Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, 4 May 2019

[REVIEW] Why you need to come Cafe Del Tesso?

Pernah tak you guys pergi cafe yang konsep cafe 2 in 1? Haa.. this is RARE right?



Italian Coffee & French Pastries

Masa mula mula sampai dan masuk Cafe Del Tesso ni, I rasa cafe ni mesti mahal. Nama cafe pun dah urban dan commercial. Biasalah, typical Malaysian mindset. Hehehe.. nak makan sedap murah, lepak2 gaya urban dan hipster tapi taknak mahal.. Kih! (read:jimat cermat kedekut) .Tiga benda penting kalau I nak try cafe baru, I suka tengok ambiance, menu dan harga. Bonus bila cafe tu ada WIFI. Sebab senang nak update dekat IG story dengan buat FB LIVE. Haahahaha.. jimat mobile data :P



"Coffee imported from Italy? 
"Eh serious lah cafe ni pastries dia import dari France?"
"Biar betul harga dia camni je?'' Eh..? 


Mana nak cari cafe yang ada Italian dengan French bergabung dalam satu cafe?  Ahaa.. Tak payah dah susah2 minum coffee kat cafe Italy pastu shifted to French cafe sbb nak makan pastries. Kat sini semua ada.. tak payah susah2 kan diri nak cafe hunting. Bagus kan konsep Cafe Del Tesso ni, 2 in 1! Cafe ni baru je bukak February 2019. Del Tesso perkataan Italy yang bermaksud "Lembah Gunung" . So bila masuk cafe ni rasa relaks, chill2 sambil dengar lagu lagu Italiano dengan French. 



Masa order, I tanya Barista yang sangat friendly ni. Dia boleh cakap English, tak cakap bahasa French or Italian pun. Nervous jugak I time tu nak order, mau kena bukak Google Translate.. Hahahaha..Banyak betul dia recommend. Barista pun memainkan peranan penting jugak. Sebab bila first timer datang cafe, of course la kita tak tahu nak order apa kan? So I cakap I nak minum signature drink kat cafe ni and signature food kat cafe ni. Bagi I, kalau signature dia dah power, menu lain2 confirm super sedap! Hehehe..


Menu and Price

Nett Price

In House Drink 

Fully Imported from France!

Choose your Pie!

Sandwich Range ~ Ask their Signature!

Lets be Italiano~

Need to feel extra sweet today? Choose one of this dessert :)
Who doesn't like brownie cheesecake? 

This time I try signature drink Cafe Del Tesso ~ Black Italiano Coffee dengan signature Pastries ~ Mini Croissants & Praline Finger. Semua pastries ni imported dari French! Freshly baked everyday. Mana pastries yang tak habis, diaorang akan start discounted pastries from 7pm onwards. Tapi time tu pastries dah tak fresh la sebab dah lewat petang.. 

Black Italiano Coffee

I had Croissant when I was in Grenoble & France.
And yes, the taste is SAME!

Indulge with Praline Finger 


Signature menu yang I cuba kat sini Herb Foccocia with Chicken Cranberry and Curry Crab Roll Sandwich.  Sedap! Bagi vegetarian pulak, menu dia special. Upon request, you boleh mintak kitchen alter existing menu kepada vegetarian.  Harga takdela mahal pun, sebab harga kat menu ni NETT PRICE. No additional charge for tax and service charge! Best sangattttttt!

Curry Crab Roll Sandwich

Herb Foccocia with Chicken Cranberry

Ambiance

The ambiance sangat best dan privacy. Ada single seat, ada sofa seat dan ada jugak happening seat kalau datang ramai2. WIFI pun FREE, unlimited tu.. Hiks! Kalau pergi Starbucks, dapat lepak main internet dua jam jer, pastu kene beli drink lagi sekali baru dapat WIFI code baru.. huuuu.. T_T. Plug nak charge bateri  handphone or laptop pun ade.. memang best la lepak cafe ni.. Nak apa lagi bosskuu??



Welcome to Cafe Del Tesso
Barista Station
They are selling Tiramisu Choc too~

Look so chill and cozy
Nak buat kerja kat sini pun boleh. Ada plug. USB plug pun ada gak.. 


 Single  seat also available. Mana tau jodoh datang duduk sebelah hihihi...~

Wall of Fame . You can take picture here as a prove y

Datang ramai2 boleh lepak sini. Nak study group ke, jual insurance ke, jual unit trust ke..~ 

Membership & Promotions



Hahahaha.. kalau nak datang hari hari pun takpe, sebab terus dah jadi member. Bagi je NAMA and PHONE NUMBER, terus jadi official member. Setiap kali spent RM1, convert jadi point. Dah cukup point, dapat makan FREE babe .. heheheheh. 

This cafe also practising eco-friendly to raise awareness of plastic pollution.  Cafe Del Tesso not using a plastic straw instead using PLA straw. Eco-friendly cafe :)  So, dalam masa yang sama kita pun support earth kita jugak kalau datang kat cafe ni

Cafe Del Tesso selalu buat promotion. Baru-baru ni sempena Labour Day, 1st May 2019 harga Big Breakfast menu selalu RM15, tapi hari tu RM12 jerr.. siap dapat FREE MUFFIN lagi okayy.. Incoming untuk MOTHER'S DAY pun ada jugak. Semua non-promotional item dapat 10% discount. Lepastu kalau bawak MAMA masing2, dapat FREE slice of cake of the day! Best ke tidak? Hehehehe..

Untunglahh siapa yang pergi Cafe Del Tesso masa Labour Day haritu.
Dahla dapat harga murah RM12, dapat lagi FREE Muffin.. ! 

Promotion untuk Saturday & Sunday

Happy Hour Promo starts at 3pm onwards

They have a promotion for Frappe too~! 

All day breakfast set.
Kalau bangun dah matahari tegak atas kepala, boleh lagi request menu ni  :)

New Item ~ Limited Time Only

Walk-In or Reservation?

Kalau takut penuh masa walk-in, boleh je call untuk buat reservation sebelum datang. Kat sini selalu je ramai booking nak buat party dengan casual meeting. Haa.. cool kan.. Nak booking satu Cafe ni pun boleh.. 
Buat meeting kat sini lagi best daripada meeting kat office.
Tak caya try buat reservation kat sini.. 



Kat mana Cafe Del Tesso ni? 

Senang je nak datang sini. Haritu I datang naik MRT, just turun dekat MRT TTDI Gate A. Jalan kaki je dalam 500m. Nak datang sini drive pun okay, tapi parking agak tricky sikit sebab kawasan ni area office dengan kawasan perumahan. Alahh.. tak pun booked GRAB jer.. terus sampai depan Cafe Del Tesso!

Kalau haritu bertuah, dapatla parking depan kedai :) .
Jangan lupa bayar parking okayy, nanti kena saman! Hukhukhuk




Cafe Del Tesso
27, Jalan SS 20/11, Damansara Kim,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Business Hour : 0700am ~2200pm
Open Daily: Monday - Sunday
Contact : +60122185453 (Mr Karu) / +60126708400 (Mr Azizi) 

Branch Baru 

Tak lama lagi Cafe Del Tesso akan buka branch baru dekat Bukit Jalil, Sunway Pinnacle dan jugak Sunway Velocity. Branch dekat Bukit Jalil special sikit sebab yang tu Restaurant tapi masih kekal konsep Italian dan French. Apa agaknya eh menu menu Italian~French kat sana nanti? Nak pakai baju bulu2 tebal la nanti, barula feeling terasa dekat Italy~France hehheehe.. 

Looking for a Job?

Anda rasa anda berbakat jadi Barista? Join team Cafe Del Tesso 

Well, since nanti akan buka banyak branch Cafe Del Tesso ni, diaorang tengah actively hiring Barista. So if you guys berminat nak jadi Barista cafe Italian ~ French ni, try apply. Mana tau lepas ni dapat pergi Italy dengan French , jadi Barista kat sana pulak , kan? Rezeki masing masing kan.. :) Good Luck!~


Subcribe my YOUTUBE channel!


Monday, 22 April 2019

[REVIEW] HACHI Japanese Bakery Cafe 1MONT KIARA

Roti dan pastries memang makanan favourite I. I boleh hidup dengan makan ini jer :) Breakfast, lunch and dinner.. Repeat.. Yup , memang I Mat Salleh, even kawan I Rhys William yang ni pun makan nasi and favourite dia "Nasi Lemak" hahahaha.. I siap pergi kelas bakery and pastry sebab cita cita one day nanti nak buka cafe pastry ni . Ada pastry and bakery utk breakfast. FREE COFFEE ngn TEA. Heuhuehue.. 

Dengan kawan kawan pastry and bakery :)
Paling depan sekali sebab nak jadi anak murid yang serap banyak ilmu hahaha.. 

Dulu masa I pergi Japan, I suka sangat dengan kedai bakery kat sana. Macam2 pastries ada pastu cafe bakery dia comel2 tau. Semua pastries and bakery dia tak manis, dan kebanyakan tak guna telur. Bagus untuk yang vegetarian jugak dan pada masa yang sama stay healthy. Kebanyakan cafe kat Japan ambiance dia cool gila.. boleh lepak2.. chill2.. tengok orang jalan2 laju macam , siap boleh buat time-lapse video lagi. Rindu pulak nak chill2, pastu dengar orang Japan borak2 walaupun satu apa pun I tak faham.. hahahaha

Ukyo-ku, Sanbi - Kyoto - Umegahatatakaocho
Ohara ~ Kyoto

Dekat 1Mont Kiara Mall atau nama lain dia 1MK Mall, ada satu Japanese bakery shop. "HACHI Bakery Cafe". Cafe dia hidden sikit, bebetul depan escalator ngn florist shop. Bila I sampai je bakery shop tu, I terus fall in love. Trully Japanese vibes.. Masa nak order tu pun, gadis manis Japanese dengan pelat2 Engrish layan I kat kaunter.. hehehe cute sangat! 

HACHI Bakery Cafe entrance 

Memula tanya jugak dekat staff bakery ni. Kenapa nama bakery ni"HACHI"? HACHI ni nama anjing yang famous dekat Tokyo tu ke, HACHIKO? Staff yang sangat friendly ni nama dia WEI WEI, terus explain. "HACHI ni bermaksud number "8". Japanese character dan Chinese ni dia ada persamaan. So dalam kepercayaan Japanese dan Chinese, "8" bermaksud "Lucky" atau "Ong". Owner cafe ni nak share "lucky" & "ong" dengan customer dia, sebab tu nama bakery cafe ni "HACHI'. Kalau you guys selalu datang sini, dan selalu sebut2 tempat ni, confirmed hidup korang akan "LUCKY" & "ONG" : )

HACHI ~ Bakery Cafe 8


Jom tengok bakery2 yang ada kat Hachi Cafe ni : ~




























Most of the pastries and bakery kalau you guys perasan (dekat tag harga dia), diaorang tak guna TELUR.. see.. sama macam dekat Japan. OWNER dia, CHEF dia, dan semua BAHAN2 nak buat food and drink ni imported dari Japan. Owner and CHEF ni dah study dah market kat Malaysia ni macam mana. So , jangan risau dan kita yang Muslim ni boleh makan sebab bahan2 yang dia guna NO PORK, NO LARD, NO ALCOHOL.


Antara hot pick HATCHI Bakery Cafe.
Yang tengah2 tu SIGNATURE HATCHI.. Sangat soft, moist & fluffy

HACHI Bakery Cafe ni buka awal pagi dari jam 0630am lagi. Semua bakery dan pastry yang ada kat dalam cafe ni fresh sebab chef akan buat setiap hari dari jam 0300am. Setiap hari bakery dan pastry akan habis dijual, and kalau tak habis OWNER akan bermurah hati bagi discount atau mungkin bagi jer dekat orang..

Selain daripada bakery dan pastry on the go, HACHI ada jugak jual Menu Breakfast dan Menu Signature HACHI. 


Breakfast Menu. Start dari jam 0630 ~ 1100am. FREE Coffee  or Tea.
Harga yang display ni NETT tau :)  Sangat affordable. 

Nak brunch or lunch pun boleh. Sesuai utk orang yang diet dan pentingkan healty meal.
HACHI tak guna process food. Untuk vegetarian pun ada menu dia jugak. 
Avocado Wasabi Burger (Chicken / Beef) . Ni hot signature dekat HACHI.

Other HACHI brunch menu

Prawn Salad

Smoked Salmon & Avocado Salad


Freshly hot coffee & tea. The size of cup is equal, macam minum kat rumah. Tak kecik, tak besar.
Originally juice straight from fruit .. 

HACHI Cappucino 

HACHI Matcha Latte ~ My all time favourite


Suasana dekat HACHI ..















Chef ni pemalu sikit. Bila nak tangkap gambar dia terpusing2 badan dia.. hehehe nasib baik cute :)
Nama Chef dirahsiakan, takut nanti ramai mintak IG ngn FB dia hahahah.. dia ni famous kot..




Kalau yang dah pergi Japan ni, mesti rasa nak datang sini banyak kali. Kalau rindu boleh la datang sini, amik vibes Japan. Yang single macam I boleh la lepak2 sini minum matcha.. ramai kot Japanese yang handsome2 kat sini heuhuehuehuehue.. 

HACHI Bakery Cafe ni so far dah ada 3 branch kat Malaysia, especially di Klang Valley. Paling latest dekat 1MK , dua lagi dekat Hartamas Shopping Centre and Saujana Clubhouse.

So nanti HACHI branch Mont Kiara ni akan sambut anniversary yang pertama. You guys jangan lupa datang tau! Ikut address kat bawah ni..







Semua product HACHI, akan dapat discount 20% dan juga FREE Voucher pada 11th May 2019! Again, dekat branch Mont Kiara je tau.. Menarik gilaaa ok!!! Save the date dan JOM SERBU!



Nah tengok video ni.. syokkk tauu..




Online shopping

Ordering online nowadays are so simple , from what you want and what you needs everything at your fingertips. Super easy and also the discou...

Popular Post