Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, 3 August 2019

Why Encore Melaka should be in your Instagram and Facebook?

Syawal baru baru ni, kitaorang geng2 cousin pergi Boba Hunting dekat Kota Laksmana, Melaka. One of our cousin pernah stay and study dekat Melaka, so Melaka ni dia yang punya.. hahahaha.. So the rest of us just follow je.. Boba pun Boba lah.. Hidup kena trendy macam remaja remaja lain.. ahgitewwww.. 

Ahli ahli cousins yang berdaftar tahun ni :P


I ingat lagi masa otw nak gi lepak minum boba, cousin I tunjuk.. "Eh, korang pernah masuk tak kat situ, Encore Melaka?" Kitaorang dah macam blur2.. Amende Encore Melaka ni? Patutkah kami direct translate maksud "Encore Melaka" ni? Sila jangan noob sangat macam I ni eh.. eh kami ni.. Huhuhuuu.. She told us, its okay, next time we go there for taking photo. 

This is Encore Melaka 


Long story short, I dapat ticket show di Encore Melaka last week. Pastu recall balik.. Ahaa... since last time she said "Its okay, next time we go there for taking photo", I dah macam excited. Sure tempat tu cantik gilaaaa boleh buat modal untuk IG and FB feed nanti kihkihkih.. At the same time, I excited nak tengok show dekat dalam Encore Melaka ni. 

Yay ,  tiket dalam tangan harus tangkap gambar buat kenangan


Panas gilaa masa I sampai Melaka haritu. Dia punya panas tu tak boleh bawak bincang sampai I terpaksa Boba Hunting tanpa sengaja. Huihhh.. cuaca panas dan bahang kat Melaka lain dengan KL sebab dekat dengan laut. Itu je pilihan yang terdekat dengan Encore Melaka, nak berCoconut Shake, macam jauh je.. (alasan je kan.. hohoho) Sempat hunting dua Boba ni je, Boba lain nanti lah, perut Kakak I dah buncit dengan biji boba ni ha.. 

Ramai vote The Alley sebab tak manis sangat, It was just nice kata Kakak saya.. 

Siapa suka No 1. , dia mesti suka Xing Fu Tang

Excited 

Pay your ticket here, Cash and Credit Card accepted


Showtime and the Sear Arrangement

Of course I tersangat excited nak tengok show ni. Selain daripada tipikal weekend tengok wayang kat shopping mall atau Netflix kat rumah, I suka juga tengok teater dan arts performance. Macam dekat Encore Melaka ni, you guys akan rasa kagum bila I bagitau yang show performance ni : -
  • FEEL 360◦ Rotating Audience Platform
  • LIVE 200 Local Performance
  • WATCH 240 Meter Long Stage
The storyline is about "UNFOLD STORIES BEHIND MELAKA INHERITANCE". Overall there will be 7scenes and the show duration will take for almost 1hr 15minutes. Scene yang paling I suka Nyoya & Wedding and Pregnant Women. The performance was sooo energetic and trust that you'll be impressed just like me. Dengan tempat duduk kita berpusing sambil tengok performance, that's really WOW! Oh ya, worried about the language barrier show? Worries no more, the show will be representing in 3languages, Bahasa Melayu, English and also Mandarin! The showtime will be conducted every day and divided into two schedules; afternoon & evening. 


Follow and Respect the rules set by Encore Melaka , okay? 

Red Lantern performance

200 locals performance on the stage

Baba & Nyoya shows

That's not a video, that's a real people . Awesome stage

Colourful

Theatre water show

Facilities

Facilities asas ada juga disediakan macam toilet, surau dan juga FREE parking. Parking lot kat sini sangat banyak. Cuma kat sini not user friendly for handicap. The access only elevator and some other places need to use stairs. They only have two vending machine and one small kiosk selling Oden when you are feeling hungry. You need to go outside the premise location with 1km away , for you to get McDonalds or Starbucks to fulfill your tummy. My advise, grab something before you head to the show. 

Toilet sini sangat bersih. Surau perempuan sebelah toilet.


Car Park area


Building Architecture & Surroundings

The building architecture was so unique and will become the everlasting icon for Melaka's skyline. Best time for taking photo pada jam 4petang keatas. Sebab time ni lighting memang on point pastu, in between dengan sunset, your photo will look great and superb. I feeling2 tangkap gambar macam dekat Musee Du Lourve , Paris. Tips OOTD kat sini, sila la pakai baju warna2 yang vibrant. Warna pastel tak cantik sebab background dah warna putih. Waktu malam pun cantik juga dengan lampu2 LED.. Kalau nak datang sini sekadar nak bergambar pun boleh! Ramai je I tgk orang datang sini bergambar termasuklah pengantin datang buat photoshoot dengan gaun kembang2 dia.. hehehe



Me and the sunset

Rasa macam dekat Musee Du Lourve



Belakang Encore Melaka ni ada laut, so after or before the show performance, you guys boleh la enjoy the sunset view. As I'm sunset lover, view dia mmg sangat cantik dan romantic. Weekend memang ramai orang, so kena pandai cari angle untuk bergambar, otherwise datang la time weekdays. 

Kat belakang ni pulak rasa mcm kat LA 

Ticket Price

So guys, next time kalau pergi Melaka and tak tau nak pergi mana, datang sini okay untuk indoor activity. Selalu asyik pergi tempat sama je kan kat Melaka, so boleh try datang sini. Apa je yang takde kat Melaka ni.. :) Eh you guys datang sini je lah tengok sendiri okay. Tak sama feel dia bila cerita dengan tengok mata kepala sendiri.. 

Untuk MYKAD holder, there will be 50% discount until 31st Dec 2019. Hurry up grab the opportunity to watch this before the promo ends. Why pay more when you can get less? 

Malaysian!! You are sooo lucky to have 50% discount to see this show!


Access to their details for further info

Official website Encore Melaka

Tuesday, 9 July 2019

[Media Screening] Dilan 1991


Balik je dari shooting, terus shoot gi TGV One Utama. Lepas je fetch Mama dari office, I terus naik MRT sampai station MRT Bandar Utama , more convenient and fast, tak payah nak hadap jem. Dahla satu harini rushing gila, but its okay coz I'm really enjoy it :) I dapat invitation dari Blogger Aryl untuk media screening Dilan 1991. Thank you so much for the invitation Aryl! This time dapat review movie dari seberang and the genre film is Romantic. Filem romantic wehh... I dah la tak reti and tak de feeling2 kihkikikh.. 

Cantik tak full make up I? Hahaha... tak cantik sokay sbb I make up sendiri :P


Habis je menonton cerita Dilan 1991, rasa mcm best nya kalau dapat putar balik masa time sekolah. Time sekolah time paling best kot, semua benda nak tau, nak cuba and tak sabar nak jadi dewasa.  Masa sekolah masa adalah masa untuk meneroka dunia dewasa. And for me myself, I excited nak drive kereta Daddy je time tu hahahaha.. 

Since I dulu sekolah perempuan dari primary to secondary, so takdelah merasa moment couple or puppy love. Cuma dulu merasa la jadi “orang tengah” bila mmber ada problem dengan pasangan masing2. Besides, I dulu pun comot dan gemok ya amat, so mmg sesuai la jadi watak tempelan dalam drama bercinta2 orang lain ni hahahhaha.. 

In a meantime.. 


Anyway, if you guys nak tengok mcm mana couple2 high school dulu bercinta, boleh la tgk movie Dilan 1991. Nak contact couple pun pakai landline phone or public phone.Tak mcm sekarang ni, semua apps ada boleh contact. Bluetick je pun dah boleh buat gaduh hahahhaa. Cerita berlatarbelakangkan tahun 1991 di Bandung menampilkan watak Dilan sebagai watak utama dan Milea sebagai kekasih dia. Jalan cerita yang sangat straightforward and mudah faham. Ada jugak babak yang sangat cute dan kelakar sampai korang rasa.. "Eeeeiii geramnya... nak jadi teenager balik macam diaorang lah!" 

Pilih seat yang confortable utk tengok movie ni.
This time I dapat duduk paling belakang, yay! 

So, mana mana yg tengah bercinta , yang dah bercinta atau baru nak start bercinta, boleh tgk Dilan 1991.. Dilan 1991 akan ditayangkan diseluruh Malaysia pada 11th July 2019. Selamat Menonton!

Note : Fuh.. Nasib baik sempat catch the MRT, itupun third last train at 1125pm. 
 Kalau tak kena naik Grab! Seram lah naik Grab malam2.. Tak berani huuuu...~



Thursday, 27 June 2019

[MEDIA REVIEW] Serikan Diri Di Aidilfitri dengan GARNIER

Sambutan Hari Raya atau Hari Raya Aidiltri lebih bermakna kalau kita dapat sambut dengan family ,saudara -mara dan kawan -kawan. Time ni jelah baru ada masa nak berkumpul dan update diri masing2. Bulan baik seperti bulan Syawal yang penuh kegembiraan ni lebih seronok memberi sedekah, terutamanya yang memerlukan bantuan. "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima" Kan..? :)


Product GARNIER
Siapa je yang tak kenal GARNIER? Jenama kecantikan ni sangat famous dan senang nak dapat dekat pharmachy dan drugstore macam dekat Watson or Guardian. Harga pun affordable dan quality pun memang bagus. Kempen terbaru dari GARNIER dengan kerjasama TechForGood dibawah program Global Entreprenuship Movement Association (GEMA) berjaya mengumpul dana sebanyak RM15,000 bagi memperkasakan wanita. 

Serikan Diri Di Aidilfitri 

Selfie camni kira okay la kan dari takde.. 

Dengan emcee of the day ~ Nisa Kay


GARNIER x MYDIN collaboration 



Majlis penutupan kempen GARNIER ni diadakan di MYDIN USJ dan pada masa yang sama dengan kolaborasi ni, dah beri manfaat TechForGood dalam dua cara : -


  1. Bagi setiap product yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadhan, RM0.20 akan disumbangkan kepada program.
  2. Bagu setiap perbelanjaan RM30 dan keatas untuk setiap product GARNIER yang dibeliketika roadshow MYDIN dari 24Jun -30Jun 2019, pembeli akan dapat beg tote secara PERCUMA. Beg tote ini buatan tangan ini dijahit sendiri oleh para wanita dalam program GEMA. 

Pada masa yang sama, beg tote yang I dapat tadi, I boleh hias ikut suka hati. Masa event tu, semua member TechForGood will teach and guide how to decorate our own bag. I rasa happy gila kot, sebab this is my first time deco bag sendiri. Hikhik..

Delivered our ideas on our tote bag


See how aggresive I'm doing a craft with a TechForGood member and the rest 


I deco my own tote bag! 

And all the member proudly showing their arts and creativity


So sempena dengan kempen "Serikan Diri Di Aidilfitri", ada 3selebriti Malaysia yang turut memeriahkan suasana antaranya ialah, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz. Diaorang ni ada berlakon dalam drama mini series "Serikan Hatimu" di TV3. GARNIER sebagai penaja utama dalam mini drama series ni , penceritaan lebih kepada persahabatan dan juga kuatnya seorang wanita.

Jangan lupa tgk mini drama series "Serikan Hatimu" di YouTube TV3


Si cantik jelita ~ Amyra Rosli

Si Comel Manis ~ Azira Shafinaz

Si Kacak Hitam  Bergaya ~ Syafiq Kyle 

Product - product GARNIER ni senang je nak beli.. Kalau ada roadshow camni harga lagi murah kawan kawan ku~... 

Marila kita cantik dan hensem sama sam dengan GARNIER

Banyak kan range product dia

Thank you GARNIER. Tak sabar nak cuba !

Wednesday, 5 June 2019

#teamrayapurple 2019. Kenapa perlu ada tema warna baju raya?

I pun tak ingat since when our family and others start practicing tema warna baju tiap kali raya. Kebiasaanyaa, warna tema ni ditentukan oleh Mem Besar kat rumah tu, Mama! Hahaha.. gila kau nak derhaka tema warna yang Mama pilih, tak cium bau syurga aku.. HAHAHAHAHA ! 

Jalan2 dekat outdoor bazaar. Panas wehh kat sini fuhhhh..~

So this year she decided PURPLE COLOUR as our family theme this year. So oklah, anak yang menurut perintah sebab sayang Mama dia, pergi lah cari baju colour purple. I was thought it was simple. Ala.. purple je kot.. bukan nya warna yang pelik2 susah nak dapat tu. Simple task je ni..

Sini pun banyak option dia, dalam mall tak panas and parking pun senang. 


Tak tau butik yang keberapa ratus kali .. lmao 

So every weekend masa bulan puasa haritu, Mama heret I pergi cari baju raya. Ya Tuhan.. susah ya amat. Dengan puasa lagi, sabar tu kena tinggi melangit.. Setiap kali keluar, tak dapat pun. Dapat yang berkenan di hati, harga dia pulak tak berbaloi nak dibeli kot. For me myself, I don't mind to spend my penny with the quality fabrics and materials. Kadang2, quality yang dijual tak setaraf dengan harga. So kat sini la kita diuji, nak jadi pengguna bijak atau tak. But for me, money management is very important especially time shopping raya. Semua benda nampak nak beli kot.. hahahha..

Pakai baju ketupat jela.. 

Our favorite boutique. Tapi tema baju tahun ni takde kat sini T_T

Sampai la last week of Ramadhan, time tu jelah peluang nak cari baju raya ikut tema purple Mama. Lepas sahur, kemas2 rumah sikit and gerak ke arah Bangsar. Lepas sahur takyah nak tidur balik, nanti rezeki mahal lepastu mmg akan terlajak bangun tengahari. kihkhihkih.. 





Butik Modvier ni best. I ni jenis yang suka privacy time shopping. Bukan apa, imaginasi I ni tinggi kot. Kalau dah pegang baju tu, I dah boleh imagine rupa I camna kalau pakai, siap dengan aksesori sekali hahahah.. Belum try pakai lagi kat fitting room. And at the same time, I boleh buat decision wisely not based on the emosi. Baju ikut tema ni pun pakai pagi raya je, the rest duduk dalam almari. Nak recycle pakai pun entah bila, itupun kalau ada event formal and ikut mood.. hurmm..

My favourite boutique.. Semua ada.. 

So, dalam boutique tu tak besar mana pun, but all the clothing really eyecatching. Rasa semua cantik and nakkk!! Skirts and all the dresses semua lawa and quality. Price pun reasonable. Salesperson kat sini pun friendly and very helpful. Jatuh cinta betul servis kat sini.

Time ni takde orang. Rasa butik ni reserved utk kitaorang je hahahaha..~


So we manage to get our baju raya yang mengikut tema #teamrayapurple. I'm sooo happy, walaupun sedih, nervous & stress sebab awal2 tak dapat cari baju raya. Banyak jugak la I rembat hahaha, walaupun sebenarnya I nak cari baju raya niat asalnya. Duhh.. Matilanakkk..

I'm wearing MODVIER! 


Beraya di Kampung

Suasana beraya di kampung berbeza di bandar. Outfit raya kena sesuai jugak ikut tempat. Apa guna outfit cantik, tapi bila pakai tak selesa sebab panas dan berpeluh2. Euwww... So that's why I'm too choosy bila pilih baju raya. I okay je beli baju vavavom, kain leret siap berkepak burung kalau kampung I dalam dewan yang ada aircond. Kat kampung tak sesuai rasanya pakai heels atau kasut raya yang berinci2 tu and lebih elok pakai sandals yang sarung tu je. Why? Sebab potensi kasut raya yang lawa tu kena sepak dan pijak adalah tinggi. Hahahaha .. based on my experience :')

Ikut Tema

Pagi raya tu kebetulan my brother and sister in law pun pilih tema colour purple jugak. That's very nice, macam ada telepathi je kan suruh diaorang pakai purple hahaha.. so we took our formal family photo in a nice shoot.


Our complete family. First Aidilfitri for Adruce and next year ada additional family member!

Le Me!~
Nasib baik tak give up cari baju raya, kalau tak I pakai jeans and shirt je.. LOL!
Dengan Daddy.

Dengan Mama

Dengan Kakak, her last single Hari Raya

Dengan semua girls.. Kakak, Mama and Kak Sha  ~



Bila tengok balik kenapa perlu ada tema warna baju raya ni, rasa seronok pulak. Each family dah unite and agree with one decision. Ingat senang ke nak dapat one firmed decision dalam banyak banyak kepala tu. Hahaha.. besides, bila tangkap gambar semua nampak cantik. Waktu ni jela I rasa semua mcm behave sebab pakai semua lawa2 and smart from head to toe. And paling best sekali, kalau time beraya family member hilang atau sesat, senang nak trace.. Kalau ada color lain join dalam group #teamrayapurple tu, sah bukan satu geng. Tahun depan dah boleh prepare colour apa nak pakai. So takdela gambar tahun ni sama dengan tahun akan datang! Hahahaha.. Gituhhhh..


#teamrayacousins
So dari colour baju, dah boleh tau diaorang ni dari team mana.. Kan?  :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Online shopping

Ordering online nowadays are so simple , from what you want and what you needs everything at your fingertips. Super easy and also the discou...

Popular Post