Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, 22 August 2021

Online Groceries

I pernah nampak jiran I order online groceries sebab lori Tesco tu berhenti lama depan rumah dia. Pastu I terfikir, wahhh bestnya... order je tak payah nak pening2 kepala, terus sampai depan rumah. Dah la I memang suka shopping groceris dekat Tesco. Banyak barang-barang best especially Tesco brand yang dari UK. Ah rindu la nak balik rumah UK ni hihhho.. 

Secara tak langsung lori Tesco yang besar dan berhenti lama depan rumah tu dan juga person in charge yang handle delivery groceries tu bagi impact dekat I. Bermaksud, strategy marketing yang Tesco buat memang dah berjaya.

I mula simpan angan-angan nanti one fine day nak try lah service online delivery ni macam jiran I ni. Jiran I memang advance.. Oh ya, masa yang I nampak ni belum lagi masuk zaman online delivery macam sekarang ni. Ni quite few years back , time tu dah malam, I baru balik kerja time tu. I nampak person in charge delivery tu layan baik betul dengan jiran I. Dalam kegelapan malam tu I boleh nampak muka jiran I nampak happy masa terima semua barang-barang groceries dia tu. Sebab tu I rasa online groceries ni best betul, nak nak supermarket Tesco kegemaran kan.. 

Fast forward, nowadays online groceries ni dah jadi perkara normal dah. Dah banyak dah tempat buat online groceries, nak nak semenjak pandemik Covid19 ni. Sejak I balik Malaysia, I tengok macam-macam dah company logistic  yang dah wujud. Tinggal pilih je mana yang nak.. Kagum sungguh I.

So i pun decided masa ni yang terbaik nak unlock I punya wish list iaitu online groceries ni. I pun buka lah website Tesco Tesco Lotus . Oh ya, I baru tau yang Tesco ni dah tukar, jadi Tesco Lotus. Hm.. harap-harap stock barang dalam supermarket ni still sama la lagi huhuhu.. 



I try guna online groceries ni haritu, I siap pilih slot pagi sebab nak barang-barang yang I order tu sampai fresh. Gigih I tunggu , tengok-tengok jam.. aik dah lebih setengah jam lewat so I tak boleh nak sabar. Sebab masa itu emas. Long story short, I punya booking online order diaorang tak dapat nak deliver and kena cancel. So nak dapat duit refund tu Ya ALLAH, lama gila.. bukan apa.. Dah la groceries kering kat dapur, pastu duit pun kering tak dapat refund immediate nak beli barang dapur.. Hmmmm... 

So for my personal experience, I'd prefer to walk-in to the supermarket store rather by online. Lagi puas hati sebab dapat pilih barang sendiri, kalau barang yang kita nak takde, boleh pilih sendiri substitute. 
Option lain kalau tak dapat nak keluar rumah , boleh la cari personal shopper sendiri atau mana2 freelance rider. 


Okayla, whatever it is safety first. Double mask, and always use sanitiser. 
  

Tuesday, 1 December 2020

Lalalalalala... Senangnya hidup dengan LALAMOVE

Lalalalalalalala...~

Balik dari overseas haritu, I bawak balik banyak gila barang (of course la kan!). Lepas tu hajat nak surprise kan family, so I pun tanya Mr. Google kat mana I nak cari atau sewa transport yang berpatutan dan dipercayai. I end up of my search with LALAMOVE  and finally download the apps in my phone. 


Cara buat tempahan LALAMOVE 

Dalam LALAMOVE  , I boleh pilih jenis-jenis kenderaan yang ingin I gunakan. Dari kenderaan kecik kepada besar, bergantung kepada barang-barang yang ingin I hantar. Dari motor sampai lori, semua saiz kenderaan ada.. Jangan tak tahu, kita juga boleh tambah sebanyak 20hentian sebelum sampai ke destinasi pilihan.  

 

Cara pilih tempahan di LALAMOVE 


Wahh.. do you know why LALAMOVE  pretty easy and trusted to use? I highly recommend it to add-on "Insurance" in this services. It is optional for you to tick the box insurance before to proceed the services. I believe the quote is still within your budget for services and the services deliver benefits to you securely and safely. 


Ada 4jenis service tambahan yang kita boleh pilih. 
Taknak tambah pun takpe.. 

They also have other optional services which is "Buy4U(max. RM200)", "Return Trip" and also "Door-to-Door Service". Manage everything in your fingertips and make it less hassle. Senangnya hidup.. Bestkan? :) On demand same day delivery...


Cara bayaran perkhidmatan LALAMOVE 

LALAMOVE  pun ada ewallet jugak, so make yourself stay safe and contactless with the driver. Kadang-kadang, LALAMOVE  bagi rewards kalau guna ewallet. Macam I haritu topup RM100, so dia bagi I rewards RM5.. Banyak tu RM5.. 

e-Wallet. Kita boleh keep on track duit kita kat sini


Kalau takde ewallet dan nak gunakan cash pun boleh juga, pastikan duit mencukupi dengan harga yang ditawarkan oleh service LALAMOVE . Kalau nak bagi lebih pun boleh , apa salahnya bagi tips dekat driver LALAMOVE 


LALAMOVE  Record




Setiap perjalanan dengan menggunakan aplikasi LALAMOVE  juga direkodkan secara lengkap. Bagus betul sebab dengan rekod ini kita boleh trace and track destinasi yang kita pernah pergi dengan LALAMOVE



Favorite and Banned Driver 

Dalam aplikasi LALAMOVE  , kita juga boleh pilih driver favorite kita. Kalau service dia best, kerja pun bagus mesti tiap kali guna LALAMOVE  nak guna driver yang sama kan. Bagi banned driver pulak, contohnya kalau kita tak happy dengan service driver tu, kita boleh banned dia supaya akan datang tak akan dapat driver yang sama lagi. 







So macam mana? Senangnya hidup dengan LALAMOVE kan.. Lalalalalalala...~ 

First time want to use LALAMOVE

Feel free to register and grab the benefit here from LALAMOVE ! :)

Saturday, 1 August 2020

Groceries Shopping in Doha

Pemandangan dalam Carrefour


Masa first time nak shopping groceries dekat Doha, I rasa semua barang mahal gila. I ingat lagi , time tu kitaorang pergi Carrefour Villagio. Excited jugak I time tu sebab dekat Malaysia Carrefour dulu ada, now dah takde.. So lets check it out!


Coin QR0.25 .
Kat sini I jarang dapat duit coins



QR 10 - Warna Merah sama warna cam duit RM10



Mula-mula dulu terkial2 jugak baca number in Arabic ..hihihi



Carrefour kat sini yang paling senang I nak access ialah City Centre dengan Villagio. Masa shopping tu, I tengok harga semua Astarfigrullahhh... mahal gilaaa.. Mungkin time tu dalam kepala I dah pergi convert harga , pastu compare dgn harga dekat Malaysia. Dahla baru sampai, dgn duit ciput nak survive .. I berkira2 .. nasib baik I bawak stock makanan yang cukup untuk I survive sepanjang study dua bulan ni. Benda yg paling priorities dalam groceries I of course la fruit and all breakfast food. I bukan jenis makan yg beria, senang cite bukan makan mana pun.. Hahaha..

Breakfast edition series


Frozen food always a choice 



Dekat Doha ni banyak gila supermarket, dari yang besar sampai la yang kecik. Actually depan dan sekitar apartment I ni pun ada gak supermarket (kalau kat KL ni kira level kedai runcit je). I tak berapa suka and tak berapa comfortable sebab kebanyakannya lelaki. Oh ya, supermarket area rumah I ni pun kebanyakannya FREE HOME delivery, so just give a call. I selalu beli mineral water je. But for me myself, I prefer to do my groceries shopping at big supermarket because more comfortable and choices. 

Air Mineral Doha


Kat sini shopping supermarket dekat Lulu agak famous sebab senang nak pergi and murah. Kalau kat kat Lulu ni macam Mydin, sebab barang2 dia, 1+1. Hahaha..Nak buat apa byk2, unless kalau shopping dgn member and have a mutual interest nak share, itu mmg jimat dan berbaloi. Dekat Lulu I suka shopping sebab roti dia je.. Petit Pain dia so cheap and so sedapp.. Dekat Carrefour ada gak, tapi banyak gila and expiry date dia cepat habis.

Petit Pain - QR3
Freshly bake everyday, tapi cepat expired 


Monoprix I suka gila sebab fruits dia murah sangat!! Kalau kat KL dia ni level2 Cold Storage or Village Grocer. TBH, i suka gila sebab banyak barang import dia murah. Contohnya buah Nectarine atau Peach, haritu I beli baru QR7-QR8. Ya Allah seronok gila makan sebab kalau kat KL mmg tak la nak dapat harga murah camni. Oh ye, Green Apple mmg sentiasa ada dalam fridge I , cuma fruits tambahan tu I akan mix up sometimes apricot ke, rock melon, sweet melon, strawberry and so on.. 


Supermarket diaorg ni lagi banyak promotion, lagi rendah harga diaorg jual. So just take the opportunity. Kalau time tu murah, rembat je terus takyah tunggu. Some of barang2 dari Asia mahal gilerrr.. so yang murah barang dari Europe, US, middle east.. ape lagi time ni la nak try semua hahaha.. 

Benda yang I tak pernah miss beli dekat supermarket ni, I angkat ambil yogurt, Muesli, Petit Pain / Baguette

Kalau time flying pun, most of the groceries beli time layover je. Mana sempat nak shopping groceries bagai dekat Doha. Hahaha..

Kat sini I nak rate shopping mall dekat Doha : 

Lulu D-Ring Road


1) Lulu - So cheap and sometimes expensive, barang banyak 1+1, perfume & skincare murah, roti Au Pain dia QR3 je sedapppppp. Konsep sama macam MYDIN kat KL. Sentiasa ramai dengan rakyat marhaen macam I hahaha.. 


Yang baju kuning tu assistant.
Diaorang tolong semua customer masuk barang dalam plastic bag dekat kaunter


2) Carrefour - Sometimes cheap , sometimes expensive depends on the products and brand. I ada apps dia, haritu dapat voucher. Barang2 not bad, and the bread are freshly made everyday. Selalu ramai orang, vegetables and fruits sometimes expensive and I tak berapa suka sangat. Feel dia mcm gi shopping kat Sogo atau Tesco. 




3) Monoprix - Yang ni I suka sebab shopping layout dia. Lepas tu takde promoter yg berdiri sebelah shampoo and akan promote barang2. No no.. Sini I boleh diri lama tgk shampoo and fikir and decide.. "Ahh.. i want try this shampoo!" Takde siapa kacau pun.. Dekat Monoprix ni, semua barang2 dia daripada France and semua barang dia tulis French hahaha.. Monoprix major retails in France. So kalau nak vibes French2, boleh la datang sini. Harga pun harga French2 okay ..:P


Supply for Asian groceries


4) Megamart - Oh yang ni sangat famous untuk orang2 Asia. Majority food stock diaorg amek dari Thailand , Vietnam , Malaysia, Indonesia... So kalau tiber rasa cam nak makan sayur kangkung, haa.. boleh cari dekat sini. 


AlMeera Airport D-Ring Road 


5) Al Meera - Peh.. Sini supermarket yang paling dekat dengan apartment I. Jalan kaki je, kalau nak exercise.. kalau pemalas or banyak barang nak bawak, naik Uber kena charge QR8. Kat sini pun ada best ada yang tak best. But for me, as along as barang tu ada, rembat jela kan.. Kalau takde, cari je substitute yang boleh replace barang tu.  



Signboard Blue Diamond boleh nampak dari room balcony I


Lepas renovate, diaorg tukar signboard warna hitam.
Nama masih kekal Blue Diamond.


6) Blue Diamond - Supermarket depan apartment ni mmg famous hahaha.. I selalu beli mineral water je, lepastu suruh orang supermarket ni hantar delivery. Bagi la tips sikit kadang2 tu, sbb kesian ohh.. I order mineral kadang2 6pax.. kau bayangkanlah dengan 6pax tu aka 6dozen tu dia tolak trolley supermarket.. Ala tak luak la QR2-QR5 riyal duit tu. Sedekah kan dapat pahala. 

Hmm.. rindu pulak nak shopping groceries.. Hahahah.. dulu tak pandai :P

Uber waiting area.
Dah jom balik, Uber dah tunggu

Saturday, 3 August 2019

Why Encore Melaka should be in your Instagram and Facebook?

Syawal baru baru ni, kitaorang geng2 cousin pergi Boba Hunting dekat Kota Laksmana, Melaka. One of our cousin pernah stay and study dekat Melaka, so Melaka ni dia yang punya.. hahahaha.. So the rest of us just follow je.. Boba pun Boba lah.. Hidup kena trendy macam remaja remaja lain.. ahgitewwww.. 

Ahli ahli cousins yang berdaftar tahun ni :P


I ingat lagi masa otw nak gi lepak minum boba, cousin I tunjuk.. "Eh, korang pernah masuk tak kat situ, Encore Melaka?" Kitaorang dah macam blur2.. Amende Encore Melaka ni? Patutkah kami direct translate maksud "Encore Melaka" ni? Sila jangan noob sangat macam I ni eh.. eh kami ni.. Huhuhuuu.. She told us, its okay, next time we go there for taking photo. 

This is Encore Melaka 


Long story short, I dapat ticket show di Encore Melaka last week. Pastu recall balik.. Ahaa... since last time she said "Its okay, next time we go there for taking photo", I dah macam excited. Sure tempat tu cantik gilaaaa boleh buat modal untuk IG and FB feed nanti kihkihkih.. At the same time, I excited nak tengok show dekat dalam Encore Melaka ni. 

Yay ,  tiket dalam tangan harus tangkap gambar buat kenangan


Panas gilaa masa I sampai Melaka haritu. Dia punya panas tu tak boleh bawak bincang sampai I terpaksa Boba Hunting tanpa sengaja. Huihhh.. cuaca panas dan bahang kat Melaka lain dengan KL sebab dekat dengan laut. Itu je pilihan yang terdekat dengan Encore Melaka, nak berCoconut Shake, macam jauh je.. (alasan je kan.. hohoho) Sempat hunting dua Boba ni je, Boba lain nanti lah, perut Kakak I dah buncit dengan biji boba ni ha.. 

Ramai vote The Alley sebab tak manis sangat, It was just nice kata Kakak saya.. 

Siapa suka No 1. , dia mesti suka Xing Fu Tang

Excited 

Pay your ticket here, Cash and Credit Card accepted


Showtime and the Sear Arrangement

Of course I tersangat excited nak tengok show ni. Selain daripada tipikal weekend tengok wayang kat shopping mall atau Netflix kat rumah, I suka juga tengok teater dan arts performance. Macam dekat Encore Melaka ni, you guys akan rasa kagum bila I bagitau yang show performance ni : -
  • FEEL 360◦ Rotating Audience Platform
  • LIVE 200 Local Performance
  • WATCH 240 Meter Long Stage
The storyline is about "UNFOLD STORIES BEHIND MELAKA INHERITANCE". Overall there will be 7scenes and the show duration will take for almost 1hr 15minutes. Scene yang paling I suka Nyoya & Wedding and Pregnant Women. The performance was sooo energetic and trust that you'll be impressed just like me. Dengan tempat duduk kita berpusing sambil tengok performance, that's really WOW! Oh ya, worried about the language barrier show? Worries no more, the show will be representing in 3languages, Bahasa Melayu, English and also Mandarin! The showtime will be conducted every day and divided into two schedules; afternoon & evening. 


Follow and Respect the rules set by Encore Melaka , okay? 

Red Lantern performance

200 locals performance on the stage

Baba & Nyoya shows

That's not a video, that's a real people . Awesome stage

Colourful

Theatre water show

Facilities

Facilities asas ada juga disediakan macam toilet, surau dan juga FREE parking. Parking lot kat sini sangat banyak. Cuma kat sini not user friendly for handicap. The access only elevator and some other places need to use stairs. They only have two vending machine and one small kiosk selling Oden when you are feeling hungry. You need to go outside the premise location with 1km away , for you to get McDonalds or Starbucks to fulfill your tummy. My advise, grab something before you head to the show. 

Toilet sini sangat bersih. Surau perempuan sebelah toilet.


Car Park area


Building Architecture & Surroundings

The building architecture was so unique and will become the everlasting icon for Melaka's skyline. Best time for taking photo pada jam 4petang keatas. Sebab time ni lighting memang on point pastu, in between dengan sunset, your photo will look great and superb. I feeling2 tangkap gambar macam dekat Musee Du Lourve , Paris. Tips OOTD kat sini, sila la pakai baju warna2 yang vibrant. Warna pastel tak cantik sebab background dah warna putih. Waktu malam pun cantik juga dengan lampu2 LED.. Kalau nak datang sini sekadar nak bergambar pun boleh! Ramai je I tgk orang datang sini bergambar termasuklah pengantin datang buat photoshoot dengan gaun kembang2 dia.. hehehe



Me and the sunset

Rasa macam dekat Musee Du Lourve



Belakang Encore Melaka ni ada laut, so after or before the show performance, you guys boleh la enjoy the sunset view. As I'm sunset lover, view dia mmg sangat cantik dan romantic. Weekend memang ramai orang, so kena pandai cari angle untuk bergambar, otherwise datang la time weekdays. 

Kat belakang ni pulak rasa mcm kat LA 

Ticket Price

So guys, next time kalau pergi Melaka and tak tau nak pergi mana, datang sini okay untuk indoor activity. Selalu asyik pergi tempat sama je kan kat Melaka, so boleh try datang sini. Apa je yang takde kat Melaka ni.. :) Eh you guys datang sini je lah tengok sendiri okay. Tak sama feel dia bila cerita dengan tengok mata kepala sendiri.. 

Untuk MYKAD holder, there will be 50% discount until 31st Dec 2019. Hurry up grab the opportunity to watch this before the promo ends. Why pay more when you can get less? 

Malaysian!! You are sooo lucky to have 50% discount to see this show!


Access to their details for further info

Official website Encore Melaka

Wednesday, 31 July 2019

Kembara Halal Eropah dengan Mood Travel ~

Sekejap je dah masuk bulan August, phewww... So dah nak hujung tahun ni, you guys dah ada plan holiday ke belum? Hujung tahun la best travel, dah penat bekerja sepanjang tahun , so kita kena selalu bagi "SELF-REWARD" sebagai tanda menghargai diri sendiri. Siapa nak hargai diri kita kalau bukan kita sendiri? :) 


Edinburgh Monument. Rindu la . rasa nak fly balik


Sempat lagi nak planning travel, contact je Mood Travel kalau teringin nak holiday dekat Europe atau kawasan2 sewaktu dengannya. Mood travel salah sebuah Muslim travel agency yang berdaftar di bawah MOTAC & MATTA. Sepadan dengan motto travel agency ni "Travel with Peace of Mind", diaorang akan handle holiday idaman korang tanpa perlu risau apa apa dah! 

Mood Travel
"Travel With Peace of Mind"

Package Flyers by Mood Travel

All tour guide from Mood Travel are travel expert. Worries no more.. Service Mood Travel merangkumi penyediaan Makanan Halal, Kemudahan Solat termasuklah Malaysian Tour Guide. Tak syoklah kan kalau pergi holiday overseas, nak cari makanan halal susah.. nak solat susah sebab bilik kat negara Eropah semuanya kecik2. Dan paling penting bila ada Malaysian Tour Guide yang bercakap dalam bahasa kita (Bahasa Melayu), barulah kita faham dan tahu tempat2 yang kita dah melawat. Boleh la bila balik Malaysia nanti kita cerita pulak dekat kawan2 yang belum pernah pergi Europe :)

Kembara Halal Travel dengan Mood Travel 



Majlis Hi Tea yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof  baru baru ni memperkenalkan program Kembara Halal Eropah dengan sokongan BUMITRA Malaysia dan juga kerjasama syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air.  So lepasni, kalau travel dengan Mood Travel, you guys akan fly dengan airlines Middle East ni! Oh BESTTTNYAAAA la wehhhh....! 

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof

Sekitar majlis Hi Tea yang diadakan baru baru ini

Majlis Perasmian Kembara Halal Eropah 



Program terbaru dari Mood Travel merupakan program pakej SIC (Seat-in-Coach 2Pax to go) keEropah kepada agensi pelancongan Malaysia. Bagusnya program SIC ni, networking antara agency pelancongan dalam Malaysia dapat di perluaskan dan sales juga pasti akan meningkat! Komisen yang ditawarkan tersangat tinggi sehingga RM6000. Perghh, bagus betul program macam ni, dari segi business development and sustainable, ketiga2 item ni perlu ada untuk business jangka panjang. 


Jom Travel? 

Jom tengok pakej2 Halal Kembara Eropah dengan Mood Travel ni : -

  1. Pakej Western Europe (WE) ~Eropah Barat merangkumi England, France, Belgium, Jerman, Netherland & Switzerland.
  2. Pakej Northern Europe (NE) ~Scandinavia seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland & Iceland.
  3. Pakej Southern Europe (SE) ~ Eropah Selatan merangkumi Sepanyol, Itali, Bosnia Herzegovina dan Greece.
  4. Pakej Central Europe (CE) ~ Eropah Tengah seperti Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria. 
  5. Pakej Eastern Europe (EE) ~ Eropah Timur termasuk Russia, Belarus, Romania dan Modova
  6. Pakej Lain2 Destinasi (LD) ~ Pakej dalam negara Malaysia, New Zealand, Australia, South Africa, Uzbezkistan dan lain2 tempat menarik!
Dapatkan lebih info mengenai Mood Travel di IG Mood Travel dan FB Mood Travel. Lepas tengok pakej2 ni, rasa tak sabar pulak nak travel . Jom travel sama sama nak tak? :)



With all Malaysian Bloggers yang suka travel especially ME! ~

Happy Traveling !~

Online shopping

Ordering online nowadays are so simple , from what you want and what you needs everything at your fingertips. Super easy and also the discou...

Popular Post