Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, 13 June 2023

Rindu

I tak tau la kenapa lately ni I dah makin jarang menulis and update dekat scomed. Semua yang I tulis, semua dalam draft, I belum release lagi sebab tak complete.

Rindu lah.. 

Rindu dengan diri sendiri yang dulu.. 

Dulu.. I rajin je updated kat IG post and story walaupun benda benda bodoh.. 

Kekangan masa buat I tak sempat nak update semua benda.. 

Banyak gambar2 jalan kenangan yang belum sempat lagi I update.. 

Update pun untuk rujukan diri sendiri sebab bila boring2 tengok balik travel sana sini, rasa macam tak percaya pernah gi travel sendiri.. gitewww

Lepastu, dah travel sana sini asyik nak ajak mama dan daddy berjalan sekali sementara mereka masih ada lagi tenaga.. 

Bila duduk sorang2 ni, semua bendalah I nak rindu..

Rindu kat Mama.. Rindu kat Daddy.. Rindu kat Kakak.. Rindu kat Abang2.. Rindu kat Adruce and Arsyad, Rindu kat John and Jib, Rindu kat Minnie.. Rindu nak bagi makan Ikan kat kolam, Rindu Ice Cream Inside Scoop, Rindu gelas yang selalu guna kat rumah, Rindu kasut putih, Rindu nak suruh mama belanja air kopi McD, Rindu nak rebut tengok TV dengan mama and daddy, rindu nak jogging petang2 dekat taman belakang rumah...  SEMUALAHHHH...

Sedar tak sedar, masa cepat betul berlalu. Wallahi, I rasa macam semalam je semua benda yang I rindu ni berlaku semalam... (Emosi pulak aku harini, nak period lettewwwww :P)


London, United Kingdom


Syok ohhh summer.. panas lit lit.. I suka sebab waktu siang panjang... Hahahaha.

Tak sabar lah nak balik KL... Daddy dah simpan kan siap2 semua buah2 favourite I tauuuu.. Mama siap tunjuk freezer yang Daddy beli semata2 nak simpan kan buah durian and cempedak untuk I.. Hahahaha.. (Duit tiap bulan yang I bagi bukan suh beli freezeerrlaa T_T)


Monday, 31 January 2022

Humble

Winter kali ni sejuk sangat. Paling sejuk time petang , fuh kalau ada angin tiup tu, gigil okayy...

Pernah ada sekali tu I turun apartment bawah sebab nak hantar cuci baju, dengan tak pakai sweater, amik kau.... hahaha... terus lari cepat2 masuk apartment. Padahal laundry tu sebelah apartment I je, bukan jauh pun. Kalau dah kulit orang Asia ni kan, memang tak tahan la sejuk.. 


Time winter ni best duduk2 kat cafe pastu minum kopi panas.. fuh.. best. Waiter tu siap offer "Nak blanket tak?" sebab dia tgk I dah mcm siput babi masuk dalam cangkerang.. kihkihkih ... Tapi kan, masalahnya, baru je kopi sampai, kopi dah sejuk... Hhahahah... Habis kopi panas saya,ahhhh.. takpelah.. yang penting orang nampak saya minum kat kedai kopi hihihihi. Duduk dalam orang tak nampak, dah la bayar mahal hahahha... 


Kita pilih kopi paling murah je awak..


I suka lepak borak dengan kawan-kawan I. Lagi ramai kawan, lagi I faham real life. Sebab semua kawan-kawan ni datang dari latar belakang yang berbeza. Tak semua orang ada yang life sama. Alhamdulilah so far, I met nice and kind friends. All of them are very helpful. 

Kawan baru yang I jumpa ni, dia sangat humble and down to the earth. I kagum sangat dengan cara dia cakap, cara dia interact and response, and also the way she respect me as a friends eventhough she have a big title. Nak bandingkan dengan I, memang jauh sangatlah beza. Pengalaman hidup dia banyak sangat, I rasa syukur sangat dapat jumpa orang macam ni. I banyak belajar daripada dia, and from this I want be a better me from yesterday. One day if I dah kaya and have a title, I want to stay humble just like today. 


Face mask K94, matching la dengan baju I


Semua orang ada struggle sendiri. Ingat tu.. 


P/S: nak kena shopping winter coat yang ada bulu tu. hehehe.. harap baju heat warmer yang baru beli dekat Universal Traveller ni can keep me warm. Amik size kanak2 uolssss... size S orang dewasa besarrrr.. T_T

Wednesday, 31 July 2019

Kembara Halal Eropah dengan Mood Travel ~

Sekejap je dah masuk bulan August, phewww... So dah nak hujung tahun ni, you guys dah ada plan holiday ke belum? Hujung tahun la best travel, dah penat bekerja sepanjang tahun , so kita kena selalu bagi "SELF-REWARD" sebagai tanda menghargai diri sendiri. Siapa nak hargai diri kita kalau bukan kita sendiri? :) 


Edinburgh Monument. Rindu la . rasa nak fly balik


Sempat lagi nak planning travel, contact je Mood Travel kalau teringin nak holiday dekat Europe atau kawasan2 sewaktu dengannya. Mood travel salah sebuah Muslim travel agency yang berdaftar di bawah MOTAC & MATTA. Sepadan dengan motto travel agency ni "Travel with Peace of Mind", diaorang akan handle holiday idaman korang tanpa perlu risau apa apa dah! 

Mood Travel
"Travel With Peace of Mind"

Package Flyers by Mood Travel

All tour guide from Mood Travel are travel expert. Worries no more.. Service Mood Travel merangkumi penyediaan Makanan Halal, Kemudahan Solat termasuklah Malaysian Tour Guide. Tak syoklah kan kalau pergi holiday overseas, nak cari makanan halal susah.. nak solat susah sebab bilik kat negara Eropah semuanya kecik2. Dan paling penting bila ada Malaysian Tour Guide yang bercakap dalam bahasa kita (Bahasa Melayu), barulah kita faham dan tahu tempat2 yang kita dah melawat. Boleh la bila balik Malaysia nanti kita cerita pulak dekat kawan2 yang belum pernah pergi Europe :)

Kembara Halal Travel dengan Mood Travel 



Majlis Hi Tea yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof  baru baru ni memperkenalkan program Kembara Halal Eropah dengan sokongan BUMITRA Malaysia dan juga kerjasama syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air.  So lepasni, kalau travel dengan Mood Travel, you guys akan fly dengan airlines Middle East ni! Oh BESTTTNYAAAA la wehhhh....! 

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof

Sekitar majlis Hi Tea yang diadakan baru baru ini

Majlis Perasmian Kembara Halal Eropah 



Program terbaru dari Mood Travel merupakan program pakej SIC (Seat-in-Coach 2Pax to go) keEropah kepada agensi pelancongan Malaysia. Bagusnya program SIC ni, networking antara agency pelancongan dalam Malaysia dapat di perluaskan dan sales juga pasti akan meningkat! Komisen yang ditawarkan tersangat tinggi sehingga RM6000. Perghh, bagus betul program macam ni, dari segi business development and sustainable, ketiga2 item ni perlu ada untuk business jangka panjang. 


Jom Travel? 

Jom tengok pakej2 Halal Kembara Eropah dengan Mood Travel ni : -

  1. Pakej Western Europe (WE) ~Eropah Barat merangkumi England, France, Belgium, Jerman, Netherland & Switzerland.
  2. Pakej Northern Europe (NE) ~Scandinavia seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland & Iceland.
  3. Pakej Southern Europe (SE) ~ Eropah Selatan merangkumi Sepanyol, Itali, Bosnia Herzegovina dan Greece.
  4. Pakej Central Europe (CE) ~ Eropah Tengah seperti Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria. 
  5. Pakej Eastern Europe (EE) ~ Eropah Timur termasuk Russia, Belarus, Romania dan Modova
  6. Pakej Lain2 Destinasi (LD) ~ Pakej dalam negara Malaysia, New Zealand, Australia, South Africa, Uzbezkistan dan lain2 tempat menarik!
Dapatkan lebih info mengenai Mood Travel di IG Mood Travel dan FB Mood Travel. Lepas tengok pakej2 ni, rasa tak sabar pulak nak travel . Jom travel sama sama nak tak? :)



With all Malaysian Bloggers yang suka travel especially ME! ~

Happy Traveling !~

Thursday, 27 June 2019

[MEDIA REVIEW] Serikan Diri Di Aidilfitri dengan GARNIER

Sambutan Hari Raya atau Hari Raya Aidiltri lebih bermakna kalau kita dapat sambut dengan family ,saudara -mara dan kawan -kawan. Time ni jelah baru ada masa nak berkumpul dan update diri masing2. Bulan baik seperti bulan Syawal yang penuh kegembiraan ni lebih seronok memberi sedekah, terutamanya yang memerlukan bantuan. "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima" Kan..? :)


Product GARNIER
Siapa je yang tak kenal GARNIER? Jenama kecantikan ni sangat famous dan senang nak dapat dekat pharmachy dan drugstore macam dekat Watson or Guardian. Harga pun affordable dan quality pun memang bagus. Kempen terbaru dari GARNIER dengan kerjasama TechForGood dibawah program Global Entreprenuship Movement Association (GEMA) berjaya mengumpul dana sebanyak RM15,000 bagi memperkasakan wanita. 

Serikan Diri Di Aidilfitri 

Selfie camni kira okay la kan dari takde.. 

Dengan emcee of the day ~ Nisa Kay


GARNIER x MYDIN collaboration 



Majlis penutupan kempen GARNIER ni diadakan di MYDIN USJ dan pada masa yang sama dengan kolaborasi ni, dah beri manfaat TechForGood dalam dua cara : -


  1. Bagi setiap product yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadhan, RM0.20 akan disumbangkan kepada program.
  2. Bagu setiap perbelanjaan RM30 dan keatas untuk setiap product GARNIER yang dibeliketika roadshow MYDIN dari 24Jun -30Jun 2019, pembeli akan dapat beg tote secara PERCUMA. Beg tote ini buatan tangan ini dijahit sendiri oleh para wanita dalam program GEMA. 

Pada masa yang sama, beg tote yang I dapat tadi, I boleh hias ikut suka hati. Masa event tu, semua member TechForGood will teach and guide how to decorate our own bag. I rasa happy gila kot, sebab this is my first time deco bag sendiri. Hikhik..

Delivered our ideas on our tote bag


See how aggresive I'm doing a craft with a TechForGood member and the rest 


I deco my own tote bag! 

And all the member proudly showing their arts and creativity


So sempena dengan kempen "Serikan Diri Di Aidilfitri", ada 3selebriti Malaysia yang turut memeriahkan suasana antaranya ialah, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz. Diaorang ni ada berlakon dalam drama mini series "Serikan Hatimu" di TV3. GARNIER sebagai penaja utama dalam mini drama series ni , penceritaan lebih kepada persahabatan dan juga kuatnya seorang wanita.

Jangan lupa tgk mini drama series "Serikan Hatimu" di YouTube TV3


Si cantik jelita ~ Amyra Rosli

Si Comel Manis ~ Azira Shafinaz

Si Kacak Hitam  Bergaya ~ Syafiq Kyle 

Product - product GARNIER ni senang je nak beli.. Kalau ada roadshow camni harga lagi murah kawan kawan ku~... 

Marila kita cantik dan hensem sama sam dengan GARNIER

Banyak kan range product dia

Thank you GARNIER. Tak sabar nak cuba !

Sunday, 16 June 2019

Bestlah dapat tengok wayang dengan Jack 'n Jill Calbee !~

Makan popcorn sambil tengok wayang memang syok. I suka popcorn dekat TGV sebab popcorn dia sedap gilaaa ada caramel and also dia punya bekas besar. Senang nak seluk and share dengan kawan2 yang lain. Kadang boring gak asyik makan popcorn, nak jugak tukar selera. Manusia ni kan aneh aneh selera dia, especially perempuan yang penuh berhormon tu. Hehuheuhue.. 

Jom makan Jack 'n Jill Calbee dekat TGV


Nak tengok movie dekat TGV sekarang ni dah best. Jack 'n Jill Calbee dah ada jual dekat kaunter makanan TGV. Best gilaaa okay and you should be excited like me too. Sebab apa? Sebab Calbee brand ni tersangatlah famous sebab kerepek kentang diaorang sedap kot. Masa I kat Japan, selalu jugaklah I beli kerepek kentang ni. Memang sedap and also murah. Beli dekat mana2 konbini macam Lawson, 7e or Family Mart.. Bila Jack 'n Jill dah ada kerjasama dengan Calbee, lagi lah syok nak makan kerepek kentang ni sebab dah ada kat Malaysia dan boleh makan dalam wayang.  

Elevate your snacking Experience!

Kalau you guys peminat kerepek kentang, inilah masa nya nak makan Jack 'n Jill Calbee. Ada 3 flavour untuk rangkaian ni, Classic Salted, Smokey BBQ dan Flammin' Chilli. Layan ohh makan kerepek kentang ni.. 

Untuk yang suka masin masin.. 

Untuk yang suka ada rasa grill2 .. 

Untuk yang lidah Malaysia suka pedas menyengat.. 


3 Flavours baru dari Jack 'n Jill Calbee ~


Nak tengok wayang FREE tak? 

Jack 'n Jill Calbee nak bagi tiket wayang FREE dekat TGV BEANIE (seat Beanie kot, mahal okay and seat dia santai2 best) kepada 200 pemenang bertuah. Untuk yang lagi bertuah, dapat pakej holiday ALL-IN ke Universal Studio Singapore untuk 2orang wehh.. 3hari 2malam okay! Untunglaaa siapa yang dapat.. 

Contest bermula dari 1st June 2019 - 15th July 2019. 



Nak Menang lah!

Simple je kawan kawan, just ikut je step macam kat bawah ni :)
  1. Beli Jack 'n Jill Calbee bernilai RM8
  2. Tag nama seorang kawan / BFF / BF / GF or sesiapa la nak share hadiah utama tu nanti dekat ruangan komen Facebook peraduan Jack 'n Jill Calbee
  3. Makan Calbee yang dah beli tadi tu sambil tunggu dengan berdebar dan berdoa harap jadi PEMENANG BERTUAH!

Follow IG and like FB Jack 'n Jill untuk maklumat lanjut :- 

Wednesday, 29 May 2019

LAST EVER Boyzone Concert "Thank You and Goodnight Farewell Tour 2019 Live in Malaysia"

Konsert jelajah Boyzone "Thank You and Goodnight Farewell Tour 2019" LIVE di Malaysia akan menjadi konsert terakhir buat boyband dari Ireland ni. Konsert ni jugak sebagai tanda terima kasih dan penghargaan untuk para peminat diaorang yang menyokong Boyzone dari dulu sampai la sekarang. So untuk konsert kali terakhir ni, Boyzone jugak jemput ex boyband Westlife dan juga penulis lagu, Brian McFadden sebagai tetamu istimewa dalam konsert diaorang. 


Date: 14th June 2019
Time : 08:30pm - 10:30pm
Location: Stadium Melawati Shah Alam


Farewell Tour 2019 LIVE in Malaysia

Brian McFadden ni dulu mulakan karier dia dengan boyband Westlife pada tahun 1998 dan selepas setahun lepastu McFadden dah release album studio sulung Westlife. He is super talented ! Pada tahun 2004, McFadden dah decide nak teruskan karier dia sebagai penghibur solo dan mengeluarkan single "Real to Me", sebuah lagu dalam album debutnya "Irish Son". Karier solo McFadden berkembang dengan jayanya, so pada tahun 2016, McFadden dengan Keith Duffy ni dah buat kumpulan diaorang sendiri iaitu "Boyzlife"

Ingat lagi tak geng-geng Boyzone ni? Bagi yang tak tahu and baru nak kenal, ahli kumpulan diaorang ni adalah Keith Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa lagu hits famous diaorang antaranya "When You Say Nothing at All", "No Matter What" and "Love Me for a Reason". Ni semua lagu meletop dan mengangkat kerjaya diaorang sebagai boyband yang berjaya dimata dunia dalam industri hiburan. 

Masa awal-awal kemunculan Boyzone , semua jejaka jejaka hot Dublin ni tak sabar nak explore dunia dan pada harini (biasala darah muda, rasanya semua orang macam tu kot hehehe...), dan pada harini diaorang jugak masih tak percaya walaupun dah 25tahun berlalu, diaorang masih ada lagi peminat. Kalau you guys pernah tengok diaorang punya penampilan pertama dekat "The Late Late Show" confirmed korang akan terperanjat woo.. Google cepat hehehe.. 

Setakat ni, Boyzone dah keluarkan 6album, dan mempunyai hampir DUA DOZEN HITS! WOAHHHH Congratulations!~ Sedihkan kalau nak celebrate farewell2 ni. Ini je peluang yang ada nak tengok konsert legend Boyzone, lepasni takde dah.. dah jadi kenangan. Dedicated untuk orang-orang yang membesar dengan lagu-lagu boyband ni. Lagu-lagu diaorang ni semua sweet and romantic lah bila I dengar tadi :)


Brian McFadden


About WOWStar Creative Entertainment Co., Ltd.

Established in 2018, WOWStar Creative Entertainment is a fast-growing entertainment company specialising in diversified entertainment businesses from concerts, live music and entertainment events, artist management, to film, television, commercial production and distribution. 

Tickets Selling Website: https://airasiaredtix.com/boyzone2019
Harga ticket konsert bermula dengan harga RM198

GOOD NEWS! 

The first 200 VIP ticket purchaser will get to take a group photo with Boyzone! Customer will be contacted by organiser via email, so don't miss the chance! SAVE THE DATE & GET THE TICKETS NOW!~


Thursday, 9 May 2019

[REVIEW] Suasana Tenang Berbuka Puasa di Dewan Tengku Zara, Bangi

Selain Bazaar Ramadhan, buffet berbuka puasa selalu jadi pilihan bila tiba Bulan Ramadhan. Kalini, I nak review salah satu lokasi luar sikit dari Kuala Lumpur, hanya mengambil masa 45min untuk sampai ke lokasi. So lets we head to Dewan Tengku Zara, Bangi.. !~




Lot 1513-A, Jalan Bangi,
Kampung Sungai Tangkas ,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan




But wait.. ! Jangan confuse and salah okay dengan Dewan Tengku Zara Kajang. Dua lokasi yang berbeza. Just follow je address macam dekat map kat atas supaya tak sesat dan tak berbuka dalam kereta.. hahaha!

Promo Buffet Ramadhan 2019 Flyers


Promo Buffet Ramadhan Dewan Tengku Zara bermula dari 8th May 2019 - 02nd June 2019 sepanjang Bulan Ramadhan. Bagi yang follow IG Mizzerny mesti dah tahu promo early bird hanya RM35 je seorang sampai 12th May 2019 melalui Insta Story I. OK, next time jangan terlepas tengok updates dengan follow I dekat IG tau! :) Walaupun dah habis promo , harga buffet ramadhan ni masih murah dan berbaloi untuk beli, hanya RM55! Untuk kids pula, hanya RM27.50. Lebih daripada 150 juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang berkonsep warung. So apa lagi, masa ni la nak makan kenyang2 sampai sahur.. 































Antara dessert tersedap yang ada dekat Dewan Tengku Zara 










Suasana dia pun best. Ala ala garden konsep

Round table can fit up to 10 peoples~

Nice decoration

The food table was in center hall 


Tempat ni ada 3level. Dekat bawah konsep stall, second hall konsep light meals dan upper hall lebih kepada heavy food. So bila you guys makan sini akan turun naik dengan tangga untuk ambik makanan. Actually, bagus sebab bila dah rasa terlebih makan masa berbuka tu, takdela rasa bersalah sangat sebab dah buat kardio dan buang kalori sekali hihihih.. 

Hawkers Stall ~ View taken from second hall 

Konsep stall sampai kat luar
Ok, ramai dah beratur. Selalu yang ramai beratur tu yang sedapppp~

Makan kat sini jangan membazir.. Penalti akan dikenakan kalau makan tak habis. 

100gm - RM5.00 

Semua kemudahan kat sini ada. Surau, toilet dan juga termasuk parking space sini pun besar dan selesa. Ada masa lagi ni untuk korang booking sebelum terlambat!

FREE Parking Space . Tak payah nak cop cop hahahah

All you can EAT! Selamat Berbuka !~

Online shopping

Ordering online nowadays are so simple , from what you want and what you needs everything at your fingertips. Super easy and also the discou...

Popular Post