Sunday, 14 February 2016

Uwan

Dulu masa aku kecik kecik , aku pelik kenapa aku perlu panggil dia UWAN bukan NENEK. Harusla pelik, sebab kawan kawan aku bila balik dari cuti sekolah jer, mesti cerita.."NENEK aku kan..blaa blaa..blaa".. "NENEK aku masak kuih koci sedappp.." .. "NENEK aku comel, bla ...blaa..blaaa" 


UWAN aku orang kampung. Dia suka habes kan masa lapang dia berkebun keliling rumah. Keliling rumah UWAN macam macam tanaman ada, kiranya UWAN pandai berbudi pada tanah.. jadi anak cucu balik MERASA. Hehehe.. 


Aku suka main pokok bunga rose segar UWAN. WANGI. Kembang dan mekar nya macam bunga kat cameron highlands. Dan sebagai budak perempuan tipikal yang sedang meningkat naik, dah nampak bunga cantik, aku petik dan selit kan kat tepi telinga. Meesti dalam hati UWAN aku cakap.. "Jahanam pokok bunga aku cu oiiii...T_T" . Memang feeling Princess habes la.. HAHHA! Tu belum lagi bunga bunga lain yang aku petik masuk bakul pastu aku taburkan kat laman biar kasik cantik..(OH MY!)


Benda yang paling aku suka bila dekat rumah UWAN ni, bagi makan ayam. Sebelum kita nak makan ayam, haruslah bagi ayam makan dulu.. heee.. Perghhhh... aku rasa ayam ni dengar cakap aku bila time makan. Sume ayam datang kat depan aku, ibarat aku nak bagi ucapan. Bangga kot, kecik kecik dah ada pengikut / followers. HIHIHIHI..


Dah lama UWAN pergi, tapi setiap hari aku rasa UWAN sentiasa ada disisi. 


P/s : Rindu Arwah UWAN - ZAINAB BTE BABA

No comments:

Post a comment

Musim Sejuk dan Musim Panas

I takde experience lagi travel masa musim sejuk.. Paling habis pun, time autumn masa dekat Japan. Itu pun masa nak early winter.. Time tu pu...

Popular Post