Thursday, 18 June 2020

Musim Sejuk dan Musim Panas

I takde experience lagi travel masa musim sejuk.. Paling habis pun, time autumn masa dekat Japan. Itu pun masa nak early winter.. Time tu pun dia punya sejuk I tak tahan dah.. belum lagi betul2 time winter.. But kat sini, I ingat winter dia takdela sejuk mana pun since sini kan padang pasir.. dalam fikiran I of course la takde sejuk mana pun, sure sejuk level2 Genting Highland takpun Cameron Highland.. 

Tapi.. bila dah experience winter kat negara padang pasir ni.. MasyaAllah... Sejuk dia .. I is tak tahan.. Kat sini takde pokok2, jadi bila windy... fuhhhh... direct terus kena kat badan.. Walaupun takde salji, saya selaku gadis Asian tetap nak bagitau memang winter sini sejuk wehh.. (padahal aircond dekat MyTown pun I dah gigil2 peluk ketiak Mama .. agagagagga)

Winter kat sini start bulan December sampai February. Paling sejuk bulan January, time ni dengan foggy dia.. dah la baru balik class tak de pakai winter jacket hahaha..  Bagi orang yang dah biasa winter season, winter kat sini level2 spring season je.. Tapi kalau tanya I , winter yg I first time experience rasa macam dekat Everest.. Hahahah.. over sangat I ni.. 

Winter is here - Jan 2020



Sekarang , waktu I tulis ni 18th June 2020. dah masuk Summer. Okay, ini pun I first time experience gak. Last year I experience jugak dekat Fukuoka, Japan. Tapi time tu I travel 14 hari je.. Travel 14 hari je pun, bukan tinggal dekat sana.. Masa summer dekat Fukuoka, ada la jugak hujan turun.. Tapi dekat sini dia panas dan juga kering, hujan pun takde.. Cuaca dah start panas masa pertengahan bulan March.. Time tu duduk rumah takde pun buka aircond, sebab siang dengan malam temperature still lagi chill.. Now dekat rumah 24/7 I on aircond sebab panas.. Siang tu 35deg masa lepas subuh dalam pukul 430am.. Kalau pukul 9am tu dah 47deg dah panas, nak mandi pun rasa macam pakai water heater...Bocor kulit hahahah.. Pandai2 la nak adjust mandi pukul berapa..

Waktu summer kat sini malam pendek, siang panjang. Azan subuh seawal jam 3am, maghrib pulak pukul 630pm.. Nak keluar siang pun I fikir banyak kali sebab panas gilaa.. The heat itself boleh buat migrain and dehyrated.. Banyak kali la jugak I migrain tak tahan panas .. Since bilik I ada balcony, I lepak2 la kejap dekat luar tu amik angin.. But ada one day tu, dia punya angin datang kuat gila, panas dia macam hair dryer tau, macam ada satu hair dryer yang besar gila tengah bertiup.. (eh betul ke ayat ni, ahhh apa2 jela) hahahah.. Boleh imagine tak? Haaa.. camtu laaa ..Lagi satu balcony I tu 2 hari je, lantai dah berpasir dan berdebu.. Aha.. dalam bilik pun boleh berdebu dan berpasir gak tau.. Everyday I akan buka weather forecast , kalau dia ada angin hair dryer I tak prefer keluar walaupun nak hantar laundry kat bangunan sebelah.. Panas wehhhh tak tahan..

Morning view from my balcony - Summer season June 2020


Merasa la jugak kan both season winter dan summer kat sini hahaha.. Rezeki tu, yang penting kena selalu fikir positif.. I dah lama tak dengar bunyi hujan. Rindu pulak rasa nak dengar bunyi hujan.. Bunyi hujan time kita nak bangun tidur, bunyi hujan sebelum nak masuk tidur.. Oh rindunyaa nak dengar bunyi tu.. Dengan feel angin sejuk hujan tu.. 

p/s: tak sama la dengar bunyi hujan dekat YouTube dengan bunyi hujan yang real.. LAINNNNN!

No comments:

Post a comment

Musim Sejuk dan Musim Panas

I takde experience lagi travel masa musim sejuk.. Paling habis pun, time autumn masa dekat Japan. Itu pun masa nak early winter.. Time tu pu...

Popular Post