Thursday 27 June 2019

[MEDIA REVIEW] Serikan Diri Di Aidilfitri dengan GARNIER

Sambutan Hari Raya atau Hari Raya Aidiltri lebih bermakna kalau kita dapat sambut dengan family ,saudara -mara dan kawan -kawan. Time ni jelah baru ada masa nak berkumpul dan update diri masing2. Bulan baik seperti bulan Syawal yang penuh kegembiraan ni lebih seronok memberi sedekah, terutamanya yang memerlukan bantuan. "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima" Kan..? :)


Product GARNIER
Siapa je yang tak kenal GARNIER? Jenama kecantikan ni sangat famous dan senang nak dapat dekat pharmachy dan drugstore macam dekat Watson or Guardian. Harga pun affordable dan quality pun memang bagus. Kempen terbaru dari GARNIER dengan kerjasama TechForGood dibawah program Global Entreprenuship Movement Association (GEMA) berjaya mengumpul dana sebanyak RM15,000 bagi memperkasakan wanita. 

Serikan Diri Di Aidilfitri 

Selfie camni kira okay la kan dari takde.. 

Dengan emcee of the day ~ Nisa Kay


GARNIER x MYDIN collaboration 



Majlis penutupan kempen GARNIER ni diadakan di MYDIN USJ dan pada masa yang sama dengan kolaborasi ni, dah beri manfaat TechForGood dalam dua cara : -


  1. Bagi setiap product yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadhan, RM0.20 akan disumbangkan kepada program.
  2. Bagu setiap perbelanjaan RM30 dan keatas untuk setiap product GARNIER yang dibeliketika roadshow MYDIN dari 24Jun -30Jun 2019, pembeli akan dapat beg tote secara PERCUMA. Beg tote ini buatan tangan ini dijahit sendiri oleh para wanita dalam program GEMA. 

Pada masa yang sama, beg tote yang I dapat tadi, I boleh hias ikut suka hati. Masa event tu, semua member TechForGood will teach and guide how to decorate our own bag. I rasa happy gila kot, sebab this is my first time deco bag sendiri. Hikhik..

Delivered our ideas on our tote bag


See how aggresive I'm doing a craft with a TechForGood member and the rest 


I deco my own tote bag! 

And all the member proudly showing their arts and creativity


So sempena dengan kempen "Serikan Diri Di Aidilfitri", ada 3selebriti Malaysia yang turut memeriahkan suasana antaranya ialah, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz. Diaorang ni ada berlakon dalam drama mini series "Serikan Hatimu" di TV3. GARNIER sebagai penaja utama dalam mini drama series ni , penceritaan lebih kepada persahabatan dan juga kuatnya seorang wanita.

Jangan lupa tgk mini drama series "Serikan Hatimu" di YouTube TV3


Si cantik jelita ~ Amyra Rosli

Si Comel Manis ~ Azira Shafinaz

Si Kacak Hitam  Bergaya ~ Syafiq Kyle 

Product - product GARNIER ni senang je nak beli.. Kalau ada roadshow camni harga lagi murah kawan kawan ku~... 

Marila kita cantik dan hensem sama sam dengan GARNIER

Banyak kan range product dia

Thank you GARNIER. Tak sabar nak cuba !

Sunday 16 June 2019

Bestlah dapat tengok wayang dengan Jack 'n Jill Calbee !~

Makan popcorn sambil tengok wayang memang syok. I suka popcorn dekat TGV sebab popcorn dia sedap gilaaa ada caramel and also dia punya bekas besar. Senang nak seluk and share dengan kawan2 yang lain. Kadang boring gak asyik makan popcorn, nak jugak tukar selera. Manusia ni kan aneh aneh selera dia, especially perempuan yang penuh berhormon tu. Hehuheuhue.. 

Jom makan Jack 'n Jill Calbee dekat TGV


Nak tengok movie dekat TGV sekarang ni dah best. Jack 'n Jill Calbee dah ada jual dekat kaunter makanan TGV. Best gilaaa okay and you should be excited like me too. Sebab apa? Sebab Calbee brand ni tersangatlah famous sebab kerepek kentang diaorang sedap kot. Masa I kat Japan, selalu jugaklah I beli kerepek kentang ni. Memang sedap and also murah. Beli dekat mana2 konbini macam Lawson, 7e or Family Mart.. Bila Jack 'n Jill dah ada kerjasama dengan Calbee, lagi lah syok nak makan kerepek kentang ni sebab dah ada kat Malaysia dan boleh makan dalam wayang.  

Elevate your snacking Experience!

Kalau you guys peminat kerepek kentang, inilah masa nya nak makan Jack 'n Jill Calbee. Ada 3 flavour untuk rangkaian ni, Classic Salted, Smokey BBQ dan Flammin' Chilli. Layan ohh makan kerepek kentang ni.. 

Untuk yang suka masin masin.. 

Untuk yang suka ada rasa grill2 .. 

Untuk yang lidah Malaysia suka pedas menyengat.. 


3 Flavours baru dari Jack 'n Jill Calbee ~


Nak tengok wayang FREE tak? 

Jack 'n Jill Calbee nak bagi tiket wayang FREE dekat TGV BEANIE (seat Beanie kot, mahal okay and seat dia santai2 best) kepada 200 pemenang bertuah. Untuk yang lagi bertuah, dapat pakej holiday ALL-IN ke Universal Studio Singapore untuk 2orang wehh.. 3hari 2malam okay! Untunglaaa siapa yang dapat.. 

Contest bermula dari 1st June 2019 - 15th July 2019. 



Nak Menang lah!

Simple je kawan kawan, just ikut je step macam kat bawah ni :)
  1. Beli Jack 'n Jill Calbee bernilai RM8
  2. Tag nama seorang kawan / BFF / BF / GF or sesiapa la nak share hadiah utama tu nanti dekat ruangan komen Facebook peraduan Jack 'n Jill Calbee
  3. Makan Calbee yang dah beli tadi tu sambil tunggu dengan berdebar dan berdoa harap jadi PEMENANG BERTUAH!

Follow IG and like FB Jack 'n Jill untuk maklumat lanjut :- 

Wednesday 5 June 2019

#teamrayapurple 2019. Kenapa perlu ada tema warna baju raya?

I pun tak ingat since when our family and others start practicing tema warna baju tiap kali raya. Kebiasaanyaa, warna tema ni ditentukan oleh Mem Besar kat rumah tu, Mama! Hahaha.. gila kau nak derhaka tema warna yang Mama pilih, tak cium bau syurga aku.. HAHAHAHAHA ! 

Jalan2 dekat outdoor bazaar. Panas wehh kat sini fuhhhh..~

So this year she decided PURPLE COLOUR as our family theme this year. So oklah, anak yang menurut perintah sebab sayang Mama dia, pergi lah cari baju colour purple. I was thought it was simple. Ala.. purple je kot.. bukan nya warna yang pelik2 susah nak dapat tu. Simple task je ni..

Sini pun banyak option dia, dalam mall tak panas and parking pun senang. 


Tak tau butik yang keberapa ratus kali .. lmao 

So every weekend masa bulan puasa haritu, Mama heret I pergi cari baju raya. Ya Tuhan.. susah ya amat. Dengan puasa lagi, sabar tu kena tinggi melangit.. Setiap kali keluar, tak dapat pun. Dapat yang berkenan di hati, harga dia pulak tak berbaloi nak dibeli kot. For me myself, I don't mind to spend my penny with the quality fabrics and materials. Kadang2, quality yang dijual tak setaraf dengan harga. So kat sini la kita diuji, nak jadi pengguna bijak atau tak. But for me, money management is very important especially time shopping raya. Semua benda nampak nak beli kot.. hahahha..

Pakai baju ketupat jela.. 

Our favorite boutique. Tapi tema baju tahun ni takde kat sini T_T

Sampai la last week of Ramadhan, time tu jelah peluang nak cari baju raya ikut tema purple Mama. Lepas sahur, kemas2 rumah sikit and gerak ke arah Bangsar. Lepas sahur takyah nak tidur balik, nanti rezeki mahal lepastu mmg akan terlajak bangun tengahari. kihkhihkih.. 





Butik Modvier ni best. I ni jenis yang suka privacy time shopping. Bukan apa, imaginasi I ni tinggi kot. Kalau dah pegang baju tu, I dah boleh imagine rupa I camna kalau pakai, siap dengan aksesori sekali hahahah.. Belum try pakai lagi kat fitting room. And at the same time, I boleh buat decision wisely not based on the emosi. Baju ikut tema ni pun pakai pagi raya je, the rest duduk dalam almari. Nak recycle pakai pun entah bila, itupun kalau ada event formal and ikut mood.. hurmm..

My favourite boutique.. Semua ada.. 

So, dalam boutique tu tak besar mana pun, but all the clothing really eyecatching. Rasa semua cantik and nakkk!! Skirts and all the dresses semua lawa and quality. Price pun reasonable. Salesperson kat sini pun friendly and very helpful. Jatuh cinta betul servis kat sini.

Time ni takde orang. Rasa butik ni reserved utk kitaorang je hahahaha..~


So we manage to get our baju raya yang mengikut tema #teamrayapurple. I'm sooo happy, walaupun sedih, nervous & stress sebab awal2 tak dapat cari baju raya. Banyak jugak la I rembat hahaha, walaupun sebenarnya I nak cari baju raya niat asalnya. Duhh.. Matilanakkk..

I'm wearing MODVIER! 


Beraya di Kampung

Suasana beraya di kampung berbeza di bandar. Outfit raya kena sesuai jugak ikut tempat. Apa guna outfit cantik, tapi bila pakai tak selesa sebab panas dan berpeluh2. Euwww... So that's why I'm too choosy bila pilih baju raya. I okay je beli baju vavavom, kain leret siap berkepak burung kalau kampung I dalam dewan yang ada aircond. Kat kampung tak sesuai rasanya pakai heels atau kasut raya yang berinci2 tu and lebih elok pakai sandals yang sarung tu je. Why? Sebab potensi kasut raya yang lawa tu kena sepak dan pijak adalah tinggi. Hahahaha .. based on my experience :')

Ikut Tema

Pagi raya tu kebetulan my brother and sister in law pun pilih tema colour purple jugak. That's very nice, macam ada telepathi je kan suruh diaorang pakai purple hahaha.. so we took our formal family photo in a nice shoot.


Our complete family. First Aidilfitri for Adruce and next year ada additional family member!

Le Me!~
Nasib baik tak give up cari baju raya, kalau tak I pakai jeans and shirt je.. LOL!
Dengan Daddy.

Dengan Mama

Dengan Kakak, her last single Hari Raya

Dengan semua girls.. Kakak, Mama and Kak Sha  ~



Bila tengok balik kenapa perlu ada tema warna baju raya ni, rasa seronok pulak. Each family dah unite and agree with one decision. Ingat senang ke nak dapat one firmed decision dalam banyak banyak kepala tu. Hahaha.. besides, bila tangkap gambar semua nampak cantik. Waktu ni jela I rasa semua mcm behave sebab pakai semua lawa2 and smart from head to toe. And paling best sekali, kalau time beraya family member hilang atau sesat, senang nak trace.. Kalau ada color lain join dalam group #teamrayapurple tu, sah bukan satu geng. Tahun depan dah boleh prepare colour apa nak pakai. So takdela gambar tahun ni sama dengan tahun akan datang! Hahahaha.. Gituhhhh..


#teamrayacousins
So dari colour baju, dah boleh tau diaorang ni dari team mana.. Kan?  :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Rindu

I tak tau la kenapa lately ni I dah makin jarang menulis and update dekat scomed. Semua yang I tulis, semua dalam draft, I belum release lag...

Popular Post