agent. 
I ingat lagi gigihnya I kutip pamphlet free sebab time tu nak fly pergi Tokyo end of November 2017. Time tu segala pamphlet dan brochure info berkaitan dengan Japan, semua I amek sampai senget jugak la bahu I hahaha.. Dalam banyak2 pamphlet tu, I baru perasan yang I ada amek book pamphlet JR Kyushu Rail Pass. 

JR Kyushu Rail Pass Book Pamphlet (English Version)

Where is Kyushu?


Book pamphlet ni daripada JR Kyushu Railway Company , kalau tengok kat sini ianya sangat details dan penuh dengan graphic. Lepas dah study book pamphlet ni, lagila I rasa excited nak travel ke Kyushu! Nak tau tak sebab apa..? 

Sebab scenic train dia wehhh! OMG klasik gila dan ada macam2 jenis kot.. 

Cantik kan design train Kyushu ni

Siap dengan train map lagi 

Banyak juga train JR Kyushu ni



Menarik gila kan? So lepas dah tambah tolak bahagi campur darab ikut kepandaian Matematik I (hahahaha..), I beli dengan seronoknya  3-Day JR Northern Kyushu Pass (8500 Yen) dan 3-Day JR Southern Kyushu  Pass (7000Yen). Ikutkan hati I nak amek 5-Day JR Northern Kyushu Pass (10000Yen) sebab tak banyak beza pun, tapi bila fikir balik kang lembik kaki parents I nak berjalan 5hari berturut2 ! 




Antara jenis JR Kyushu Pass yang ada .

Sejak 1st October 2019, tax kat Japan dah naik dari 8% kepada 10%. Jadi harga JR Kyushu Pass ni dah naik juga okay. I bernasib baik sebab travel and beli pass ni dekat travel agent HIS di Sunway Velocity sebelum tax ni naik. Lepas convert dalam MYR , untuk  3-Day JR Northern Kyushu Pass I dapat RM336 dan 3-Day JR Southern Kyushu  Pass , I dapat RM277 . So far, I senang berurusan dengan travel agent HIS ni sebab diaorang tersangatlah membantu. Lagi satu tips I nak share, harga pass ni akan berubah dari masa ke semasa sebab ikut current foreign exchange. Kalau YEN naik, maka mahal la harga pass tu nanti dalam MYR ye.. Agent HIS juga ada bitau kat I yang price list diaorang akan update setiap minggu. So you guys boleh la buat comparison dan buat budgetary bila nak beli pass tu nanti :)

My Chillax Itinerary
Trip ni adalah trip pertama untuk Mama dan Daddy ke Japan. Itinerary I buat simple je sebab itinerary ni I susun ikut flow dan speed parents I. Orang tua kan, so I tak boleh nak letak expectation tinggi yang diaorang mampu berjalan macam I. Sebab I tau , kalau banyak tempat tak dapat cover , next time I boleh je pergi sendiri Fukuoka ni :) 



4th Sept 2019 
  • Single journey ticket from Airport to Hakata Station (260Yen)
  • Arrived in Hakata City
  • Check in at Hotel Picolo Hakata
  • Lunch at Uobei Sushi Train Yodobashi Mall
  • Sightseeing & Shopping in Tenjin Underground Mall (260Yen)
Dari International Fukuoka Airport, exit the building and fetch FREE bus transfer to Domestic Fukuoka Airport. Dah sampai dekat Domestic tu amek train Kuko Line (Airport Line), direct ke Hakata Station. Fukuoka Airport dengan Hakata Station tak jauh pun, 8min dah sampai. Terus ke hotel apartment untuk luggage storage tapi haritu sungguh bertuah sebab dapat early check-in. 

Waiting for my luggage. Tersusun cantik luggage2 atas conveyer belt ni.. only in Japan


Yay! We safely arrived at Fukuoka International Airport


Platform 1 for FREE shuttle to Domestic Terminal

In the bus. To the domestic terminal we go!

In the Kuko Line train.
Heading to the Hakata Station, only cost 260Yen per person


Yeah dah sampai bandar Hakata, Fukuoka, Japan



Pitstop kejap depan hotel  sebelum nak hantar  simpan luggage dekat hotel.
Kagum dengan kebersihan sungai sampai boleh nampak ikan berenang2


Dapat early check in dari owner hotel ni.
Ingat dapat tinggal luggage je sebab selalu hotel kat Japan check in petang
Yay.. seronoknyee... Alhamdulilah rezeki :) 


View dari bilik level 6.
Tenang je kan view pagi bandar macam ni


Dari balcony bilik boleh nampak Shinkansen dan train2 yang lain lalu

Lunch dekat Uobei train sushi memang superb dan harga tak pricey. Dah check and tanya dekat Tourist Hakata Station yang sushi ni boleh makan lepas I tunjuk "Muslim Dietary Card".  

Sumimasen... 

Tak leh nak pilih duduk ikut suka hati.
Crew UOBEI akan bagi seat number

First meal in Japan must be SUSHI!

Cubaan Mama untuk berselfie

Menunggu train lagi.. Train yang bawak sushi.. hhihi




Lepas kenyang dengan sushi, jalan2 dalam Yodobashi and then went to Tenjin Underground Mall for intro shopping in Japan. Light and easy sebab nak simpan tenaga untuk esok!

Ultraman yoo!

This cartoon is quite famous I think in Japan 

Tenjin Station at dusk


5th Sept 2019
  • Buy 2-Day Fukuoka City Subway Pass (720Yen)
  • 1-Day Trip Yanagawa (includes canal punting) & Dazaifu (2930Yen)
  • Shopping at Hakata Station
I beli 2-Day Fukuoka City Subway Pass dekat Hakata Station dan terus pergi ke Tenjin station. Harini full day nak pergi Yanagawa dengan Dazaifu, jauh sikit je dari Fukuoka tapi masih dalam Fukuoka. Dekat Tenjin station ni, I pergi ke kaunter Nishitetsu untuk beli pakej 1-Day Trip Yanagawa & Dazaifu. Bestnya pakej ni sebab termasuk sekali dengan canal punting dan return train trip. I memang dah lama aim nak naik canal ni lepas tengok ada orang share video dekat Facebook. Yanagawa ni famous sebagai 'Venice of Japan". Sampai je dekat Yanagawa Station, dah ada orang tunggu untuk bawak naik van. 


Ready to depart with Nishijin train. Harga ticket seorang 2930Yen, berbaloi.. 

Banyak lagi option trip dari Nishitetsu company ni, you guys boleh check dekat Nishitetsu Value Ticket . Kalau boleh datang awal pagi lagi bagus sebab kaunter ticket pun buka seawal 6:00am, nanti boleh spend masa lama sikit sebab ada dua tempat nak jalan dalam sehari. Dazaifu & Yanagawa banyak outdoor activity, so please check weather okay. Rugi nanti kalau dah beli lepastu hujan tak dapat naik canal. 

Yayy.. jom pergi naik canal!

See the happiness faces.. Seronok sangat sampai terselak baju kat perut tuha... hahaha

Masa I naik canal punting ni, matahari betul2 dah ada atas kepala. Panas gila wehhh, but rasa panas tu hilang bila Boatman tu dah bawak pusing2 keliling bandar cantik Yanagawa ni. Sepanjang boatman ni bawak kitaorang, dia akan bercerita tentang sejarah Yanagawa, siap nyanyi lagu tradisional Japan, tunjuk bangunan2 cantik disekitarnya and paling excited bila canal lalu bawah bridge. Macam dalam video dekat FB yg I tengok, boatman akan lompat naik kat atas bridge instead of tunduk hahaha.. but this boatman ni sama2 tunduk dgn kitaorang tiapkali lalu bawah bridge. Siap terhantuk sekali kepala dia punyala nak tunduk hahahaha...  Feeling tu memang enjoy and happy sangat. Sebelum gerak ke Dazaifu, I sempat entertain interview dengan researcher Yanagawa.  We are sooo lucky sebab sampai je dekat train Station Yanagawa, hujan turun lebat gilaaaa.. Signature food Yanagawa ni Steamed Eel, and since I dah pernah makan so takde masuk dalam wishlist hahaha.. 

Naik canal dengan geng2 Oppa


Yanagawa Boatman



Time ni panas gila, tu yang lighting gambar cantik ahahha

Belakang tu kedai Ice Cream.. 

Time panas2 camni, boatman ni bagi kitaorang icebag sorang satu..
Ingat dia bagi terus, rupanya tak.. dia bagi pinjam je heheheh

Bridge ni paling sempit

Tempat ni sangat peaceful.. 

Rasa macam tengok movie zaman dulu2 pulak


So to the Dazaifu we go.. since you guys pun tau I punya PR ni memang hebat, I sempat berkenalan dengan Tomoka dalam train ke Dazaifu. Gadis sejati daripada bandar Fukuoka, syok berborak dengan dia ohhh sebab dia boleh cakap English hahahaha.. So we did exchange LINE ID to get in touch again (majority orang Japan guna apps ni berbanding WhatApps, FB, IG and etc.. Kalau nak dapat kawan2 dari Japan, sila la download apps ni ye)

Introduce my new friend from Fukuoka, Tomoka.
We are officially FRIENDS heheheh :)

Sampai Dazaifu pun dah petang and kebanyakan kedai2 dah tutup. Paling penting I dapat pergi Starbucks Dazaifu.. Yay.. seronok sangat. Architecture dia memang superb.. lawa gila interior dia. 

Creative Wooden Wall Starbucks at Dazaifu

Dazaifu famous dengan speciality dessert dia iaitu Umegaemochi . Taste dia tak sweet sangat and I really like the adzuki fill.. Nyums.. So sambil makan Umegaemochi jalan2 dekat Tenmangu Shrine.

Beli Umagaemochi dekat sunbae ni sebab dari jauh dah nampak handsome ... hahaha

120Yen sebab handsome.. hahaha


Dari jauh I dah nampak statue cow ni. Menurut lagenda diaorang kalau usap kepala ox ni, kita akan jadi manusia paling bijak dan lepastu semua benda buat akan berjaya dalam hidup. Sebab tu kat sini ramai student dan job seeker datang nak amek berkat dengan usap kepala ox ni.

I pun nak jugak usap juga kepala Statue of Ox ni hhehe..


Sebelum nak sampai Tenmangu Shrine ni, kena lalu 3bridge merah dan Shinjiike Pond iaitu bermaksud "Past , Present and Future".

Ok, dah nampak dah.. JOM!


Past , Present dan Future Bridge.
I'm so ready go to future! Bye bye past, you teach me alot for better future

Yes, we enjoy our present moment here :)

Dazaifu Tenmangu Shrine



To be honest, Dazaifu Tenmangu Shrine ni benda wajib kalau datang sini. Tempat memang calm and cantik gilaaa...


Kedai semua dah tutup, jomla kita pulang ke bandar semula

Lepak2 jap tengok bandar Dazaifu.
Tengah quick recap apa yang dah buat harini.



Cantiknya pemandangan sunset ni..


Haa.. jap2.. cuci mata and poket jap hahaha.. 


6th Sept 2019
  • Buy 2-Day Fukuoka Subway City Pass (720Yen)
  • Fukuoka Asian Art Museum
  • Don Quijote Nakasu Kawabata
  • Kawabata Shopping Arcade 
  • Ohori Park
  • Nishijin 
  • Dinner Halal Motsunabe Kiwamiya 
Harini jalan2 dalam bandar Fukuoka! Mama dengan I berjiwa art so kitaorang decide nak pergi Fukuoka Art Museum. Lagipun, entrance fee dapat discount sebab pakai 2-Day Fukuoka Subway City Pass. Seronok betul discover Fukuoka Asian Art Museum ni sebab dalam banyak2 exhibition ni, jumpa buku Datuk Lat Kampung Boy dan karya dari artist Cheong Kiet Cheng. OMG as Malaysian, I berasa proud sangat hehehe.. 



Arts


Creative Arts 


Buku Datuk Lat - Kampung Boy dekat Museum Japan


Gembiranya Mama saya.. 

Kawabata Shopping Arcade just opposite from Fukuoka Asian Art Museum. Besar and panjang gilaa, but we tak spend banyak masa kat sini.. mungkin tak masuk dengan jiwa hahaha.. So since dah ada kat area sini, terus pergi Don Quijote Nakasu Kawabata. At first memang I lost ahh sebab tak jumpa Donqi ni, rupanya dia share building.. Dah la takde letak itik biru , kalau ada takde I sesat.. hahaha.. Ramai yang suka cari Donqi ni sebab dia murah.. lepastu macam2 ada, and branch kat sini open 24hrs.. perghh.. hahaha.. 

Lintas jalan je dah sampai Kawabata

Besar and panjang gila tempat ni

Tenang nya...


Taktau ni statue apa..

Misi mencari Don Quijote. padahal depan mata je hahaha


Ohori park tersangatlah cantik.. I nak pergi sini sebab nak naik Gondola Swan.. tapi bila pergi , tutup hahaha.. tengok jela dari jauh.. Lepak2 sini, makan2.. minum2.. lepastu main2 dengan duckies yang jinak gilaa.. omeyyyy... Puas sangat dapat spend masa dengan parents and chill2 kat sini.. Rasa aman tenteram betul jiwa ni tau.. 

bye bye.. nak pergi Ohori Park pulak ni.. 

Halllaaaa.. tutup tak dapat naik.. tengok pun jadilaaa


Tengok itik quack quack


Ni last I guna tripod yang baru beli.
Tripod plastic I cair sebab panas sangat duduk bawah matahari dekkat Yanagawa..


Nishijin area sangat happening.. Ada pachinko , ada Daiso, ada Donqi gak haihhhh... semua ada.. besides kat sini dah dekat dengan Fukuoka Tower and Seaside Momochi Beach Park.. Semua dah buat, so I nak pergi makan signature food Fukuoka ni.. Halal Motsunabe Kiwamiya! Sebelum datang sini, I dah contact and buat reservation.. Mind to remind sebab restaurant ni sangat famous, so kalau nak walk in, takut nanti full house. Boleh check Instagram Halal Motsunabe Kiwamiya sebab gambar I pun ada kat sana hehehehe.. Time ni jumpa Prof Nakamura. He's so friendly and nice person and he also can speaks Bahasa..! Daddy of course lah manusia yang paling happy.. harap next year Prof Nakamura boleh datang Malaysia time musim buah, nanti boleh makan durian dengan cempedak pulak .. 

Suasana petang di Nishijin


Dengan Prof Nakamura

Menu minuman



Menu makanan



Dalam menu ni siap tunjuk cara-cara nak makan Motsunabe yang famous ni



Siap ada policy dengan Sijil halal lagi..
Ingredients dalam masakan pun diaorang tunjuk,
All written in dual languange, Japanese-English


Dessert Daifuku pun ada... 


480Yen je, nyummm..


Marila kita makan.. portion besar ni.. kenyang sangat


Dah sampi KL nanti roger kitaorang tau Prof , kitaorang datang pick up dekat KLiA hehehe



Kedai Halal Motsunabe ni kat 3rd floor tau.
Oh ye takde lift, so naik tangga ye..

7th Sept 2019
  • Activate 3-Day JR Northern Kyushu pass 
  • Mojiko by Midori Train
  • Shimonoseki
  • Karato Fish Market
  • Nagasaki AMU Plaza
Harini start activate 3-Day JR Northern Kyushu Pass sebab tempat ni bahagian paling hujung sekali di kepulauan Kyushu, so ke Kitakyushu we go! I nak jalan2 dekat Mojiko Retro town sebab tempat ni banyak building yang cantik2 dan classic. Architecture building banyak pengaruh daripada western dan era 70an. Location Mojiko Station ni dekat dengan Terminal Ferry ke Shimonoseki.. 1-way ferry ticket berharga 400Yen. JR Northern Kyushu Pass actually cover sampai ke Shimonoseki, tapi kalau teringin nak naik ferry sambil tengok view, why not kan? I pilih duduk kat deck atas, semua view I nampak. But siapa yang ada mabuk laut, I advise makan la ubat dulu hahaha... 


Exploring Northern Kyushu with JR Pass


Tema baju harini warna merah ye


Mama saya depan Mojiko Station



Pricelist . Ticket Ferry beli dekat machine


Kami pilih duduk deck dekat atas sekali sebab boleh tengok pemandangan.
Kalau ada mabuk laut macam I,
sila la makan ubat Veloxin (consult dgn pharmacist) sebelum naik ferry okay :)

Karato Terminal


Shimonoseki orang ramai pergi sebab nak makan sushi fresh dari laut dekat Karato Market. Kitaorang pergi hari Sabtu, so time ni pasar dibuka untuk orang ramai. You just name it what kind of fish you want, what kind of sushi you want, everything related with the sea.. Gosh.. The market was awesome and crowded with people. Kat sini of course I cari signature Shimonoseki iaitu Fugu.. atau nama lain, Ikan Buntal. Perairan laut dekat Shimonoseki ni banyak Fugu, so kat Japan nak makan yang fresh dan murah, mestilah di Shimonoseki.  

Ikan Fugu - Trademark bandar Shimonoseki


Karoto Market Entrance. Very clean indeed, not like typical wet market

If tak makan jenis raw, diaorang ada jugak jual yang fried. Harga tak pricey , murah gilaa. Bawak semua makanan yang beli tadi dan duduk dekat luar Karato Market. Nak makan dekat dalam pasar tu pun boleh, ada food court dekat tingkat atas. Dekat luar lagi best, macam picnic ramai2 wehhh.. sambil makan tengok kapal2 kontena lalu, macam2 kapal dan boat la lalu, dengan view Kanmon Bridge. Angin laut pun kuat gila, ini baru betul makan angin.. Syok betul early lunch ni ..

Sashimi Sushi 


Fried Sushi


Ramai orang, so datang pagi2 tau.


Besar gila sotong dekat Jepun ni

Murah dan fresh.
Tapi kami tak beli sebab nak jalan tempat lain lagi lepasni

Dah beli makanan, picnic kat sini.
Syok betul sambil tengok kapal2 besar


Nelayan dan Fugu


Proud Shimonoseki Bridge dan Kapal Kontena.
Ramai Korean daripada Busan masuk melalui perairan ni.



Nak tangkap gambar sebelah signboard tulisan Jepun katanya...



Bandar Mojiko. Nampak tak tram yang kat tengah tu?
At first nak naik, tapi time constraint


Signboard JR pun nak jugak hihihi..


Tengahari tu weather macam dah cloudy gila.. grey color. Ada masa lagi, kitaorang shoot pergi ke Nagasaki. 3-Day JR Northern Kyushu Pass ni dapat 10FREE reservation seat. Since time I pergi ni offseason, I just walk in to the JR Office kaunter and baru I buat reservation seat. First time buat reservation ni, I tak dapat duduk dekat window. So sad, sebab JR officer tu akan arrange ikut pax (maksudnya.. 1A,1B,1C) tu yang I tak dapat duduk dekat window. Agak boring jugakla tak dapat duduk dekat window, orang yang duduk kat window tak layan pun view cantik tu..

Pergi Nagasaki naik Kamome train


 Miyuki and Me :)

Miyuki bagi guideline macamana nak pergi Mount Inasa lepas dia call mak dia


I tercuri2 tengok kat window sebelah I sambil amek gambar, until this lady next to me.. "Do you want seat here? Lets exchange, I'm okay with it :) OMG.. over sangat ke I curi2 tengok amek gambar view tadi tu hahaha.. So, time ni la I berkenalan dengan Miyuki :) Nagasaki girl, balik kampung jap tengok mak kat rumah. She speaks fluent in English sebab kahwin ngn orang Australia. Borak punya borak, rasa kejap je dah sampai Nagasaki. Miyuki siap offer naik cab sekali dengan dia , sebab I cakap I nak naik Mount Inasa, nak tengok view seluruh Nagasaki. Nak pergi Atomic Bomb Museum dah tutup, nak jalan Nagasaki Peace Park time tu pulak cloudy. Ikut weather forecast, hujan akan turun. Kiranya outdoor activity tak dapat buat sebab sampai Nagasaki dah petang gila, and cuaca pulak tak mengizinkan. So we just hangout dekat AMU Plaza Nagasaki. Kat dalam mall ni pun best, macam2 ada. I sempat gi washroom dekat mall ni.. OMG sumpah lawa and advance gila.. Kalah toilet dekat The Garden Midvalley 

Banyak sangat tengok sawah padi pun boleh menguap jugak tau hahahhahha...



Amu Plaza Nagasaki connected dengan JR Nagasaki


Tengah decide nak makan kat mana..
 End up balik makan kat Hakata jugak



8th Sept 2019
  • Activate 3-Day JR Northern Kyushu pass 
  • Daytrip to Beppu by Sonic Train
  • Umi Jigoku 
  • Daytrip to Yufuin by bus from Beppu
  • Yunotsubo Street
  • Kinrin Lake
  • Yufuin Floral Village
Perjalanan dari Hakata ke Beppu amek masa lebih kurang dua jam lamanya.. I target lepas habis jalan2 tengok air panas dekat Beppu, I nak jalan pulak dekat Yufuin sebab its one way back to the Hakata. Daytrip ni macam rush gila sebab nak kejar masa pergi dua tempat. Staff dekat Information Tourist counter ni advise I , its possible kalau I cover trip pergi Umi Jigoku sebab ni paling famous untuk Hells of Beppu. So dari Beppu station, naik bus dekat platform number 5. One way trip untuk sampai ke Umi Jigoku cuma 330Yen. Its only cost 5minutes walk once you reached at the destination.

Pergi Beppu naik Sonic train. 
Saya suka tengok senyuman Mama saya


Welcome to Beppu



Harga tambang bas ke Umi Jigoku

Sepanjang perjalanan nampak view wap asap keluar dari cerobong
sebab Beppu terkenal dengan air panas


Untuk masuk ke Umi Jigoku ni, kena bayar 400Yen. Tempat ni besar jugak tau.. Siapa je yang tak excited, datang jauh2 nak tengok Blue Hells ni.. Langkah je masuk, asap yang keluar dari Umi Jigoku ni berkepuk2 naik atas.. View memang lawa and awesome, ditambah lagi dengan bunyi air panas dan bau sulfur.. rasa scary pun ada.. Hells of Beppu depan mata okay! I siap bawak telur mentah yang beli dekat 7e kot semata2 nak gi hot spring ni.. tapi dekat Umi Jigoku takleh nak rendam telur tu.. kat tempat lain.. ala..But I think my raw egg already half cooked in my bag because the summer temperature really hot, combines when I went near with Umi Jigoku hahahha!

My ticket.. Balik KL boleh buat bookmark heheh


Beli ticket kat sini. Pricelist pun siap2 diaorang letak dah..
Ada staff kat sini boleh cakap Engrishh



Kami dah sampai Umi Jigoku.. Hells of Beppu



Terjingkit2 kaki nak tengok air panas yang depan mata je ni.. adoiii



Pemandangan penuh Umi Jigoku daripada atas



Yang ni air dia color orange / brown 


Sepanjang perjalanan dalam bus nak pergi ke Umi Jigoku, I nampak banyak gila asap2 keluar dari bumbung sekitar kawasan Beppu ni. Bukan sebab terbakar ke or apa, but it comes from the steam of hot spring. Punyalah banyak sebab Beppu ni ada lebih 2000 onsen!  

Dari Umi Jigoku nak ke Kannawa Terminal Bus,
 jalan kaki je 300m


Kalau on the way tetiba lapar atau dahaga, boleh pergi kedai Acik ni.. 


Dari Bus stop Kannawa, I boleh amek bus and go straight pergi Yufuin. Other option, I boleh je naik JR train, tapi nanti sampai sana lewat petang and semua kedai dah tutup at 5pm. So we choose ride a bus jela, save time and also boleh tengok view naik bus. The ride we pay from Kannawa Bus Station to Yufuin Bus Station only 880Yen for one way.. Kannawa Bus Station ni complete dengan ada staff yang jaga , ada locker nak taruk bag, ada aircond tempat nak tunggu bus, ada mesin nak tukar duit kepada syiling.. 

Belakang tu ada kaunter pertanyaan Kannawa Terminal Bus.
Tourism center pun ye jugak, semua staff situ boleh cakap English


Jadual bus Terminal Kannawa.
Jadual ni boleh dipercayai sebab orang Jepun tepati janji, sampai on time


Business hours dengan cara2 macam mana nak guna locker.
Kalau tak faham bahasa, tengok gambar je pun dah boleh faham. Faham?


Macam2 size locker ada kalau nak simpan bag/luggage 


Mesin tukar duit..
Bukan Tukar mesin tau :p


Takde alasan dah cakap takde duit syiling.
Tambang bas kena bayar cukup2 dekat driver, sebab dia tak akan pulangkan duit baki


Siap ada photobooth lagi.. Jangan lupa hastag!


Tapi kan.. sebenarnya I beruntung walaupun tak dapat naik Limited Train Yufuin No Mori, I dapat naik bus yang lalu celah2 bukit bukau yang hijau macam lukisan.. Ya Allah.... Sumpah lawa gilaaaaa... Rasa cam nak nangis..

cantik gilaaa view ni


Yufuin kawasan perkampungan dicelah2 gunung .. Sepanjang jalan dekat Yunotsubo Street ni, I nampak banyak gila kedai ice cream.. Ahhh my fave.. sedap nye ice creamm ni... Tak taula kenapa sedap jugak makan ice cream ni kat tempat sejuk.. Ehehehe..  kawasan Yunotsubo ni memang cantik dan happening.. Mcm2 yang diaorang jual.. Tempat yang paling famous kat sini mestilah Yufuin Village dan juga Lake Kinrin.. Yufuin Village ni tempat dia mcm dekat Cotswold United Kingdom.. View mmg cantik untuk tangkap gambar , background pulak dengan gunung ganang.. Kat sini pun banyak juga jual2 souvenir.. Dah puas I tangkap2 gambar kat sini, I proceed pergi Lake Kinrin.. Homaiii... ini pun samaa.. cantik ya amat.. !!! Time ni , I dah nampak a few of trees dah tukar warna kepada autumn.. Woahhh.. beruntungnya kamuu :) 

Jom la kita pegi jalan2 dekat Yanutsubo Street


Some of Japanese local souvenier



Ubi keledek.. Japanese sweet potato


My favourite is Ice Cream :)


Mama suruh berdiri sebelah Daddy lepastu suruh senyum.
Klik! Klik!


Kakak ni jual King Crab.
Target nak makan King Crab dekat Hokkaido



Banyak betul kedai ice ceam ni..




Kinrin Lake.. Cantik kalau time Autumn nanti



Yufuin Floral Village




I dekat Yufuin Floral Village lagi, bukan dekat Cotswald hehehe


Daddy penat. Berhenti minum dan makan sekali.
Bagusnya kat sini sepanjang jalan mesti ada tempat duduk


I tengok jam baru je pukul 5pm, tapi area Yufuin yang tadi penuh dengan orang semua dah kosong..  Ajaib! So we decided to go back to Hakata around 0545pm mcm yang I tengok dalam schedule, tapi train not avails. Since our next train will be at 0725pm according to the JR staff, kat luar hujan pulak tu.. so we only lepak2 dekat station sambil2 makan. 7e only 200m away from this station, so I beli apa yang patut coz the journey to Hakata will take 2hours.  

Petang di bandar Yufuin.
Ada nampak orang tak?

Kutip postcard dekat JR station ni buat kenangan




Seronok la tu girlfriend manja2 duduk atas pangku


Nasib baik tak overnight kat sini.
Hujan sepanjang minggu!


Sampai bandar Hakata, lebih kurang 9pm ++ , tapi time ni semua kedai dekat station dah tutup. Oiittt.. awalnyaa korang tutup.. kitaorang nak shop2 sikit pun tak dapat.. hahaha.. OKla.. balik ni pun kena packing sebab esok dah nak check out!

Dah sampai Hakata, Mama nak tangkap gambar dengan train warna merah ni ~
Yufuin No Mori



9th Sept 2019
  • Activate 3-Day JR Northern Kyushu pass 
  • Check out Hotel Picolo Hakata
  • Heading to Kumamoto by Shinkansen
  • Leave luggage and Check In at Toyoko Inn Kumamoto Ekimae
  • Daytrip to Huis Ten Bosch by Huis Ten Bosch train

Last day dekat Katakasu, Hakata! Check out awal pagi dari Hotel Picolo Hakata sebab nak pindah check in hotel lain pulak. Sedih pulak time nak check out ni, hahahah.. yela tinggal hotel ni dah buat macam rumah sendiri. Overall tinggal kat sini mmg highly recommended!


Cuaca cantik harini bagi inspirasi tema warna baju ihihihi..



Ada orang Japan nampak I terkial2 selfie, lalu dia pun tolong.
Maka, ada la gambar penuh kami yang cantik ni buat frame hehehe


Farewell bid to the fishes.


Last day pass ni, I gunakan untuk pergi ke Kumamoto. Yup, so Kumamoto will be my second base for Southern trip in Kyushu. Kebetulan tarikh hari ni cantik gila.. so today is our first time riding Shinkansen dari Hakata ke Kumamoto. Apalagi, tulis la dalam diari hahahah.. Ala korang pun kalau benda first time, mana boleh skip excited.. takyah tipu diri sendiri lahhh..

JR Northen Kyushu Pass ni ibarat passport kita bila nak setiap kali nak naik train JR.
Details pun amek daripada passport kita tau.. 



Beratur nak naik Sakura Shinkansen.
Senyum sampai tak nampak mata parents saya ni hihihi..~


We got car number 5. So here we should wait
 

Sakura Shinkasen layout


Pemandangan cantik kearah Southern Kyushu

                             
Cepat gila sampai, dalam 55min dah sampai ke Kumamoto Station. Kumamoto Station takdela besar and tak crowded pun. Station dia sangat simple and straight forward. Ada tempat2 makan, Starbucks , Seattle Best Coffee, ada Family Mart, Can Do, kedai2 souvenir dan juga tempat2 makan. Sampai je station tu , I dah nampak beruang hitam berpipi merah.. Wahhh.. cute gilaaaa wehhh...

Beruang Kumamoto


Kat mana mana mesti jumpa beruang ni.
Kumamoto Ambassador


Seattle Coffee kejapp...


Banyak betul idea untuk souvenier


Family Mart pun adaa... Banyak nye jajan.. 


Entrance kat belakang ni ada statue


Inila Kumamoto Station.
Tak besar pun, but still macam2 ada kat sini ..BEST!



Sometimes I ni fail la baca map. Sometimes je.. hahaha.. Rupanya kan, hotel yang I booked dekat Kumamoto ni, sebelah je dengan Kumamoto Station hahaha.. Ya Ampunn.. Dekat gila.. So tinggalkan je luggage kat sini (dah jimat takyah nak rent luggage storage), so we reserve seat our train ticket to Huis Ten Bosch!. Yay..

Dekat sangat dengan Kumamoto Station..
Tram pun depan hotel je


Landmark hotel, sebelah Koban (Police Station)


Our hotel Kumamoto Toyoko Inn Ekimae


Sepanjang nak ke arah Huis Ten Bosch, cuaca tetiba agak cloudy. Naik signature train warna orange ni, decoration dalaman dia simple je.. speciality train ni sebab nama dia sama dengan station dan nama tempat.. Huis Ten Bosch. Sampai sini pun dah petang sebab distance memang jauh dari Kumamoto. Bila sampai je station tu, rasa macam bukan dekat Japan dah.. rasa macam betul2 dekat Netherlands.

Huis Ten Bosch Train  


We are here


Bangunan hotel dekat Huis Ten Bosch


Parents saya sentiasa sehati sejiwa.
Ambassador untuk Huis Ten Bosch hihihi





Sampai kat sini pun dah agak petang, dalam 03:30pm macam tu.. Cuaca pulak memang cantik, cerah dah panas gilaa hahahah.. Initially I memang ada plan nak masuk tempat ni sebelah malam, sebab harga half price. Pastu Mama cakap, dia taknak masuk and tengok dari luar jela cukup. Maybe dia time ni Mama dah pandai tengok harga Yen dekat price list kaunter tiket tu. Haihhh Mama ni, orang nak bawak dia jalan2 kot.. But its okay, kat sini kitaorang kat sini tangkap gambar banyak2 sebab takde orang. Hahaha.. macam2 angle dapat tangkap gambar. Jalan2 kejap and head back to Kumamoto. 

Huis Ten Bosch ticket information


Time ni tengok cam takde orang.
Mungkin selain daripada season summer, tempat ni penuh siang dan malam

Guide Map


Best thing masa pergi time summer ni ialah tak ramai orang. Setiap scenic train yg I booked ni, I fully utilise FREE RESERVED seat dari JR Train. Hahahaha.. seronok gila naik train takde orang ni. Before nak naik train, baru pergi ke kaunter cakap nak duduk dekat RESERVED SEAT. Kalau pergi time peak season, memang tak dapat la ceritanya.. RESERVED SEAT ni kalau nak normal booking mahal tau.. Kalau takde RESERVED SEAT, either kau berebut dengan orang atau kau berdiri laa sepanjang perjalanan dalam train tu. Nanti kejung kaki kau wehhh..

Alert where you stand to take your train


Small town in Nagasaki


Their smiles and happiness are priceless


Lets check in.
Complimentary for women, get the skincare Olive Energy.. Yay..



10th Sept 2019

  • 1-Day Wakuwaku Pass
  • Kumamoto Castle
  • Sakuranobaba Johsaien
  • Shimotori Shotengai
  • Suizenji Jojuen Park 
  • Dinner Pakistan Indo Naan
So dekat Kumamoto, I booked dua room dekat Hotel Toyoko Inn Kumamoto ni. I bagi peluang dekat parents I honeymoon hehehe.. Kasi chance lahhh kann.. Puas hati tau tidur dekat hotel ni.. Dah la dekat dengan train station, lepas tu siap dapat FREE BREAKFAST.. Fuhhhh.. Selalu hotel yang jenis macam ni memang dalam hunting list I.. Since I bawak parents, breakfast is a must before start our day for the trips. Kalau dekat Picolo Hakata tu, kitaorang masak sendiri breakfast sebab tempat tu Hotel Apartment, lengkap macam rumah. Yang ni hotel, nak masak apa nya... hulur duit suruh hotel masak kan jela hahahhaa...

View dari bilik i , Level 16 pemandangan sebelah kanan bangunan


View dari bilik 2102 parents I , boleh nampak Kumamoto Station.
Level 21, cantik kan? Nampak tak train tu? Hihihi


Masa turun dekat lobby nak breakfast pagi tu, I dah tunjuk dah dekat kitchen team hotel tu Muslim Dietary Card dalam bahasa Jepun.. So bila diaorang baca and faham rules that we are Muslim and can't eat specific thing, they understand. Kebanyakan kitchen team ni , orang2 tua pangkat2 nenek tau.. Bila diaorang nampak je orang datang nak breakfast, vibes yang dia bagi memang spice up the morning mood. "Selamat Pagi" dalam bahasa Jepun sambil senyum2 terkedut2 dekat bahagian mata. Orang yang senyum sampai nampak kedut dekat mata ni, selalunya dia senyum dengan hati yang ikhlas. Yup thats true.. Bila tunjuk je Muslim Dietary Card tu, dia akan bawak I tour buffet makanan pagi tu setiap food yang mana I boleh makan.. Aha.. punyalah diaorang respect kitaorang as hotel guest.. Ya Allah, memang banyak gila kot boleh makan, Alhamdulilah memang kenyang parents I . Japanese food dengan Malaysian food takde banyak beza mana pun.. Besides, Japanese food really healthy..

Tak reti cakap Jepun? No problem, tunjuk je card Muslim Dietary ni


Makan kenyang2 okay, buffet breakfast ni 
 

Curi Miso Soup dari Mama lepas tu kan...
Miso Soup ni dah curi hati kita la awaa.. sedap laa (mmmmm.. mouth watering)

Harini jalan jalan dalam bandar Kumamoto! Yeahhh.. before start the journey I pergi tanya dulu dekat Kumamoto Tourism ni, pass apa yang sesuai dan berbaloi nak guna untuk sehari. I cakap la dekat tourism lady ni tempat mana yang I nak pergi.. So dia cadangkan I beli pass 1-Day WakuWaku Pass untuk tempat2 yang I nak pergi. Diaorang ni helpful tau, siap tolong kira kan cost lagi kalau I amek pass ni.. So dengan 1-Day WakuWaku Pass ni, tempat pertama nak pergi ialah Kumamoto Castle. Kumamoto Castle tutup sebab tengah renovation pasal gempa bumi haritu. So tengok dari luar jela dapat.. Next to the Kumamoto Castle, Sakuranobaba Johsaien. 


Naik Tram!


Arrived at Kumamoto Castle


Macam mana boleh  tercicir  Pak Cik Muhalip ni masa orang tengah sibuk2 lintas jalan?


Tourist Map Board

Statue Kato Kiyomasa.
Tahu tak bandar Kumamoto ni terkenal dengan samurai?


Kumamoto Castle under construction due to the earthquake


Historic Site 

Dekat je..


Sakuranobaba Johsaien ni best sebab dia ada byk food and also ada free culture performance. Seronok sangat tengok persembahan samurai diaorang ni.. I cepat2 cari tempat duduk cop nak duduk kat depan.. Ala benda FREE kan selalu cepat full hihihi..  Persembahan diaorang ni totally in Japanese, so takde subtitle.. pandai2 la guna kebijaksanaan otak translate hahahah.. Some of the performer ni boleh cakap English, tapi very limited and basic.. Persembahan diaorang starts at 1030am if I'm not mistaken, but to double confirm kena check dengan tourism counter diaorang hehehe.. At the end the performance, one of the entertainer ni datang kat kitaorang.. Haahahha.. mamat ni memang cute la jugakk.. Sempat la tangkap sama2 buat kenangan..


Sakuranobaba Johsaien


Time ni testing matcha 

Jom tengok apa ada kat depan tu.. 


Tak dapat masuk, dapat tengok je.. 


Samurai Sakuranobaba Johsaien.
Best performance diaorang ni


Abang Samurai ni boleh cakap English. 
He's so cute!



Time ni panas gilaa so to kill the thirst (alasan je.. :P), I cakap kat Mama nak beli ice cream kejap.. Hahaha.. Nice.. I beli ice cream oranges.. Dapp ohhhh.. sumpah sedappp .. Dia punya topping ni , dia taruk slice oranges kering... Unik kann... Ice cream dia besarrr ohhh.. Share 3orang sekali nak habiskan benda alah ni hahaha... 

Ice Cream Orange


So we done at this area, and we proceed to another location.. Shinshigai.. haaa.. kat sini cam tempat shopping la.. berbumbung gitu.. The place really near , it just 5mins walk and were are here.. So kitaorg masuk la kedai2 ada kat sini, cuci2 mata .. shopping2 sikit.. and also take a break sebab ada kerusi.. Hehehe.. Then we went to Suizen Ji-Jojuen...I nak gi tempat ni sebab nak tengok taman Jepun dalam bandar.. Sebab pass yg I beli tu, entrace fee ni pun dapat discout.. Mama and Daddy taknak masuk tengok Japanese Garden ni, so I sorang je masuk.. Both of them gi jalan tempat lain berdating.. So okayla , ada space utk diaorang dating heheheh.. I tak risau sangat pun sebab modem WIFI ada dekat dalam bag Mama.. and for me myself, I can get and try find FREE WIFI kat mana2 je.. Kumamoto ni WIFI Friendly tau.. hahaha.. 

Shinsegai Shopping Mall


I suka tengok kedai2 camni bila sampai dekat Jepun


Dah cakap dah kolam kat Jepun ni air dia jernih


Suizenji Koen 


Cantik kan? Gambar real tanpa edit tau ni..~


Another proud Samurai statue



Jumpa pun Mama and Daddy.. diaorang pergi shopping buah2 kat kedai mana ntah.. Eh terer jugak ehh dah pandai shopping pakai Yen.. hehehe.. Mama la , memacam buah dia borong beli hahaha.. dia kata geram tengok buah2 kat Japan ni gemok gedempol.. Hahahaha.. So our closing destination.. We heading to the Pakistan Indian Restaurant Taj.. First we have to take the tram and stopped at "Suidacho" station. Disembark from the station and find the station bus and wait for the bus number #1, #7, #8, #10, #12, #14 or #17. It cost 240Yen. But since we have bought the unlimited day pass which is included with the tram and bus ride, it saves money alot! 

Kad Waku Waku dan cara-cara nak pergi ke Taj Restaurant


We arrived there around 0530pm and ready to eat early dinner. I'm plan to bring my parents here since the review was so good about this place. So we headed there and found the restaurant. At first I'm a bit afraid to enter since I didn't make any reservation. Bear in mind that some of the restaurant requires reservation, otherwise you can't enter. Besides, menu dekat luar restaurant tu, ada tampal kertas kuning yang bertulis camni.. So I cuba la hadamkan maksud kat kertas kuning tu.. Kedai ni harini ada orang booked untuk buat charity kah? 



Taj Restaurant 


When we are about to enter, this one guy approach us.. "Come let's go inside.. Today is 10th Muharram, the most important day in Islam. Today for lunch and dinner at no cost". Kitaorang dengar bila dia cakap "Lunch & Dinner at No Cost" tu yang cam tak percaya.. "Eh orang tua ni biar betul, main selamba je cakap makan lunch & dinner kat sini harini FREE.. I ni dah la pantang dengar benda2 FREE, pulak tu dengan lapar dan penatnya lagi.. Tolongla jangan mainkan perasaan I yang bawak parents ni hahaha.. Ada kejap lagi kena marah dengan Mama & Daddy.. hahahah..

No menu available today, because today 10th Muharam is cater FREE for everyone for lunch and dinner


Lepastu Mama tanya lagi.. "Oh its FREE?" Then he replied " Yeah , its FREE today .. My name is Ali Baba, I'm the owner of this restaurant".. I'm Muslim, and today is 10th Muharram.. Haa.. barulah percaya and kami langkah masuk.. Daddy ucap syukur Alhamdulilah sebab makanan harini FREE dan jimat duit sikit belanja hehehe.. I'm happy too, tak sangka kami satu family langkah kanan haritu.. TBH , I memang tak tahu pun yang kedai ni nak buat sedekah.. Alhamdulilah.. Masa masuk dalam kedai tu, ada dua orang budak Japanese je yang tengah makan.. 



Alhamdulilah, rezeki yang tak disangka2



Free food of the day is beriani and beef comes with the gravy. Alamak... I dah la tak makan nasi.. so I nak makan apa? Pinggan I penuh lagi dengan nasi beriani.. tak luak pun.. pastu Uncle Ali Baba ni tanya, kenapa tak makan? I pun cakapla.. "Ada Roti Nan tak?" Pastu dia cakap.. Oh ada.. kejap ehhh.. I punya la happy bila Roti Nan tu sampai.. gila gedabak besar nya... Hahaha.. Syokk ohhh makan Roti Nan time tu sebab time tu lapar and also makan panas2 .. Hahaha.. Ali Baba tu nampak je pinggan Mama and Daddy dah kosong, dia pergi suruh pekerja dia refill nasi dengan lauk.. Ya Allah, pemurah betul pakcik ni.. I doakan pakcik ni murah rezeki .. Memang ikhlas nak bagi orang makan... 

I ate Nan.
Till now (when I'm writting) , I still remember the hot of Nan


Photo with the Taj Restaurant owner, Ali Baba


So balik hotel , naik tram and nak rest2. I cakap dekat Mama, kejap lagi I nak keluar balik gi jalan2 bandar. Pass ni boleh guna lagi sampai tengah malam.. Hahaha... Begitulah bagusnya ada unlimited day pass ni.. Guna sampai lebam.. Turun naik turun naik tram je keje satuhari hahahaha.. 
Kenyang Perut Senang Hati


Hantar Mama & Daddy balik hotel.
Tinggi kan hotel Toyoko Inn ni


Mama saya cantik.
Sebab tu saya pun.. eh takdelah.. takdelah.. hihihi :P




11th Sept 2019

  • Activate 3-Day JR Southern Kyushu pass
  • 1-Day Trip to Takachiho by bus 
  • Amaterasu Railway 
  • Takachiho Gorge
Harini plan nak jalan jauh sikit, nak pergi ke Takachiho Gorge. Memang jauh gila kot nak gi sini sebab amek masa dalam 4jam untuk perjalanan sehala. Untuk pergi sini, takde Shinkansen so harini takde pakai pun pass JR ni. I pergi ke Tourism Kaunter and agent tu yang settle kan semuanya sebab dia liaise dengan bahasa Jepun. So I hanya perlu bayar duit bas pergi balik dari Kumamoto-Takachiho Gorge-Kumamoto dekat Family Mart. Dah dapat ticket, jom pergi tunggu bus dekat Platform 1.. Ya Allah, easy peasy kot.. dekat betul dengan Station Kumamoto ni ha.. Bus tu datang pukul 9am, so kitaorang sampai kat situ 845am.. Aha.. Punctual kan kami, cam orang Jepun dah hahhaha.. Tak lama je tunggu bus pun sampai sebab , bus depart at 9am.. so what do you expect? To be safe in travelling and less stress, just be punctual and be there.. simple..

My Happy Parents 

My beautiful mama standing infront of the Tourism Counter


Kumamoto Station Bus Stand Number 1


Live Information Board

The ticket written in Japanese

The ticket under my name



We're seated at the second last row, both for return joruney. Since three of us.. this time Mama sit next to me.. Hhihi.. Along the journey, we never get bored at all.. We seen all places especially the rural area.. OMG every places was sooo lovely.. We managed to see Mount Aso as well.. I had a plan want to go to Mount Aso at first, but then I was thinking.. Hmmm.. maybe not this time. So by viewing from the bus seeeing Mount Aso from far (not far actually, its really big infront of our eyes when the bus pit stop at the Mount Aso station).




The view was sooo amazing. Anyway, I didnt sleep at all.. just enjoying the view and eating snacks in the bag.. The bus also stopped at the last two station, Takamori Tourism Centre for about 15min if I'm not mistaken. So all of pax went down to release the muscle and went to the toilet. Lucky that we had a chance using this opportunity to refresh our tired body.. Its 4hours mehhh, sitting in the bus okayy.. 

Setiap tourism centre dekat Japan ni, diaorang akan ada native speaker dan juga English speaker.


From head to toe , BLUE BLACK

This tourism centre have a village concept style. Feel like Japanese home


Pit stop at Takamori Tourism Exchange Centre


Our ride of the day - Kyu San Ko bus company


So we finally arrived. Ramai jugak yang turun last station ni, Takachiho Gorge. I suruh Mama and Daddy tunggu dekat bus station tu sementara I pergi Tourism Centre. Betul2 depan bus station ni je .. Pekan ni kecik je tau, tak banyak shop buka time tu.. tak sure lah kenapa.. So I went there.. I cakap la kat diaorang yang I nak naik boat yang famous tu dekat Takachiho Gorge.. Pastu dia cakap, "Oh sorry you can't ride this boat today as the water level high due to yesterday raining". I dah rasa down dah kot.. datang sini semata nak naik boat tu ( crying inside).. So dia pun recommend , pergi naik keretapi Takachiho Amaterasu Railway.. situ pun best gak tauuu... katanya.. So alang2 dah sampai kan, pergi jela macam yang dia recommend. 

Jom tanya.. kalau tak tanya, nanti sesat jalan.. hehehe



Takde rezeki nak naik boat yang famous tu..


Just nice, sampai je beli ticket and terus naik at 1300pm.. 

We walking to the Amaterasu Railway , this path look flat but actually its 90deg hike!



So kitaorang yang beratur last ni, naik last la kan? Haa.. means kitaorg duduk depan sekali dekat dengan Captain keretapi ni.. hihihi.. Bestt ohhh.. bila nak berlepas pergi tu.. semua crew2 kat situ lambai  tangan kitaorang.. oh wow.. Perasaan tu best sangat.. Sebab keretapi macam yang keretapi mainan untuk budak2 dekat shopping mall tu hahaha.. reminisce everyone's childhood moment betul.. 

Adult Price , 1500Yen , time 13:00pm. I've got 3tickets in my hand

As we last person enter in this train, we sat near behind the captain


Keretapi no roof, open air soo sepanjang journey dinasihatkan untuk duduk tak boleh berdiri.. Bahaya kot kalau apa2 jadi.. Dapat la tengok pemandangan dari sisi yang lain.. Sebab laluan keretapi ni dah tak pakai.. so diaorang turn out this route into tourism business.. Pandai orang Jepun ni buat duit, diaorang gunakan benda yang dah sedia ada untuk dikomersialkan.. 

Masa keretapi ni lalu bawah tunnel.. Captain bukak lampu warna warni (ala macam clubbing tu).. Ya Tuhan.. meriah betul clubbing halal sambil duduk ni ha.. 

Tunnel Clubbing

Sampai last point destination, which is betul2 dekat tengah2 Takachiho Amaterasu Iron Bridge.. Dia stop kan train tu and dia buat annoucement dalam bahasa Jepun.. I pun translate la ikut kefahaman I.. " Okay kamu semua, kita sekarang berada di tengah2 Amaterasu Iron Bridge.. Kamu semua sekarang boleh bangun dan tengok pemandagan sekeliling.. cantikk kan? Sila la menikmati pemandangan dan bergambar sepuas2nya.. 

Captain tu terus bukak automotic bubbles.. Weh seriously la mmg seronok tak terkata semuorang.. 
Captain tu siap tolong tangkapkan gambar kami satu family lagi dengan efek bubbles hehehe.. 

My family :)


Me , Daddy and Mama 


Dengan bantuan bubbles dibelakang tu,
gambar saya jadi cantik tanpa edit HAHHAHAHHA



Ya Tuhan.. ni lah yang orang cakap nikmat seronok yang tak terucap tu eh? Baru nikmat seronok.. belum lagi nikmat lain.. Haaa... Tempat ni mmg highly recommended.. Tengok weather forecast tau sebelum datang sini.. Kalau time tu datang hujan, sorry la kot mmg tak dapat hehehe..  Kalau datang time Autum sure cantik gila sebab daun2 warna dia dah bertukar color.. Yang kitaorang ni pemandagan hijau sekata.. Summer season la katakan.. 

Done with this activity, we went to the famous Takachiho Gorge.. Its about 900m to walk from this place.. Ikut google maps nampak dekat , tapi bila menapak tu jauh gila pulak rasa hahaha.. Nak dapatkan cab kat tengah2 hutan tu memang takde la.. Penat mak pak saya, and I'm felt so soo sooo guilty wehh.. 

Memory photo with the Amaterasu Railway Captain


Railway cafe have a variety menu for the hot summer


The station :)


Finally sampai gak air terjun yang nak tengok sangat tu.. Memang lawa standard air terjun Jepun.. Cantik, bersih.. And kalau dapat naik boat sure perasaan tu lagi best. But since takde rezeki, its okay..
Lepastu air sungai dia yang jernih tu boleh nampak ikan koi... Yeke ikan koi? Entah , tapi I'm pretty sure ikan tu besar lengan I.. hahaha...

Sama kan macam dalam flyers ni.. Cuma takde boat je


Nampak tenang je.. Cantik dan bersih



Amaterasu is a god in ancient Japanese myth.
Siapa yang suka tengok Naruto, mesti tau.. :)


Clear water, only in Japan


So we lepak2 there and chill and at 4pm we take a cab tu the bus station. Dekat Takachiho Gorge ni ada Tourism Centre dia, so its really helpful and help us call the cab. Bayar jela.. tak silap I bayar haritu dalam 800yen and it takes only 5-8min to the station bus.. dekat je.. Just nice waiting the bus at the Takachiho Station.. So mana yang sampai sama kitaorang tadi pun ada sana gak.. 
Kat sini, semua bus station dia ada aircond.. 


Santai2, lepak2, makan2, charging handphone hehehe..

Daddy layan sunset dalam bus


Kawasan pedalaman .. Kemas je tanaman padi diaorang


Arrive in Kumamoto town!


We arrived at Kumamoto city around 830pm .. So we buy something to eat at Family Mart. Quick food to eat before head up to the hotel. Early rest up and wait for the next adventure tomorrow.


12th Sept 2019

  • Activate 3-Day JR Southern Kyushu pass
  • Daytrip to Kagoshima
  • Daytrip to Ibusuki by Ibutama no Tamatebako
So , today we activate our 3-Day Southern Kyushu Pass.. As usual, before we take the ride I went to the JR office to reserve the seat. So, tempat pertama yang kitaorang pergi ialah Ibusuki.. Nak pergi Ibusuki sebab dapat naik scenic train Ibutama no Tamatebako.. Limited train ni.. Tempat ni famous dengan activity sand bath.. haa.. Sebab limited time nak pergi ke Kagoshima, we just walk around this town. Town ni mcm ghost town, takde orang and takde shop yang bukak... Aneh betul tau.. So killing our time walk around the town and nak cari gak kedai nak lepak2 minum ke kan.. pun takde hahahah.. apo? hahahha.. Oh ye, dekat Ibusuki station ni, ada air panas yang boleh masuk rendam kaki.. syok ohhh sebab sumber mineral semulajadi tau.. free tau

Dalam train Ibutama


Kolam air panas free untuk celup kaki


Special family portrait with the date ~ 12 September 2019


If you read Japanese, you'll understand this


Mama and Daddy at Ibusuki Station (credit myself to this photo... hahaha)


Why no locals seen in this town?


Ibusuki ~ Famous with the black sand spa

Empty. I'm so curious..  


Ibutama Railway crew selling the souvenir

Head back to town

Happy to seat and have best view in the train

Another Kawaii crew :)


Love to see them happy


Going back to the Kumamoto Station, we took our Shinkansen and head to the Kumamoto and going to the Kagoshima.. Kagoshima is the end of the southern part of  Kyushu.. Masa kitaorang sampai tu, cuaca agak gloomy and we can expect since the summer season will always raining.. So kita jalan2 dalam mall Kagoshima ni.. shopping2 perabih duit kejap hahaha.. lagipun by 630pm nak balik ke Kumamoto dah.. Sebab taknak clash dengan peak hour orang balik kerja, nanti tak dapat seat... ehhehhe.. enjoy what dapat naik scenic train , yang reserved pulak tu.. 



Kagoshima Station


Quick Sightseeing in Kagoshima due to raining


In front of  Shopping Mall in Kagoshima. 
This Mall linked with the train station and look what's at the roof top.. 


13th Sept 2019

  • Activate 3-Day JR Southern Kyushu pass 
  • Daytrip to Misumi by A-Train
  • Checkout Toyoko Inn Kumamoto Ekimae
  • Heading to Fukuoka by Highway Bus
  • Checkin Hotel Fukuoka
  • Sumiyoshi Shrine
  • Fukuoka Freedom Night Market
Harini last day dekat Kumamoto City, bermakna last day la breakfast dekat hotel. Hospitality hotel ni memang superb, tu yang rasa berat je hati nak checkout. Sampai sekarang benda yang buat I teringat2 ialah nenek2 kitchen tu.. dengan Miso Soup yang hirup panas2, bun yang panas2.. omg dapnyeeeee.. 

I love the miso soup now


We really love this hotel. Lets book for future travel :)


Done our breakfast, we checkout from the hotel. Tapi all our luggage, kitaorang tinggalkan kat hotel je. So we headed to the Kumamoto Station and we decide nak pergi Misumi. Misumi ni kira agak dekat jugak dengan Kumamoto tapi train nak pergi sini agak limited, cuma ada dua kali je. Masa pergi memang agak pack la , even dapat reserve seat tapi I tak dapat nak duduk sekali dengan parents I.. Duduk bersepah2 sebab nak rebut duduk kat tingkap punya pasal.. Haihh.. but sokay, masa balik tu train ni kosong gila kot hahahah.. Kedepan kebelakang I tangkap gambar.. Dalam train ni jugak la, crew train ni bagi candy shinkansen buat kenangan.. hehehe.. Ala candy biasa je, this small token appreciation yang macam ni lah buat I nak datang lagi ke Jepun walaupun Jepun mahal.. haa.. nampak tak?

Map written in Japanese. With A-Train, you can go all this sightseeing spot



Reserved seat ticket and pass is mandatory



A-Train also have bar!


Misumi Station was so classy


Nice interior design in A-Train


Its FREE postcard and make a stamp by A-Train. 
Every scenic train have their own postcard.


View from the A-Train


I like the view.. hikhikhik


Free candy given by the A-Train crews


Family photo with scenic A-Train.
One of the pax offering to take our family photo when he saw me struggling for selfie hahaha



Masa sampai Kumamoto Station ,  I dah tanya dekat Tourism Centre kat situ kat mana boleh beli tiket bas nak balik ke Fukuoka. Pass JR Southern Kyushu I tak boleh guna direct pergi sampai Fukuoka, sebab Fukuoka ni kan dekat Northern.. At first I cam nak naik Shinkansen je , tapi time tu tak cukup duit hahaha.. so I was thiking takpela. 6hari lenjan pass JR Shinkansen ni (except Takachiho Gorge). Naik bus je la since kitaorang pun takdela nak kejar apa sangat dekat Fukuoka tu. Just nice, sampai je Fukuoka petang dan boleh terus check in. Kalau datang awal, nak kena bayar duit loker bag lagi. 

I'm sad leaving the Toyoko Inn Ekimae Kumamoto

Kumamoto Station really near with our hotel,
only walking distance and just infront Kumamoto Station

Back in Fukuoka city! Sunset welcoming us .. so beautiful :)


Peak hour, a lot of people at this time


Habis semua check in, I dah get ready nak jumpa kawan I. Ingat kan kawan I Tomoka, haa.. nak jumpa dia.. Hotel yang I booking ni ,satu lorong je dengan kawasan perumahan dia. Sure kaya gila dia ni sebab lokasi hotel I ni bebetul tengah bandar. For my parents, I biarkan mereka berdua dating berdua. Anything just give me a call since the Wifi modem with my Mama. Depan hotel ni je ada Family Mart, senang gila nak beli apa2. Jalan depan sikit dah nampak kedai2 yang jual2 skincare tu semua.. Memang dekatlah dengan Hakata Station, sebab kat situ semua ada.

Sumiyoshi Temple at night

Creative drawing lantern

Tomoka brings me here! I'm so happy ;)


A lot of food stall..
Dining under open sky, and they have busker doing a performance as well


Hangout time! 



Beer for Tomoka


Tomoka bought this unique soda for me since I'm not drink beer


Us.. I love this friendship


Told Tomoka that my favourite now is Miso Soup,
so she recommend me bought this at 7eleven to bring back Malaysia


Picture with Tomoka's niece..
I wish this little girl success in her studies.. Hope to see her one fine day :)

We met up and her niece wanted to see me. OMG tak sangka I ada fan dari Japan. hihihi.. Jumpa Tomoka and Tomoka bawak I jalan2 sekitar Fukuoka within walking distance je. First dia bawak pergi Sumiyoshi Shrine.. tapi dah malam so tak best sangatla nak tangkap gambar.. Lepastu I cakap I nak pergi yang tempat hangout yang ada food2 tu.. I tunjuk gambar.. and she said.. "Ohh situ ke.. Hahh.. jommm" . Best tau ada kawan local ni sebab dia boleh cakap Jepun and we feel safe hahaha.. We talked alot and shes very humble down to the earth.. Dia mention la tempat2 nak shopping kat mana sebab I cakap esok last day nak shopping perabis duit sebab semua tempat dah jalan hahah... 

Dia sangat recommend pergi 100Yen shop dekat Hakata Station. Barang besar mana pun, harga tetap 100Yen.. OMG , bila dengar of course la seronok ya amat and tak sabar nak gi kan.. I cakap I nak cari miso soup sebab I suka sangat.. hahaha.. Tak lepak lama pun dengan Tomoka, sebab kesian kot dia baru balik kerja pastu nak entertain I.. So kena la pakai otak (common sense) hehehe.. Before that I sempat la bagi a few Maggi dari Malaysia yang I simpankan untuk dia. At least ada la jugak kan.. hehehe.. Since dia baru balik dari short holiday dari China , dia belikan I hadiah teh bunga... wow sweet sangat.. Dia holiday dua hari je kat China... hahaha dia punya holiday tu macam gi belakang rumah je.. I is cry, till we meet again in Fukuoka.

14th Sept 2019

  • Single Journey Ticket - 100Yen Bus
  • Shopping at Daiso Terminal Bus Hakata
  • Shopping at JR Hakata City
  • Canal City Fukuoka
  • Seiryu Park
  • Free Jazz Concert Nakasu Kawabata
Breakfast kat hotel ni not bad jugak.. But hati masih teringat2 dekat hotel Kumamoto tu hehehe.. So today is our shopping day! We went to the 100Yen shop first aka Daiso. Banyak jugak habis masa, tenaga dan duit kat sini.. Balik hotel jap hantar barang2 shopping tadi sambung gi Canal  City Fukuoka, Seiryu Park and petang tu gi jalan2 tengok Jazz Concert.. Free tau konsert ni, pastu dapat banyak gila goodiess.. Since concert ni dekat public and FREE pulak tu, jangan harap la dapat tengok dekat2 sebab dah penuh kot hahaha.. But still dapat tgk concert and enjoy the Jazz melody.. best jugak jalan2 time summer ni. Ramai Malaysian tak suka datang time summer ni sebab cuaca sama cam dekat Malaysia. Still activity time summer ni banyak jugak yang menarik, yang penting pandai merancang. Enjoy music sampai lebam ...

Breakfast Meal Ticket for three


Dining area 


Ready for shopping and sightseeing


Malam tu last kopek habiskan Yen. Kat sini by 830pm byk kedai dah tutup. Yang bukak pun independent pharmacy (yg jual2 skincare tu) and also convinence store cam Lawson, 7e and Family Mart. I spend my time at 7e and had great time there sebab coffee power dia. Nak stay up sebab nak packing all the thing esok nak balik KL dah !

This lovebirds sometimes make me jealous


Hub for Fukuoka , Hakata Station

Recommended by Tomoka! Lets shopping

Some of the Daiso can't speak English very well, so they will show this card


Lets sightseeing


Lucky manage to see Japanese wedding


In the mall garden , Canal Hakata City


Straw Hat Luffy


Totoro


I'm hunting for Ultraman


Mama shopping, I'm just looking hehehe..


Someone miss her cat at home


This cat looks so real


Fountain performance inside the building by Canal Hakata City


Famous in Hakata City, next to the hotel as well

Seiryu Park

Free Jazz concert during summer


The crowd for the Jazz concert


When in Japan, always find this blueish penguin, DonQi


Peak hour tends to see alot of locals


Night time always happening!


Shades sale! So cheapp


I think I need new handbag after see the special price in the house.. 


Yes.. I bought all the Biore UV sunblock because of the price


I need this too.. 


Survey said that 7eleven coffee is the best in Japan.
So yeah, I agree because I taste it..


Selection of snacks


I love this convenience store


15th Sept 2019

  • Single Journey Ticket , 1st train to Fukuoka Airport at 5:50am
  • Checkout at Hotel Sunline Hotel Fukuoka
  • Safely arrived in Malaysia
Bangun awal gila (actually tidur ayam sebab malam tu dah minum coffee lepastu tak boleh tido) hahhaha.. So pagi tu tak dapat breakfast kat hotel pun , I is soo saddd... yang penting dekat 7e semalam sempat la rembat semua benda utk bekal pagi ni.. We have to check out early sebab flight pagi. And we just only take first train from Hakata Station , naik Kuko Line (Airport Line) which is at 0550am.. Overall, pagi tu memang ramai la naik first train and also train tu penuh gak sebab semua yang naik nak pergi airport hehehe..

Add caption

The police helping us to find the elevator 


It cost only 260Yen for one way airport, using line Kuko Airport.
First train will be coming at 05:50am


Make sure in the right platform, platform number 1


Alot of us heading to the airport by using train. Its cheap and fast!



AirAsia counter just open for check in bag


Ground floor for Arrival Hall


For Departure, first floor


Hard boil egg for quick breakfast so that not too hungry when in the flight


A Last minute souvenir at duty free


Waiting flight to Kuala Lumpur at Fukuoka Airport


Sampai dekat airport, just nice. Luggage takde beranak2 pun, macam mana pergi, macam tula balik hehehe.. Sebab I memang power dalam the art of packing luggage, I kan dah biasa travel.. All the luggage, I yang kemas .. Mama I takde usik apa  pun.. Dia kemas diri dia je hehehe.. Yang lain semua I handle.. Sampai kat airport pun takde rushing, check in bag, beratur dekat immigration tu semua and tadaaa... sampai dah dekat boarding area.. Airport Fukuoka tak besar pun , kecik je .. 

Red book and red flight.
Thank you for helping my dream come true


Done boarding.. I choose seat where can see the wings


Heloo Malaysia.. We coming home after fortnight in Japan.. Dalam flight , parents I tekun makan Nasi Lemak Pak Nasir.. haa.. sedap katanya, dapat jumpa Nasi Malaysia ni hehehe.. I? Tak makan nasi lemak, but the one I order is chicken ape ntah, bukan habis pun so I pass to them.. 

Boarding.. The eyebags telling that I'm really fully use last night in Japan


Bye for now, till we meet again


Welcomes you home to all Malaysian


Collecting our luggage. Its KLiA 2


Hati I puas sebab hajat I tercapai dan Allah permudahkan segalanya dari pergi sampai la kaki jejak semula dekat KL. Benda yang I tak dapat beli dan bayar ialah senyuman keseronokan dari Mama dan Daddy I sepanjang holiday ni. 

Time management tersangatlah penting dekat Japan, punctual dan semua schedule ontime. Lagipun, dari satu tempat ke tempat even naik train laju kat Kyushu ni, ambil masa lebih kurang 2jam. So kena pandai2 arrange masa, nanti taknakla dah sampai tempat yang dituju tu, tempat tu tutup #eh

Sepanjang trip ni, I bersyukur sangat sebab takde kena typhoon atau banjir besar cuma hujan je. Semua aktiviti sempat buat dan tak kena hujan masa buat aktiviti. Penting tu, sebab dah beli tiket mahal kot hahahaha.. I doa banyak2 sebab a week before fly tu, prefecture Saga kena banjir sebab hujan tak berhenti2. And Alhamdulilah juga sebab parents I takde sakit2 or apa2 sebab kena banyak jalan kaki. Semua meds I bawak dalam bag, dengan Vitamin, ubat Yoko Yoko, paracetamol, panadol soluble , Veloxin and etc.  

Hello nephew.. You looks different after 14days..


Thanks to this Pocket WiFi, make me stay connected with the internet.
Its unlimited and good price bargain!


First thing first once landed in Malaysia, hunting Malaysian food. 


Lets find empty seat


My parents find their food and me..? Taking random picture..
Well actually its nice having lunch with this open air concept


Overall, family trip I ke Kyushu ni seronok sangat. Macam sekejap je 2minggu tu berlalu.. hihi.
Sementara ada direct flight dari Airasia ni, I recommend sangat2 you guys pergi Fukuoka. Bawak family la sekali, baru syok jalan2.. Bila lagi nak spend masa kalau bukan sekarang?

Sumpah besttt ohhh... Jom pergi ke Kyushu lagi? :)
Follow Instagram mizzerny sekali okayy ;)





Tak faham

I tau dia tipu. Bila dia buka mulut untuk explain dengan voice tone dihujung telefon, I tau dia tipu. Tapi I pilih untuk play along sebab I ...

Popular Post