Tuesday, 1 December 2020

Lalalalalala... Senangnya hidup dengan LALAMOVE

Lalalalalalalala...~

Balik dari overseas haritu, I bawak balik banyak gila barang (of course la kan!). Lepas tu hajat nak surprise kan family, so I pun tanya Mr. Google kat mana I nak cari atau sewa transport yang berpatutan dan dipercayai. I end up of my search with LALAMOVE  and finally download the apps in my phone. 


Cara buat tempahan LALAMOVE 

Dalam LALAMOVE  , I boleh pilih jenis-jenis kenderaan yang ingin I gunakan. Dari kenderaan kecik kepada besar, bergantung kepada barang-barang yang ingin I hantar. Dari motor sampai lori, semua saiz kenderaan ada.. Jangan tak tahu, kita juga boleh tambah sebanyak 20hentian sebelum sampai ke destinasi pilihan.  

 

Cara pilih tempahan di LALAMOVE 


Wahh.. do you know why LALAMOVE  pretty easy and trusted to use? I highly recommend it to add-on "Insurance" in this services. It is optional for you to tick the box insurance before to proceed the services. I believe the quote is still within your budget for services and the services deliver benefits to you securely and safely. 


Ada 4jenis service tambahan yang kita boleh pilih. 
Taknak tambah pun takpe.. 

They also have other optional services which is "Buy4U(max. RM200)", "Return Trip" and also "Door-to-Door Service". Manage everything in your fingertips and make it less hassle. Senangnya hidup.. Bestkan? :) On demand same day delivery...


Cara bayaran perkhidmatan LALAMOVE 

LALAMOVE  pun ada ewallet jugak, so make yourself stay safe and contactless with the driver. Kadang-kadang, LALAMOVE  bagi rewards kalau guna ewallet. Macam I haritu topup RM100, so dia bagi I rewards RM5.. Banyak tu RM5.. 

e-Wallet. Kita boleh keep on track duit kita kat sini


Kalau takde ewallet dan nak gunakan cash pun boleh juga, pastikan duit mencukupi dengan harga yang ditawarkan oleh service LALAMOVE . Kalau nak bagi lebih pun boleh , apa salahnya bagi tips dekat driver LALAMOVE 


LALAMOVE  Record




Setiap perjalanan dengan menggunakan aplikasi LALAMOVE  juga direkodkan secara lengkap. Bagus betul sebab dengan rekod ini kita boleh trace and track destinasi yang kita pernah pergi dengan LALAMOVE



Favorite and Banned Driver 

Dalam aplikasi LALAMOVE  , kita juga boleh pilih driver favorite kita. Kalau service dia best, kerja pun bagus mesti tiap kali guna LALAMOVE  nak guna driver yang sama kan. Bagi banned driver pulak, contohnya kalau kita tak happy dengan service driver tu, kita boleh banned dia supaya akan datang tak akan dapat driver yang sama lagi. 







So macam mana? Senangnya hidup dengan LALAMOVE kan.. Lalalalalalala...~ 

First time want to use LALAMOVE

Feel free to register and grab the benefit here from LALAMOVE ! :)

Saturday, 1 August 2020

Groceries Shopping in Doha

Pemandangan dalam Carrefour


Masa first time nak shopping groceries dekat Doha, I rasa semua barang mahal gila. I ingat lagi , time tu kitaorang pergi Carrefour Villagio. Excited jugak I time tu sebab dekat Malaysia Carrefour dulu ada, now dah takde.. So lets check it out!


Coin QR0.25 .
Kat sini I jarang dapat duit coins



QR 10 - Warna Merah sama warna cam duit RM10



Mula-mula dulu terkial2 jugak baca number in Arabic ..hihihi



Carrefour kat sini yang paling senang I nak access ialah City Centre dengan Villagio. Masa shopping tu, I tengok harga semua Astarfigrullahhh... mahal gilaaa.. Mungkin time tu dalam kepala I dah pergi convert harga , pastu compare dgn harga dekat Malaysia. Dahla baru sampai, dgn duit ciput nak survive .. I berkira2 .. nasib baik I bawak stock makanan yang cukup untuk I survive sepanjang study dua bulan ni. Benda yg paling priorities dalam groceries I of course la fruit and all breakfast food. I bukan jenis makan yg beria, senang cite bukan makan mana pun.. Hahaha..

Breakfast edition series


Frozen food always a choice 



Dekat Doha ni banyak gila supermarket, dari yang besar sampai la yang kecik. Actually depan dan sekitar apartment I ni pun ada gak supermarket (kalau kat KL ni kira level kedai runcit je). I tak berapa suka and tak berapa comfortable sebab kebanyakannya lelaki. Oh ya, supermarket area rumah I ni pun kebanyakannya FREE HOME delivery, so just give a call. I selalu beli mineral water je. But for me myself, I prefer to do my groceries shopping at big supermarket because more comfortable and choices. 

Air Mineral Doha


Kat sini shopping supermarket dekat Lulu agak famous sebab senang nak pergi and murah. Kalau kat kat Lulu ni macam Mydin, sebab barang2 dia, 1+1. Hahaha..Nak buat apa byk2, unless kalau shopping dgn member and have a mutual interest nak share, itu mmg jimat dan berbaloi. Dekat Lulu I suka shopping sebab roti dia je.. Petit Pain dia so cheap and so sedapp.. Dekat Carrefour ada gak, tapi banyak gila and expiry date dia cepat habis.

Petit Pain - QR3
Freshly bake everyday, tapi cepat expired 


Monoprix I suka gila sebab fruits dia murah sangat!! Kalau kat KL dia ni level2 Cold Storage or Village Grocer. TBH, i suka gila sebab banyak barang import dia murah. Contohnya buah Nectarine atau Peach, haritu I beli baru QR7-QR8. Ya Allah seronok gila makan sebab kalau kat KL mmg tak la nak dapat harga murah camni. Oh ye, Green Apple mmg sentiasa ada dalam fridge I , cuma fruits tambahan tu I akan mix up sometimes apricot ke, rock melon, sweet melon, strawberry and so on.. 


Supermarket diaorg ni lagi banyak promotion, lagi rendah harga diaorg jual. So just take the opportunity. Kalau time tu murah, rembat je terus takyah tunggu. Some of barang2 dari Asia mahal gilerrr.. so yang murah barang dari Europe, US, middle east.. ape lagi time ni la nak try semua hahaha.. 

Benda yang I tak pernah miss beli dekat supermarket ni, I angkat ambil yogurt, Muesli, Petit Pain / Baguette

Kalau time flying pun, most of the groceries beli time layover je. Mana sempat nak shopping groceries bagai dekat Doha. Hahaha..

Kat sini I nak rate shopping mall dekat Doha : 

Lulu D-Ring Road


1) Lulu - So cheap and sometimes expensive, barang banyak 1+1, perfume & skincare murah, roti Au Pain dia QR3 je sedapppppp. Konsep sama macam MYDIN kat KL. Sentiasa ramai dengan rakyat marhaen macam I hahaha.. 


Yang baju kuning tu assistant.
Diaorang tolong semua customer masuk barang dalam plastic bag dekat kaunter


2) Carrefour - Sometimes cheap , sometimes expensive depends on the products and brand. I ada apps dia, haritu dapat voucher. Barang2 not bad, and the bread are freshly made everyday. Selalu ramai orang, vegetables and fruits sometimes expensive and I tak berapa suka sangat. Feel dia mcm gi shopping kat Sogo atau Tesco. 




3) Monoprix - Yang ni I suka sebab shopping layout dia. Lepas tu takde promoter yg berdiri sebelah shampoo and akan promote barang2. No no.. Sini I boleh diri lama tgk shampoo and fikir and decide.. "Ahh.. i want try this shampoo!" Takde siapa kacau pun.. Dekat Monoprix ni, semua barang2 dia daripada France and semua barang dia tulis French hahaha.. Monoprix major retails in France. So kalau nak vibes French2, boleh la datang sini. Harga pun harga French2 okay ..:P


Supply for Asian groceries


4) Megamart - Oh yang ni sangat famous untuk orang2 Asia. Majority food stock diaorg amek dari Thailand , Vietnam , Malaysia, Indonesia... So kalau tiber rasa cam nak makan sayur kangkung, haa.. boleh cari dekat sini. 


AlMeera Airport D-Ring Road 


5) Al Meera - Peh.. Sini supermarket yang paling dekat dengan apartment I. Jalan kaki je, kalau nak exercise.. kalau pemalas or banyak barang nak bawak, naik Uber kena charge QR8. Kat sini pun ada best ada yang tak best. But for me, as along as barang tu ada, rembat jela kan.. Kalau takde, cari je substitute yang boleh replace barang tu.  



Signboard Blue Diamond boleh nampak dari room balcony I


Lepas renovate, diaorg tukar signboard warna hitam.
Nama masih kekal Blue Diamond.


6) Blue Diamond - Supermarket depan apartment ni mmg famous hahaha.. I selalu beli mineral water je, lepastu suruh orang supermarket ni hantar delivery. Bagi la tips sikit kadang2 tu, sbb kesian ohh.. I order mineral kadang2 6pax.. kau bayangkanlah dengan 6pax tu aka 6dozen tu dia tolak trolley supermarket.. Ala tak luak la QR2-QR5 riyal duit tu. Sedekah kan dapat pahala. 

Hmm.. rindu pulak nak shopping groceries.. Hahahah.. dulu tak pandai :P

Uber waiting area.
Dah jom balik, Uber dah tunggu

Thursday, 18 June 2020

Musim Sejuk dan Musim Panas

I takde experience lagi travel masa musim sejuk.. Paling habis pun, time autumn masa dekat Japan. Itu pun masa nak early winter.. Time tu pun dia punya sejuk I tak tahan dah.. belum lagi betul2 time winter.. But kat sini, I ingat winter dia takdela sejuk mana pun since sini kan padang pasir.. dalam fikiran I of course la takde sejuk mana pun, sure sejuk level2 Genting Highland takpun Cameron Highland.. 

Tapi.. bila dah experience winter kat negara padang pasir ni.. MasyaAllah... Sejuk dia .. I is tak tahan.. Kat sini takde pokok2, jadi bila windy... fuhhhh... direct terus kena kat badan.. Walaupun takde salji, saya selaku gadis Asian tetap nak bagitau memang winter sini sejuk wehh.. (padahal aircond dekat MyTown pun I dah gigil2 peluk ketiak Mama .. agagagagga)

Winter kat sini start bulan December sampai February. Paling sejuk bulan January, time ni dengan foggy dia.. dah la baru balik class tak de pakai winter jacket hahaha..  Bagi orang yang dah biasa winter season, winter kat sini level2 spring season je.. Tapi kalau tanya I , winter yg I first time experience rasa macam dekat Everest.. Hahahah.. over sangat I ni.. 

Winter is here - Jan 2020



Sekarang , waktu I tulis ni 18th June 2020. dah masuk Summer. Okay, ini pun I first time experience gak. Last year I experience jugak dekat Fukuoka, Japan. Tapi time tu I travel 14 hari je.. Travel 14 hari je pun, bukan tinggal dekat sana.. Masa summer dekat Fukuoka, ada la jugak hujan turun.. Tapi dekat sini dia panas dan juga kering, hujan pun takde.. Cuaca dah start panas masa pertengahan bulan March.. Time tu duduk rumah takde pun buka aircond, sebab siang dengan malam temperature still lagi chill.. Now dekat rumah 24/7 I on aircond sebab panas.. Siang tu 35deg masa lepas subuh dalam pukul 430am.. Kalau pukul 9am tu dah 47deg dah panas, nak mandi pun rasa macam pakai water heater...Bocor kulit hahahah.. Pandai2 la nak adjust mandi pukul berapa..

Waktu summer kat sini malam pendek, siang panjang. Azan subuh seawal jam 3am, maghrib pulak pukul 630pm.. Nak keluar siang pun I fikir banyak kali sebab panas gilaa.. The heat itself boleh buat migrain and dehyrated.. Banyak kali la jugak I migrain tak tahan panas .. Since bilik I ada balcony, I lepak2 la kejap dekat luar tu amik angin.. But ada one day tu, dia punya angin datang kuat gila, panas dia macam hair dryer tau, macam ada satu hair dryer yang besar gila tengah bertiup.. (eh betul ke ayat ni, ahhh apa2 jela) hahahah.. Boleh imagine tak? Haaa.. camtu laaa ..Lagi satu balcony I tu 2 hari je, lantai dah berpasir dan berdebu.. Aha.. dalam bilik pun boleh berdebu dan berpasir gak tau.. Everyday I akan buka weather forecast , kalau dia ada angin hair dryer I tak prefer keluar walaupun nak hantar laundry kat bangunan sebelah.. Panas wehhhh tak tahan..

Morning view from my balcony - Summer season June 2020


Merasa la jugak kan both season winter dan summer kat sini hahaha.. Rezeki tu, yang penting kena selalu fikir positif.. I dah lama tak dengar bunyi hujan. Rindu pulak rasa nak dengar bunyi hujan.. Bunyi hujan time kita nak bangun tidur, bunyi hujan sebelum nak masuk tidur.. Oh rindunyaa nak dengar bunyi tu.. Dengan feel angin sejuk hujan tu.. 

p/s: tak sama la dengar bunyi hujan dekat YouTube dengan bunyi hujan yang real.. LAINNNNN!

Tak faham

I tau dia tipu. Bila dia buka mulut untuk explain dengan voice tone dihujung telefon, I tau dia tipu. Tapi I pilih untuk play along sebab I ...

Popular Post