Showing posts with label Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Restaurant. Show all posts

Thursday, 9 May 2019

[REVIEW] Suasana Tenang Berbuka Puasa di Dewan Tengku Zara, Bangi

Selain Bazaar Ramadhan, buffet berbuka puasa selalu jadi pilihan bila tiba Bulan Ramadhan. Kalini, I nak review salah satu lokasi luar sikit dari Kuala Lumpur, hanya mengambil masa 45min untuk sampai ke lokasi. So lets we head to Dewan Tengku Zara, Bangi.. !~




Lot 1513-A, Jalan Bangi,
Kampung Sungai Tangkas ,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan




But wait.. ! Jangan confuse and salah okay dengan Dewan Tengku Zara Kajang. Dua lokasi yang berbeza. Just follow je address macam dekat map kat atas supaya tak sesat dan tak berbuka dalam kereta.. hahaha!

Promo Buffet Ramadhan 2019 Flyers


Promo Buffet Ramadhan Dewan Tengku Zara bermula dari 8th May 2019 - 02nd June 2019 sepanjang Bulan Ramadhan. Bagi yang follow IG Mizzerny mesti dah tahu promo early bird hanya RM35 je seorang sampai 12th May 2019 melalui Insta Story I. OK, next time jangan terlepas tengok updates dengan follow I dekat IG tau! :) Walaupun dah habis promo , harga buffet ramadhan ni masih murah dan berbaloi untuk beli, hanya RM55! Untuk kids pula, hanya RM27.50. Lebih daripada 150 juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang berkonsep warung. So apa lagi, masa ni la nak makan kenyang2 sampai sahur.. 































Antara dessert tersedap yang ada dekat Dewan Tengku Zara 










Suasana dia pun best. Ala ala garden konsep

Round table can fit up to 10 peoples~

Nice decoration

The food table was in center hall 


Tempat ni ada 3level. Dekat bawah konsep stall, second hall konsep light meals dan upper hall lebih kepada heavy food. So bila you guys makan sini akan turun naik dengan tangga untuk ambik makanan. Actually, bagus sebab bila dah rasa terlebih makan masa berbuka tu, takdela rasa bersalah sangat sebab dah buat kardio dan buang kalori sekali hihihih.. 

Hawkers Stall ~ View taken from second hall 

Konsep stall sampai kat luar
Ok, ramai dah beratur. Selalu yang ramai beratur tu yang sedapppp~

Makan kat sini jangan membazir.. Penalti akan dikenakan kalau makan tak habis. 

100gm - RM5.00 

Semua kemudahan kat sini ada. Surau, toilet dan juga termasuk parking space sini pun besar dan selesa. Ada masa lagi ni untuk korang booking sebelum terlambat!

FREE Parking Space . Tak payah nak cop cop hahahah

All you can EAT! Selamat Berbuka !~

Saturday, 4 May 2019

[REVIEW] Why you need to come Cafe Del Tesso?

Pernah tak you guys pergi cafe yang konsep cafe 2 in 1? Haa.. this is RARE right?



Italian Coffee & French Pastries

Masa mula mula sampai dan masuk Cafe Del Tesso ni, I rasa cafe ni mesti mahal. Nama cafe pun dah urban dan commercial. Biasalah, typical Malaysian mindset. Hehehe.. nak makan sedap murah, lepak2 gaya urban dan hipster tapi taknak mahal.. Kih! (read:jimat cermat kedekut) .Tiga benda penting kalau I nak try cafe baru, I suka tengok ambiance, menu dan harga. Bonus bila cafe tu ada WIFI. Sebab senang nak update dekat IG story dengan buat FB LIVE. Haahahaha.. jimat mobile data :P



"Coffee imported from Italy? 
"Eh serious lah cafe ni pastries dia import dari France?"
"Biar betul harga dia camni je?'' Eh..? 


Mana nak cari cafe yang ada Italian dengan French bergabung dalam satu cafe?  Ahaa.. Tak payah dah susah2 minum coffee kat cafe Italy pastu shifted to French cafe sbb nak makan pastries. Kat sini semua ada.. tak payah susah2 kan diri nak cafe hunting. Bagus kan konsep Cafe Del Tesso ni, 2 in 1! Cafe ni baru je bukak February 2019. Del Tesso perkataan Italy yang bermaksud "Lembah Gunung" . So bila masuk cafe ni rasa relaks, chill2 sambil dengar lagu lagu Italiano dengan French. 



Masa order, I tanya Barista yang sangat friendly ni. Dia boleh cakap English, tak cakap bahasa French or Italian pun. Nervous jugak I time tu nak order, mau kena bukak Google Translate.. Hahahaha..Banyak betul dia recommend. Barista pun memainkan peranan penting jugak. Sebab bila first timer datang cafe, of course la kita tak tahu nak order apa kan? So I cakap I nak minum signature drink kat cafe ni and signature food kat cafe ni. Bagi I, kalau signature dia dah power, menu lain2 confirm super sedap! Hehehe..


Menu and Price

Nett Price

In House Drink 

Fully Imported from France!

Choose your Pie!

Sandwich Range ~ Ask their Signature!

Lets be Italiano~

Need to feel extra sweet today? Choose one of this dessert :)
Who doesn't like brownie cheesecake? 

This time I try signature drink Cafe Del Tesso ~ Black Italiano Coffee dengan signature Pastries ~ Mini Croissants & Praline Finger. Semua pastries ni imported dari French! Freshly baked everyday. Mana pastries yang tak habis, diaorang akan start discounted pastries from 7pm onwards. Tapi time tu pastries dah tak fresh la sebab dah lewat petang.. 

Black Italiano Coffee

I had Croissant when I was in Grenoble & France.
And yes, the taste is SAME!

Indulge with Praline Finger 


Signature menu yang I cuba kat sini Herb Foccocia with Chicken Cranberry and Curry Crab Roll Sandwich.  Sedap! Bagi vegetarian pulak, menu dia special. Upon request, you boleh mintak kitchen alter existing menu kepada vegetarian.  Harga takdela mahal pun, sebab harga kat menu ni NETT PRICE. No additional charge for tax and service charge! Best sangattttttt!

Curry Crab Roll Sandwich

Herb Foccocia with Chicken Cranberry

Ambiance

The ambiance sangat best dan privacy. Ada single seat, ada sofa seat dan ada jugak happening seat kalau datang ramai2. WIFI pun FREE, unlimited tu.. Hiks! Kalau pergi Starbucks, dapat lepak main internet dua jam jer, pastu kene beli drink lagi sekali baru dapat WIFI code baru.. huuuu.. T_T. Plug nak charge bateri  handphone or laptop pun ade.. memang best la lepak cafe ni.. Nak apa lagi bosskuu??



Welcome to Cafe Del Tesso
Barista Station
They are selling Tiramisu Choc too~

Look so chill and cozy
Nak buat kerja kat sini pun boleh. Ada plug. USB plug pun ada gak.. 


 Single  seat also available. Mana tau jodoh datang duduk sebelah hihihi...~

Wall of Fame . You can take picture here as a prove y

Datang ramai2 boleh lepak sini. Nak study group ke, jual insurance ke, jual unit trust ke..~ 

Membership & Promotions



Hahahaha.. kalau nak datang hari hari pun takpe, sebab terus dah jadi member. Bagi je NAMA and PHONE NUMBER, terus jadi official member. Setiap kali spent RM1, convert jadi point. Dah cukup point, dapat makan FREE babe .. heheheheh. 

This cafe also practising eco-friendly to raise awareness of plastic pollution.  Cafe Del Tesso not using a plastic straw instead using PLA straw. Eco-friendly cafe :)  So, dalam masa yang sama kita pun support earth kita jugak kalau datang kat cafe ni

Cafe Del Tesso selalu buat promotion. Baru-baru ni sempena Labour Day, 1st May 2019 harga Big Breakfast menu selalu RM15, tapi hari tu RM12 jerr.. siap dapat FREE MUFFIN lagi okayy.. Incoming untuk MOTHER'S DAY pun ada jugak. Semua non-promotional item dapat 10% discount. Lepastu kalau bawak MAMA masing2, dapat FREE slice of cake of the day! Best ke tidak? Hehehehe..

Untunglahh siapa yang pergi Cafe Del Tesso masa Labour Day haritu.
Dahla dapat harga murah RM12, dapat lagi FREE Muffin.. ! 

Promotion untuk Saturday & Sunday

Happy Hour Promo starts at 3pm onwards

They have a promotion for Frappe too~! 

All day breakfast set.
Kalau bangun dah matahari tegak atas kepala, boleh lagi request menu ni  :)

New Item ~ Limited Time Only

Walk-In or Reservation?

Kalau takut penuh masa walk-in, boleh je call untuk buat reservation sebelum datang. Kat sini selalu je ramai booking nak buat party dengan casual meeting. Haa.. cool kan.. Nak booking satu Cafe ni pun boleh.. 
Buat meeting kat sini lagi best daripada meeting kat office.
Tak caya try buat reservation kat sini.. 



Kat mana Cafe Del Tesso ni? 

Senang je nak datang sini. Haritu I datang naik MRT, just turun dekat MRT TTDI Gate A. Jalan kaki je dalam 500m. Nak datang sini drive pun okay, tapi parking agak tricky sikit sebab kawasan ni area office dengan kawasan perumahan. Alahh.. tak pun booked GRAB jer.. terus sampai depan Cafe Del Tesso!

Kalau haritu bertuah, dapatla parking depan kedai :) .
Jangan lupa bayar parking okayy, nanti kena saman! Hukhukhuk




Cafe Del Tesso
27, Jalan SS 20/11, Damansara Kim,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Business Hour : 0700am ~2200pm
Open Daily: Monday - Sunday
Contact : +60122185453 (Mr Karu) / +60126708400 (Mr Azizi) 

Branch Baru 

Tak lama lagi Cafe Del Tesso akan buka branch baru dekat Bukit Jalil, Sunway Pinnacle dan jugak Sunway Velocity. Branch dekat Bukit Jalil special sikit sebab yang tu Restaurant tapi masih kekal konsep Italian dan French. Apa agaknya eh menu menu Italian~French kat sana nanti? Nak pakai baju bulu2 tebal la nanti, barula feeling terasa dekat Italy~France hehheehe.. 

Looking for a Job?

Anda rasa anda berbakat jadi Barista? Join team Cafe Del Tesso 

Well, since nanti akan buka banyak branch Cafe Del Tesso ni, diaorang tengah actively hiring Barista. So if you guys berminat nak jadi Barista cafe Italian ~ French ni, try apply. Mana tau lepas ni dapat pergi Italy dengan French , jadi Barista kat sana pulak , kan? Rezeki masing masing kan.. :) Good Luck!~


Subcribe my YOUTUBE channel!


Online shopping

Ordering online nowadays are so simple , from what you want and what you needs everything at your fingertips. Super easy and also the discou...

Popular Post