Tuesday, 5 March 2019

Cantik itu subjektif

Sihat dan cantik. Dua benda utama yang sinonim dengan perempuan. Kalau cantik tapi sakit, buat apa kan? Kalau tak cantik tapi sihat, haa.. itu masih boleh repair lagi dengan pakai make-up. Sebab cantik itu sendiri datang dari dalam diri. Apa yang masuk dalam badan, itu la yang jadi result dekat luaran. 

Betul. Cantik itu memang subjectif. Ada yang cakap : -

  • Putih itu cantik 
  • Kurus itu cantik
  • Sexy itu cantik
  • Sihat itu cantik
  • Bijak itu cantik
  • Kaya itu cantik.. Eh? Hahahaha pffttttt.. 

Semua tu pilihan masing-masing. Tapi bagi I yang hidup sekali je kat muka bumi ni, I pilih :-


"Sihat + Cantik"

   
Sihat + Cantik = Dapat travel luar negara dengan senyuman.
Lokasi : Seoul, Korea :)


Sihat + Cantik = Dapat travel luar negara dengan senyuman.
Lokasi : Mahibadhoo, Maldives :)


Untuk jadi "Sihat+Cantik", kena amalkan gaya hidup sihat. Ramai yang tak tahu daripada gaya hidup sihat sebenarnya banyak mempengarahi kehidupan seharian kita. Ayat cliche gila, but it is true. Kalau you selalu bangun lambat sampai tengahari, lepastu terus belasah makan "Brunch" sebab combine lapar breakfast dan lunch, pastu stress sebab terlebih makan tadi, pastu mood pun swing nak marah2 orang sebab kerja tak siap dah separuh hari membazir. Haa, nampak? Negativity vibes effected the cycle of life until you sendiri yang ubah.

Contoh, bila kita selalu exercise dekat taman or dekat gym, kita akan dapat lebih ramai kenalan. Bila dapat ramai kenalan, kita jadi happy dan seronok. Bila seronok, mood kita seharian akan jadi lebih positive and happy. Takde nak marah2. Bila mood kita seronok dan happy, percaya atau tak, kita sebenarnya tak akan makan berlebihan. Malah food intake kita lebih teratur dan lebih sihat. 

Kita selalu fikir, makanan yang sihat tu boring dan tak sedap. Walhal makanan yang sihat tu lah yang paling sedap dan mudah untuk disediakan. Malah, lagi jimat masa dan wang! Sebenarnya bila kita jaga "maintenance" diri dari segi kesihatan, kita tak akan banyak keluar duit untuk kecantikan. 

I suka tengok orang Sihat+Cantik, tak kira lah laki or perempuan. Kategori orang macam ni buat kita rasa percaya yang memang wujud "Sayangilah Diri Anda". Hahaha... kan? Macam mana nak orang sayang you kalau you pun failed nak sayang diri sendiri? Bukti depan mata kot.. LOL.. 

So I berbesar hati la nak share tips Sihat + Cantik dengan you guys : -
  1. I suka bangun awal sebab sejuk pagi lain macam. Macam ada angin kegembiraan je lalu:)
  2. Immediately minum air putih untuk activatekan system2 dalam badan. 
  3. Exercise routinely. Kalau malas, at least ada movement dalam satu haritu. Macam berjalan ke, naik tangga ke or menari dalam bathroom ke..
  4. Selalu breakfast, tak pernah skip. Breakfast makan Green Apple lepastu makan oat ke, wholemeal biscuit ke, wholemeal bread ke, scramble egg ke. I suka gila minum coffee, tapi takde gula punya okay. Favorite coffee I, French Coffee :)
  5. Tips makan. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Bila makan time perut tengah2 lapar, of course kita akan makan macam takde hari esok.
  6. Kurangkan makanan bergula, bergoreng, berminyak dan berlemak. Tak salah kalau kita tetiba cravings nak makan tu semua, tapi percayalah, bila cravings sesuatu kita cuma rindu untuk makan sesuatu tu untuk suapan pertama dan kedua je. Lepas tu dah tak cravings. Kita cuma rindu je.  
  7. Selalu dengar music2 favourite untuk boost kan mood. Manusia ni hidup dia kena selalu bermotivasi. So takdelah rasa down.  
  8. Selalu berkomunikasi. Kalau tak puas hati dengan orang, cakap jer. Jangan simpan2. Be firm. Tapi kena ingat, pilih dan susun ayat yang betul masa berkomunikasi. Sebab apa yang kita cakap dekat orang sebenarnya adalah diri kita. 

So dah ready nak "Sihat + Cantik"? :)

Thanks for reading

No comments:

Post a comment

Musim Sejuk dan Musim Panas

I takde experience lagi travel masa musim sejuk.. Paling habis pun, time autumn masa dekat Japan. Itu pun masa nak early winter.. Time tu pu...

Popular Post